Home Novelet Alternatif Persiapan Seorang Wife-to-be
Persiapan Seorang Wife-to-be
Ainul MZ
31/1/2018 07:44:04
47,958
Kategori: Novelet
Genre: Alternatif
Bab 1

-CARI JODOH-

“Kau tak payah pening la dengan siapa kau nak kahwin Ateh. Yang Along naktahu kau setuju je kalau Along bawa calon untuk kau.”

Nur Husna hanya mampu menggeleng kepalanya pasrah. Sambil menghabiskanlipatan pakaian yang baru dikutip dari ampaian, telinganya menadah segala macamcadangan yang dikemukakan Alongnya Rozaimah dan abang iparnya Fawwaz.

Petang hujung minggu begini memang menjadi kebiasaan mereka sekeluargaberkumpul di rumah pusaka peninggalan arwah abahnya Yusof. Walaupun Along danAngahnya sudah berumahtangga dan mempunyai komitmen masing-masing, namun itutidak menghalang mereka untuk sering berkunjung ke rumah kecil inisetidak-tidaknya dua minggu sekali.

“Ateh bukannya terdesak sangat Along sampai kau perlu tergesa-gesa carikancalon segera sekarang ni. Nanti dah sampai waktu sampailah jodohnya.” Nur Husnacuba bermain kata.

Serius benar Alongnya seorang ini. Padahal isu jodohnya ni baru sahajadisebut maknya tidak kurang dua minggu lepas iaitu lima hari setelah majlisgraduasinya di KUIPSAS, Pahang. Itupun hanya sekadar sebut, silapnya sebutdepan Along. Ha, beginilah jadinya. Tak sudah-sudah dengan siapa yang nakdipadankan dengan adik bongsunya seorang ni. Mulut sahaja pot pet cadangkanorang itu, orang ini. Nur Husna belum sempat beri kata putus ya mahupun tidakAlongnya sudah datang calon baru. Kadang-kadang calon yang Rozaimah cadangkanitu sendiri ditolaknya tidak puas hati. Kurang berkenan katanya.

Hingga Nur Husna sendiri pelik. Alongnya ini bersungguh mahu cari jodohuntuknya ataupun tak? Atau sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sudahnya NurHusna hanya biarkan Alongnya itu mahu bertindak semahunya. Nanti penat,pandailah dia berhenti.

“Tak ada yang sesuai lagi ke Along?” Puan Senah yang baru datang dari dapurbersama bancuhan kopi baru menggantikan yang sudah habis diminum bersamasebalang roti kering gula buatan sendiri menanyakan anak sulungnya itu.

“Mak...” Nur Husna merengek. Tak suka maknya turut terlibat dengan misicari jodoh Alongnya itu. Puan Senah kalau masuk campur, lagi rumit jadinya.Rozaimah itu sudah cerewet, Puan Senah dua kali ganda cerewetnya dari Rozaimah.Lagi beratus calonlah akan dicari Rozaimah kelak.

Nur Husna bukan nak menentang, tapi memikirkan lagi banyak calon, tak kelagi pening kepala jadinya. Puan Senah tu, kalau dah berkenan nanti Nur Husnaberani jamin. Bukan seorang dua sahaja. Kalau tak jadi nak dijodohkan denganNur Husna, bakal bertambahlah bilangan anak angkat Puan Senah yang sememangnyaramai. Maklumlah, anak kandungnya semuanya wanita sejati. Kempunan nak merasaada anak teruna. Itulah sebabnya ramai benar anak angkat maknya itu.

“Eh, jangan nak menyampuk. Habiskan melipat tu. Lepas tu Ateh pergi cari pucukubi kat belakang, mak nak masak lemak makan malam nanti – Ha Along, apacerita?” Sekali lagi Nur Husna menarik nafas dalam. Memang pasrah sungguhhatinya sekarang ni.

“Entahlah mak. Calonnya ramai. Tapi tak sesuai dengan Ateh mak. Nak cariorang kenalah sesuai dengan citarasa dia mak. Nanti kata zalim pula kalau takkena orangnya. Tapi itulah, memikirkan si Ateh ni, merana hidup anak orang nakmenghadap puteri raja seorang tu. Serba serbi tak lengkap nak jadi bini orang.”

“Dah tahu Ateh ni tak sempurna, galak nak nikahkan orang juga kenapa?” NurHusna mencelah tidak puas hati. Tahupun aku ni tak tahu segalanya, masih lagi terkejar-kejarnak cari suami untuk aku.

“Eh, mak cakap jangan menyampuk. Mak bukan apa. Lagi Ateh tak lepas, lagitulah mak duk teringat pesan arwah ayah kamu. Ateh tu dah masuk 26 tahun ni.Ayah kamu ni selalu duk pesan. Anak dara bagi nikah cepat-cepatlah. Terkawalsikit. Ayah kamu dah tak ada ni, mak risau. Along dengan Angah pun umur 23 ayahdah bagi menikah. Kamu tu yang terlambat. Mak risau tak tenang dia kat sanaselagi kamu tak menikah.”

Puan Senah sudah mengesat air matanya yang mengalir memikirkan arwahsuaminya yang meninggal empat tahun lalu dek dipatuk ular kapak ketika sibuk diladang kelapa sawit. Tak pernah sangka ajalnya begitu, sedangkan arwah ketikaitu masih sihat dan sangat rajin bekerja. Tak pernah duduk diam, pasti adasahaja yang ingin dikerjakan.

Nur Husna menarik senyum kelat melihatkan Puan Senah sudah bersendu disamping Rozaimah. Hai la mak. Setiap kali disebut pasal arwah, begitulah dia.Berendam air mata sentiasa walaupun sekejap cuma. Pakaian yang sudah siapdilipat dimasukkan ke dalam almari di bilik sebelum kembali keluar mendapatPuan Senah di ruang tamu. Belakang maknnya itu diusap cuba mengurangkan sendusi ibu.

“Baiklah mak. Ateh pun bukan beria nak menentang sangat pun keputusan makdengan Along nak cari calon untuk Ateh. Ateh pun sedar diri yang Ateh ni kena menikahjuga mak. Carilah mana yang baik untuk Ateh. Ateh terima saja. Selagi mana makrestu, insyaAllah Ateh redha mak. Ha Along, aku dah bagi kebenaran 100% ni kaujangan cari yang hawaq pula dekat aku. Merana masa depan aku nantidengan calon kau yang tak pernahnya nak habis tu. Aku bakar rumah kau Alongdengan sekali rumah calon-calon kau aku bakar.”

Nur Husna segera melompat saat jemari ketam batu Rozaimah mahu mendarat dibahunya. Dia menjelirkan lidahnya mengejek kakak sulungnya sebelum pecut kedapur melarikan diri daripada ditangkap Rozaimah. Bercekak pinggang wanitaberanak tiga itu melihat kenalakan adiknya yang tidak sesuai dengan umur.Fawwaz dan Puan Senah hanya ketawa melihatkan keletah Nur Husna dan Rozaimah.

“Susah-susah mak, ambik sajalah salah seorang anak angkat mak yang ramaitu. Jodohkan dengan Ateh, habis cerita. Tak gaduh risaukan latar belakang ke,sikap ke apa ke. Anak-anak angkat mak semuanya bagus-bagus belaka. Ateh yangtak pandai masak tu pun bahagia hidup. Anak teruna mak semua pandai masak,apatah lagi uruskan hal-hal lain. Tak ke macam tu mak?”

Angah Maisarah yang baru pulang dari mengambil duit upah kuih Puan Senah diwarung Wak Man di persimpangan masuk kampung, mencelah dengan perbincanganRozaimah, Fawwaz dan Puan Senah.

“Aw, sakitlah mak...” Maisarah menggosok bahunya yang ditampar Puan Senah.

“Kamu jangan nak menggatal nak jodohkan Ateh dengan anak-anak mak ye. Takkiralah apapun. Sampai bila-bila mak tak izinkan. Mak dah anggap diorang tumacam anak kandung mak. Mak rasa berdosa kalau mak nikahkan dengan Ateh.Sumbang mahram!”

“Sumbang mahram apanya mak. Tak ada pertalian darah pun. Sah disisi syarakkalau bagi kahwin mak – Aw, aw, aw, sakit mak.. sakit..” Menggeliat Maisarahsaat telinganya dipulas Puan Senah. Pantang benar kalau diusik anak angkatnya.Sayang mengalahkah anak sendiri.

“Tak kiralah apapun. Mak tak setuju. Diorang tu anak kandung mak. Jangannak membantah arahan mak – Along, kamu carilah siapa pun. Mak tak kisah. Selagielok orangnya, mak terima. Bawa jumpa mak kalau dah setuju semua. – Kamu Angah,biar Along yang selesaikan calon Ateh. Kamu mak amanahkan siapkan Ateh tu. Biarserba boleh nak jadi isteri orang. Ateh tu kalau dengan mak bukan main payahnak melekat. Dengan kamu dia dengar cakap sikit. Memilih betul budak tu. Denganorang berpangkat juga baru boleh patuh sikit. Mentang-mentang Angah ni dahbergelar doktor falsafah, taatnya mengalahkan taat ke mak ni. Suami pun kenaberpangkat juga kot baru senang nak mengikut. Sudahlah kerja nak bergaduh sahajakalau bertemu mata dengan lelaki. Sebab tu sampai ke sudah tak menikah. DengarAngah?”

“Iye, Angah dengar mak. Angah cakap je dah susah sangat--”

“Dah, mak tak nak dengar. Jom tolong mak siapkan makan malam. – Ateh! Dahke belum cari pucuk ubinya?” Menjerit Mak Senah mencari-cari kelibat Nur Husna.

“Ateh kat sini mak. Ni ha pucuk ubinya, Long Munah bagi mak. Terserempakdengan dia tadi waktu keluar. Tak sempat nak cari lagi pun dia dah panggil kerumah. Long Munah nak pulangkan bekas mak, dia bagi sekali dengan pulut durian.Katanya Long Fuad bawak balik semalam dari kebun.”

Nur Husna yang muncul dari pintu depan meletakkan bekas makanan yang berisipulut durian di meja makan yang tidak jauh dari ruang tamu. Jiran mereka itumemang rajin sedekahkan makanan yang sememangnya sengaja dimasak lebih.Kadang-kadang bertandang ke rumah mereka menghilangkan kesunyian. Maklumlahsuami isteri itu tidak direzekikan untuk punya cahaya mata sendiri. Kepada NurHusna dan adik-beradiklah dianggap seperti anak sendiri.

“Pergi basuh pucuk ubi tu, lepas tu ke dapur. Jangan nak berkurung dalambilik. Belajar masak dengan Angah. Kamu tu dah nak berkahwin. Belajar la sikitnak jadi isteri otang.”

“Lambat lagi mak. Calon pun tak jumpa lagi.”

“Ha menjawab! Pergi masuk dapur sekarang!”

“Baik mak.”

Plastik yang berisi pucuk ubi kembali diambil lalu mengaturkan langkahnyamenuju ke dapur sebelum terhenti ketika dipanggil abang iparnya. Wajah Fawwazdipandang menanti jawapan.

“Abang ada kawan pandai masak, bujang lagi. Umi dia pun tengah cari calonisteri untuk dia. Kalau Ateh jadi isteri dia, senanglah nanti. Tak gaduh masukdapur masak. Apapun tak payah buat. Dia tu serba boleh semua. Apa je kerjaperempuan yang dia tak tahu, semua dia boleh buat. Nak?”

Keningnya diangkat dua kali bertanyakan persetujuan.

“Betul ke Abang Long? Kalau betul kawan abang tu wujud. Jangan tanyapersetujuan Ateh, dengan senang hatinya Ateh setuju. Serius Abang Long? – Ahh,bahagianya hidup kalau memang wujud suami macam tu. Tak perlu masuk dapur,kemas rumah--”

“Kamu tak payah nak bodek dia Fawwaz. Nur Husna! Ke dapur. Mak tak kiralahsuami kamu tu nanti serba boleh semua ke tak. Yang mak tahu, anak mak layakuntuk bergelar isteri orang. Ha, tercegat dekat situ kenapa lagi? Nak makhambat dengan penyapu baru nak gerak ke.”

“Ye mak, Ateh datang ni. – Pstt, Abang Long janji erk? Tak tipu Ateh kan?”Husna berbisik sambil matanya mengawasi Puan Senah yang mula sibuk di dapur. Fawwazmenunjukkan isyarat okey sebagai balasan.

“Nur Husna!”

“Coming!”

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ainul MZ