Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,081
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

Megat khusyuk membaca surat khabar di atas katil. Megat membetulkan cermin matanya. Lagak Megat seperti seorang professor yang yang meneliti kertas penyelidikan. Cermin mata yang tersangkut di hujung hidungnya dibetulkan beberapa kali kedudukannya. Senah disebelahnya sedang menjahit baju melayu Megat yang sedikit terkoyak di bahagian ketiak. 

   "Bang, saya rasa tak sedap hari tentang kejadian siang tadi." Senah memulakan bicara. 

   Megat berhenti membaca surat khabar. Megat menanggalkan cermin mata. Perhatiannya beralih pada Senah.

  "Awak jangan fikirkan sangat. Kita jalani kehidupan seperti biasa. Mungkin siang tadi bau bangkai binatang mati. Awak ada tengok-tengok di kawasan belakang rumah?" 

   "Senah dah tengok tapi tak jumpa pun. Senah rasa bau itu dari Puan Seri!" Senah bersungguh-sungguh menyakinkan Megat.

   "Awak jangan berprasangka, Senah!" Megat mengingatkan Senah. Senah mencebik kerana suaminya masih tidak mempercayainya. Senah mendekatkan dirinya dengan Megat. Megat kehairanan. Senah ada cerita yang ingin diberitahu pada Megat. Senah tak mahu sesiapa mendengarnya.

   "Abang nak tahu sesuatu tak?" suara Senah perlahan berbisik. Megat menganggukkan kepalanya.

  "Apa?"  hati Megat melonjjak perasaan ingin tahu. Megat dapat rasakan sudah lama Senah ingin memberitahunya tetapi terpaksa membatalkan niatnya kerana keadaan tidak mengizinkan.

  "Masa abang dan puan tiada di rumah, Senah termasuk ke rumah kecil..rumah larangan." Riak wajah Megat terkejut. Terkejut kerana isterinya telah melanggar arahan majikan mereka.

  "Senah! awak tahu awah sudah melanggar arahan puan. Bukankah kita dilarang masuk ke dalam rumah tu?" Megat ingin sahaja marah Senah. 

  "Saya tahu saya salah. Abang nak tahu apa saya jumpa?"  Senah ingin meluahkan segala yang dilihatnya.

  "Apa yang awak jumpa?" Megat menggerutkan dahinya. Banyak rahsia majikan mereka Megat tidak tahu. Lagipun Megat hanya mengenali Seri selepas berkahwin dengan Senah. Megat sejak zaman mudanya tidak suka mencampuri urusan hidupnya dengan urusan kehidupan orang lain.

  " Saya jumpa kemenyan, bekas berisi sisa darah, kain kuning dan macam-macam barang syirik bang." Senah lega dapat menceritakan tentang rumah kecil yang terletak di belakang rumah agam milik Seri.

  "Betul ke Senah?" Megat inginkan kepastian. Megatbtahu Senah tidak pernah berbohong.

  "Betul bang. Dalam rumah tu ada dua bilik kosong. Satu bilik lagi dikunci dan bilik satu lagi seperti bilik tidur. Saya tengok bilik-bilik itu pun seram saya bang." Senah mengakhiri perbualannya. Kemudian, Senah kembali menjahit baju Megat yang masih belum selesai dijahitnya. Megat pula tidak dapat fokus pada bacaannya. Megat meletakkan surat khabar di atas meja lalu berbaring di atas katil. Megat memikirkan cerita yang disampaikan oleh Senah.

  Megat telah dapat jawapan akan ajakkan Senah meminta mereka berhenti bekerja di rumah Seri. Megat rasa tidak sedap hati. Megat tahu majikan mereka seorang wanita yang agak misteri dan berahsia. Jelingan Seri sudah cukup membuatkan Megat gerun untuk membantah arahan Seri. Megat dapat rasakan keberanian Senah yang membawa kepada punca kejadian-kejadian pelik yang mereka alami. Adakah Seri sudah tahu perbuatan Senah? Adakah Seri akan mengambil tindakkan pada mereka kerana mengingkari arahannya? Fikiran Megat berserabut memikirkannya. Senah yang sedang leka menjahit baju dipandang dengan penuh kebimbangan. Andai Seri ingin menamatkan perkhidmatan mereka, Megat sedia menerimanya asalkan keluarganya tidak diapa-apakan. Megat nekad akan memberitahu Seri keinginan mereka untuk pulang ke kampung halamannya. Sudah terlalu lama mereka berbakti pada Seri terutamanya Senah. Megat berharap Seri dapat melepaskan keluarga mereka secara aman.

************

Yusuff mengambil angin di luar rumah. Rumah peninggalan Tok Man sunyi tanpa kehadiran ahli keluarga yang lain. Masing-masing telah pulang ke kota. Hanya Megat dan Opahnya sahaja di rumah itu. Hati Yusuff resah dengan kehadiran ahli keluarganya dari kota. Ibu dan ayahnya ingin Yusuff pulang ke kota metropolitan dan bekerja di syarikat milik keluarganya. Yusuff dalan dilema. Antara amanat Tok Man, kesepian Opah setelah ketiadaannya dan harapan keluarga. Yusuff jiwanya sudah sebati dengan Kampung Lembah Perbatasan. 

   Sejak dia masih bayi dia berada dalam jagaan Tok Man dan Opah kerana ibu dan ayahnya terpaksa berangkat ke luar negara. Ibu dan ayahnya menyambung pengajian doktor falsafah di London selama beberapa tahun. Apabila pulang ke tanah air mereka sibuk menstabilkan sosial dan ekonomi keluarga. Hanya Tok Man dan Opah yang memahami Yusuff. Yusuff berasa kaget setiap kali keluarganya berkunjung ke kampung. Seolah-olah ibu dan ayahnya cuba memisahkan dirinya dengan Kampung Lembah Perbatasan. Dulu ketika Tok Man masih hidup, Tok Man banyak memujuk ayahnya supaya mengizinkab Yusuff tinggal dengan mereka sehingga Yusuff sendiri bersedia meninggalkan Kampung Lembah Perbatasan.

   Pesanan terakhir Tok Man berlegar di fikirannya. Walaupun dalam nada payah dan tersekat-sekat di ambang sakaratulmaut, Yusuff dapat melihat mata Tok Man sarat dengan harapan agar Yusuff terus bertahan di Kampung Lembah Permukinan.

  "Ja..ja..ga..kam..pung..ki..ta.."

  Kata-kata terakhir Tok Man masih terngiang-ngiang di fikiran Yusuff. Pemilihan jawatan Ketua Kampung masih belum dilakukan. Penduduk masih bersedih atas pemergian Tok Man. 

  Angin malam mengebus lembut sehingga menghasilkan desiran halus menyapa pendengaran Yusuff.

  Yusuff...

  Yusuff menoleh ke arah pintu rumah apabila terdengar suara seperti Opah memanggilnya. Di muka pintu tiada sesiapa. Bulu roma Yusuff meremang. Angin malam yang sejuk menusuk hingga ke tulang belulang Yusuff. Yusuff segera masuk ke dalam rumah lalu mengunci pintu. Yusuff mengatur langkah menuju ke bilik Opahnya. Opah kelihatan baru sahaja usai solat dan mengaji. Yusuff menghampiri Opahnya.

  "Opah panggil Yusuff ke?"

Timah yang ketika itu sedang melipat telekung menoleh memandang ke arah cucu kesayangannya. Hairan!

   "Tidak Yusuff. Opah tidak memanggilmu." Timah merenung wajah Yusuff yang masih kebingungan.

  "Siapa yang memanggil Yusuff di luar tadi? suara seperti Opah." Yusuff mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

  "Banyak kali Opah berpesan jangan berada di luar rumah pada malam-malam begini. Perasaan Yusuff sahaja tu.Yusuff pergilah tidur." Timah berjalan ke ruang tamu menutup suiz lampu. 

  Yusuff masuk ke dalam biliknya. Suasana malam dingin tapi tubuhnya terasa panas. Kipas syiling ligat berpusing tidak mampu menyejukkan suasana panas. Yusuff akhirnya terlena saat otaknya letih memikirkan kejadian yang telah berlaku.


  


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh