Home Untold Story Umum I'M LONELY
I'M LONELY
Amin Mohd
9/4/2018 10:46:57
4,463
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
KISAH 2

Kisah ini berlaku pada sekitar tahun 2014 dan pada ketika itu aku telahmenginjak ke fasa umur yang baharu iaitu 14 tahun atau tingkatan 2. Penampilanku masih dikawal rapi oleh kedua ibubapaku. Nerd sedikit kebudak-budakkan.Masih seorang yang pendiam tetapi ada perubahan dari segi perbualan di antararakan-rakan sekelas.

               Ok. Aku masih dikedudukan kelas yang sama iaitu kelas paling hadapan yang menyajikan andabilangan pelajar perempuan yang tersangat ramai dengan nisbah 1:3. Aneh bukan.Jadi, pada suatu hari ada rombakan kelas besar-besaran dan ada kemasukanbeberapa pelajar perempuan dari kelas pertengahan ke kelas hadapan. Ya,akukenal dengan gadis-gadis tersebut. Budak ‘Hot’ siapa sahaja yang tidak kenalbukan.

               Jadi dipendekkancerita, di sekolah aku dahulu kelas bahasa inggeris di bahagikan kepada 4kelas. Aku berada di kelas yang keempat kerana ketika itu ‘English’ akutersangatlah teruk. Kenapa tersangat teruk aku akan ceritakan di ‘Kisah’ yanglain. Insyaallah. Pada suatu petang, tibalah sesi kelas bahasa inggeris dan akudiberitahu bahawa cikgu yang akan mengajar aku pada hari itu tidak dapat hadir.Maka, masing-masing pandai-pandailah hidup. Jadi, aku gunakan peluang tersebutuntuk menyiapkan tugasan khas sebagai ketua kelas. Ya masih dilantik sebagaiketua kelas. Setelah siap separuh aku mula bergegas ke kelas yang sepatutnyaaku berada pada waktu tersebut.

               “Alhamdulillah ….dapatjugak aku siapkan walaupun separuh”,aku mengucapkan tanda syukur sambilmengambil buku-buku dan alat tulis yang diperlukan.

               “Harap-haraplahtahun depan tak kena paksa lagi jadi ketua kelas”,aku bermonolog dengan muka 10sen seperti kebiasaan sambil bergegas dengan lenggang ke kelas sepatutnya. Bersamaangan-angan dan memerhatikan koridor sekolah yang lenggang dek kerana sesipengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

Berjalan terus berjalan dengan bermacam perkara yang difikirkan. Masalahkeluarga. Kemerosotan akademik. Hala tuju masa depan. Tiba-tiba seorang gadisdari kelas aku yang sangat aku kenali melanggar aku dengan kuat dari arahhadapan dengan senyum tawa. Gelak sakan tanpa rasa bersalah.

               “Bap…!!!”,bunyiperlanggaran dengan tangan kirinya menghayun mengenai perutku dengan ganas.Allah saja yang tahu apa perasaan aku ketika itu.

               “Ohh…sorry…sorry..!!!,”akumengungkapkan kata maaf berulang kali dengan muka penuh bersalah. Dia masihseperti itu tanpa rasa bersalah atau kata maaf. Bukankah sepatutnya engkau yangmemohon maaf kerana aku hanya berjalan perlahan kau pula berlari terkinja-kinjaserupa monyet hutan.(aku terus bermonolog)

               Tanpa kata maafdarinya, dia hanya berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Adakah kerana penampilanaku dan kehidupan social aku? Aku juga hairan kenapa sudah 3 kali kau masuk kealam mimpi aku tanpa keizinan aku. Maka, setelah itu dia jarang untukberkelakuan kurang sopan di hadapan aku seperti kebiasaan yang dilakukannyaserta rakan-rakannya.

Previous: KISAH 1
Next: KISAH 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amin Mohd