Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,067
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 17

Seri mengatur langkah perlahan menuruni anak tangga. Senah baru sahaja usai mengemas dapur dan minum air di dapur. Seri menghampiri Senah. Senah pada mulanya tidak menyedari kehadiran Seri. Namun, bau minyak wangi membuatkan Senah menyedari Seri sedang berdiri di belakangnya. Senah mengurut dada beberapa kali kerana terkejut.

   "Puan mahu minum?" Senah berdiri.

   "Tidak, aku tidak mahu minum. Aku ingin berpesan padamu jika ada sesiapa datang mencariku katakan bahawa aku tiada di rumah."

   "Baik puan." Senah tahu malam ini Seri ada agenda yang lebih penting.

   "Lagi satu, aku berharap kau dan Megat jangan sesekali mencampuri urusan aku." 

   Seri memberi amaran pada Senah. Seri tahu semenjak kebelakangan ini Senah telah dapat menghidu kegiatannya. Seri tahu Senah telah melanggar larangannya. Seri cuba menakutkan Senah. Ternyata Senah masih tidak serik.

  "Ba..baik puan." Senah dapat menghidu baur ugutan dalam kata-kata Seri.

  "Ingat Senah! Kalau kau sayang Mawar, dengar cakap aku!" 

  Senah terkedu. Seri meninggalkan Senah yang masih terpinga-pinga terkejut mendengar ugutan Seri. Seri berjalan menuju rumah kecil. Embun malam mula membasahi alam. Udara sejuk menusuk ke tulang belulangnya. Pintu rumah ditutup rapat. 

  Seri membalut patung kecil yang diperbuat daripada kekabu dan dijahit membentuk patung dengan kain putih. Kemudian, patung itu dibalut dengan cebisan baju Osman. Beberapa helai rambut Osman diikat bersama dengan patung yang dibuat oleh Seri. Seri meletakkan patung itu berhampiran bekas kemenyan. Kemudian, Seri Seri mengambil bekas berisi darah yang diberi Omar. Darah itu sudah berbau hanyir dan kehitaman.


#Bab kali ini agak ringkas, esok sy akan post bab penuh.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh