Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,097
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16

   Omar mundar-mandir di dalam biliknya. Kejadian di hotel penginapan masih belum dapat dilupakan. Omar masuk ke pejabat selepas waktu makan tengahari. Seharian di pejabat Omar tidak dapat menumpukkan perhatian pada kerja-kerjanya. Sewaktu dia pulang ke rumah pagi di Sufi sudah tiada, Zara pula pagi-pagi dihantar oleh pemandu barunya ke sekolah. Bekas cakaran di lehernya masih kelihatan. Omar menjalani rutih harian seperti biasa kerana tidak mahu pihak polis mengesyaki perkara yang telah berlaku lantaran rumahnya petang tadi dikunjungi dua orang pegawai polis untuk mengambil keterangan Zara. Mujur dia pulang hari sudah lewat petang. 

  Omar mencapai kunci kereta. Omar melangkah menuju ke bilik Zara. Pintu bilik Zara diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka. Zara melangkah ke dalam bilik diikuti Omar.

  "Zara, buat apa?" sengaja Omar bertanya sedangkan Omar tahu Zara sedang menyiapkan tugasan sekolah apabila terpandang buku-buku berselerak di atas katil.

  "Zara sedang siapkan kerja sekolah,papa. Papa boleh Zara tanya?" Omar memandang wajah Zara. Wajah saling tak tumpah seperti wajah bekas isterinya. Cantik dan anggun.      

   Kalau anak lelakinya masih hidup mesti anak lelakinya sudah dewasa dan tampan sepertinya. Dulu ketika dia sedang sibuk membangunkan syarikatnya setelah bercerai dengan bekas isterinya, anak lelakinya, Rayyan, selalu menjaga Zara. Rayyan abang Zara yang baik. Ketika Rayyan berusia 12 tahun, Rayyan meninggal dunia kerana demam denggi. Masa itu Zara berusia 5 tahun. Bekas isterinya pula langsung tidak pedulikan anak-anak mereka hinggakan pada hari kematian Rayyan, bekas isterinya Mona sedang seronok berbulan madu di luar negara dengan suami barunya yang jauh lebih kaya dan berstatus jutawan. Omar akui kehidupannya masa lalunya bukan senang. Bekerja makan gaji dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan serta tinggal dirumah kos murah membuatkan Mona sering mengeluh. Segala-galanya berubah apabila Omar membenarkan Mona bekerja setelah Mona memberitahu ingin menolong ringankan beban Omar. Rumahtangganya goyah. Kini, Omar tidak mahu ambil tahu tentang kehidupan Mona.

   "Tanyalah." Omar tak senang duduk. Kebiasaannya Zara tidak pernah meminta izin jika mahu bertanya.

   "Sehari dua ini papa pergi ke mana? Sepatutnya papa jenguk Pakcik Rashid. Elina masih hilang."

   "Papa sibuk Zara. Kalau papa pergi bertanyakan tentang kehilangan Elina, bukankah menambahkan lagi kesedihan mereka? Biar mereka ambil masa untuk bertenang. Hujung minggu nanti Zara teman papa jumpa Pakcik Rashid ya. Malam ini papa nak keluar sekejap. Papa nak jumpa bakal pelanggan papa."

  "Papa, Zara takutlah tinggal sendirian. Zara cadangkan papa cari orang gaji. Zara tak sunyi, makan minum papa pun terjaga." 

  "Nanti papa fikirkan. Papa keluar sekejap. Zara tidur dulu jangan tunggu sampai papa balik." Omar melangkah keluar dari bilik Zara.

   Ketika Omar sudah menghidupkan enjin kereta muncul sebuah kereta mewah masuk ke halaman rumahnya. Pemilik kereta itu keluar dari kereta menghampiri Omar.

   "Sufi." 

   "Omar, you nak pergi mana malam-malam ni."

   "I nak jumpa client. You buat apa kat rumah i,Sufi?"

   "Zara ajak i tidur sini. Dia beritahu i, you kerap keluar malam sakarang ni." Sufi inginkan kepastian. Sufi tahu Omar kaki perempuan. Tapi Omar memberitahu dalam ramai perempuan yang mendampinginya hanya Sufi yang paling disayangi kerana dapat menerima Zara seperti anak sendiri. Sufi tak mahu perempuan lain merampas Omar darinya. Dia tidak mahu kekayaan Omar kerana dia juga memiliki kekayaan peninggalan arwah suaminya.  Dia cuma inginkan kasih sayang dan membina sebuah keluarga bahagia dengan Omar.

  "I dah lewat dah lambat ni. Nanti i balik kita sembang lagi."  Omar masuk ke dalam perut kereta meningggalkan Sufi yang masih berdiri di halaman rumahnya.

*****

   Kereta Omar berhenti di hadapan bangunan terbiar yang menjadi saksi pembunuhan kejam yang telah dilakukan. Walaupun kehadiran Sufi merimaskan tetapi Omar lega kerana Zara mempunyai teman. Omar memberanikan diri ke bangunan terbiar itu pada waktu malam demi menggelakkan anggota polis mengesaki dia sebagai pembunuh. Omar juga tidak mahu sesiapa nampak dia berada di kawasan itu. 

  Omar tahu keluarga abangnya sedang menjejaki Julia yang hilang tiba-tiba. Tetapi segalanya semakin reda apabila mereka mengesaki Julia melarikan diri dari rumah Osman setelah beberapa barang berharga milik Osman dan anak perempuannya hilang. Mustahil mayat Julia akan dijumpai dalam masa terdekat kerana dia telah menolak jatuh Julia ke dalam gaung yang dalam.

  Bersumberkan cahaya lampu suluh dan cahaya bulan purnama, Omar melangkah menaiki tangga ke tingkat yang menempatkan mayat-mayat orang upahannya dan mayat gadis yang diculiknya. Omar ke situ kerana ingin mengenalpasti gadis yang dibunuh hanya untuk memenuhi syarat yang diminta oleh Seri.

  Setiba Omar di tingkat 10, Omar meluru masuk ke dalam unit rumah terbiar itu. Peti kayu yang menempatkan mayat-mayat dibuka berhati-hati. Bau busuk menusuk masuk ke dalam hidung. Omar hampir termuntah. Mayat kedua-dua orang upahannya sudah membusuk. Omar membuka kain hitam yang diikat yang menutup mata gadis yang telah dibunuh. Saat melihat wajah gadis yang dibunuhnya Omar berundur beberapa tapak ke belakang. Mata gadis itu terbeliak. Darah merah dilehernya sudah bertukar kehitaman dan membeku.

Elina!

  Omar terduduk dan menunduk ke lantai. Matanya di pejam rapat. Segala tekaan yang berlegar di fikirannya terjawab. Ya! dia telah membunuh Elina. Omar bingkas bangun ingin menutup kembali peti kayu . Malangnya, kaki Omar terjelopok ke dalam simen lantai yang telah pecah dan tidak rata. omar jatuh tersungkur. Dadanya terasa sakit kerana terjatuh diatas peti kayu yang keras. Wajah Omar hampir-hampir mengenai wajah Elina yang sudah tidak bernyawa. Tidak semena-mena mata hitam Elina menjadi putih dan airmata darah mengalir dari matanya. Omar terkejut dan segera bingkas bangun meninggalkan bilik itu tanpa sempat menutup peti kayu yang menempatkan mayat-mayat yang sudah mulai lebam dan membusuk. Kaki Omar terasa tidak menjejak tangga. Larian Omar semakin perlahan kerana kepenatan. Sampai sahaja di keretanya Omar segera masuk ke dalam kereta menghidupkan enjin dan meninggalkan bangunan itu.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh