Home Novel Seram/Misteri BISIKAN DENDAM
BISIKAN DENDAM
Hayati Salleh
18/5/2017 00:40:53
36,097
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

Omar segera memandu kereta menuju ke destinasi yang telah dia tetapkan setelah menerima panggilan dari orang upahannya. Omar tidak sabar untuk berjumpa dengan Seri supaya Osman menderita. Dalam perasaannya yang gembira Omar berasa gementar. Omar tidak bersedia memengang status sebagai pembunuh andai polis dapat menangkapnya. Oleh itu, Osman telah merancang segalanya dengan teliti. Osman mengarahkan orang upahannya menculik gadis secara rambang. Omar tidak menetapkan siapakah gadis yang menjadi sasaran. Cukuplah gadis yang bakal menjadi mangsanya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Seri.

   Kereta Omar membelok masuk ke kawasan bangunan yang telah lama terbiar. Omar yakin tiada sesiapa dapat menjejakinya di situ. Lagipun tiada sesiapa yang mahu menjejak kaki ke bangunan terbiar yang tersenarai antara bangunan yang paling digeruni oleh penduduk tempatan. Bangunan terbiar yang terletak di kaki bukit itu mempunyai sejarah tersendiri. Salah satu blok bangunan telah ranap akibat kejadian tanah runtuh sejak lebih 20 tahun yang lalu. Enjin kereta dimatikan. Omar melangkah menaiki setiap anak tangga sehingga ke tingkap sepuluh. Omar kepenatan. Walaupun Omar bukanlah seorang lelaki yang berani tetapi demi cita-citanya menjatuhkan abang angkatnya mengatasi perasaan takut yang menjentik hati. Suasana langit masih cerah pada petang itu membuatkan Omar lebih berani.

  Lepaskan aku!!!! lepaskan!!

  Suara gadis memekik supaya dilepaskan menyapa pendengaran Omar. Omar tersenyum. Penat mendaki anak tangga ke tingkat sepuluh dirasakan berbaloi. Kaki Omar melangkah masuk ke dalam unit rumah yang sudah usang. Kelihatan dua susuk tubuh orang upahannya sedang mengelilingi seorang gadis yang diikat pada sebuah kerusi. Mata gadis itu ditutup dengan kain hitam.

  "Bos!" orang upahanya yang berkepala botak itu menyapa Omar setelah menyedari kehadirannya.

  "Kau kutip di mana budak tu, Botak" wajah orang upahannya yang dipanggil Botak dipandangnya. Kelihatan seorang lagi orang upahannya berbadan sasa berdiri di sisi gadis yang sedang meronta-ronta untuk melepaskan diri.

  "Kami culik di kawasan sekolah bos!" Botak berdiri tegak. Omar menghampiri gadis yang masih lengkap berpakaian sekolah. Dikuis rambut gadis belasan tahun yang diculik oleh Botak dan Bob. 

  "Lepaskan aku!!" gadis itu menjerit nyaring. Tanpa membuang masa Omar mengambil pisau lipat di dalam poket seluarnya menggelar leher gadis malang itu. Gadis itu menggelepar kesakitan. Beberapa saat kemudian gadis itu sudah kaku. Orang upahan Omar memaling wajah ke arah lain. Ngeri!. Omar menadah darah yang sedar megalir dari leher jinjang gadis itu. Usai melaksanakan tugasnya, Omar mengarahkan orang upahannya mengangkat mayat gadis yang dibunuhnya diletakkan di dalam peti kayu yang telah disediakan.

  Saat orang upahannya sedang leka menguruskan mayat gadis yang dibunuhnya, Omar segera mencapai pistol menembak orang upahannya. Kedua-dua orang upahannya mati serta merta kerana di tembak di bahagian kepala dan jantung. Omar segera memasukkan mayat2 mereka ke dalam peti kayu dan mengunci bilik yang dijadikan tempat pembunuhan ngeri itu. Omar segera berlalu menuju ke kereta. Bekas berisi darah dibawanya berhati-hati. Kini, Omar perlu menyelesaikan syarat pertama iaitu mendapatkan baju dan rambut Osman.

  Kereta Osman meluncur laju di atas jalan raya menuju ke kawasan taman permainan yang terletak di kawasan perumahan. Kelihatan seorang wanita muda sedang menunggunya. Omar segera memberhentikan kereta. Wanita itu tergesa-gesa masuk ke dalam kereta. 

  "Bau apa ini?" hidung wanita itu menghidu bau yang tidak enak. Bau hanyir.

  "Kereta ni bau hapak. Anak abang si Zara tu kalau makan dalam kereta tak pandai nak bersihkan. Julia ada bawa barang yang abang minta?" Omar memandang wajah pembantu rumah Osman yang baru beberapa bulan bekerja dengan keluarga Osman, Julia namanya dan juga merangkap perempuan simpanan Omar. Kali pertama bertemu Julia di rumah Osman, Omar sudah tertarik dengan Julia. Walaupun berstatus orang gaji tetapi bagi Omar Julia seorang yang manja dan mudah dipengaruhi dengan tawaran bersifat wang dan harta. Seringkali Omar ke rumah abangnya tanpa pengetahuan keluarga Osman untuk berasmara dengan Julia. Omar tahu Julia menaruh harapan tinggi padanya, tapi bagi Omar Julia hanya wanita biasa kerana wanita-wanita yang didampinginya selama ini lebih hebat dari segi kerjaya, anggun bergaya, bijak dan lebih bersikap keterbukaan berbanding Julia yang sikapnya agak kolot dan tiada keistimewaan yang boleh dibanggakan.

   "Abang, Julia mahu beritahu abang sesuatu?" Julia kelihatan takut-takut ingin memberitahu Omar.

  "Ada apa Julia?" Omar memandang Julia dan menghadiahkan senyuman manis walaupun hatinya resah. Mujur dia berpakaian serba hitam. Jika tidak pasti tompokan darah yang mermercik mengenai bajunya akan kelihatan.

  "Ju..Julia mengandung. Kita kahwin ya abang. Julia takut keluarga Julia di kampung tahu." Julia memandang Omar dengan pandangan penuh harapan.

   "Baiklah, abang akan bertanggungjawab!" Omar terus memandu. Julia tersenyum gembira. Sebaik sahaja dia berkahwin dengan Omar hidupnya akan berubah seratus peratus. Dia tidak betah hidup sebagai orang gaji sampai mati. Julia sudah penat hidup susah.

  Omar memberhentikan keretanya di kawasan lereng bukit yang sunyi. Omar mengejutkan Julia yang sudah terlelap. Julia terpisat-pisat bangun.

  "Kita di mana?" mata Julia liar memandang sekeliling. Gelap. Hanya sorotan lampu kereta Omar yang masih menyala.

  "Mana barang yang abang minta Julia sediakan?"  Julia menghulurkan beg berisi baju dan rambut milik Osman kepada Omar. Tugas Julia sebagai orang gaji memudahkan Julia melaksanakan permintaan Omar. Bagi Julia, Omar adalah segala-galanya walaupun usia Julia dengan anak Omar tidak jauh beza. Omar menyambut beg yang dihulurkan Julia.

  "Terima kasih sayang. Jom teman abang ambil angin diluar. Sekarang kita berbincang tentang masa depan kita dan anak kita." Omar keluar dari kereta berjalan menuju ke lereng bukit. Kelihatan lampu-lampu bangunan berkelipan dari jauh. Julia menurut permintaan Omar tanpa banyak soal. 

  Julia memeluk tubuhnya. Udara malam sejuk membuatkan Julia mengigil kesejukkan. Omar yang dari memerhati Julia segera menggamit Julia supaya menghampirinya. Julia mendekati Omar.

  "Cantik kan pemandangan malam ini? Julia sejuk?" Julia mengangguk. Omar mendepakan tangannya. Julia memeluk erat Omar lalu merebahkan wajahnya pada badan Omar. Julia dapat rasakan cecair berbau hanyir terpalit di wajahnya. Dalam samar cahaya kereta Julia melihat cecair merah pekat melekat di tapak tangannya. Julia terkejut. Belum sempat Julia merungkai pelukkannya, Omar menikam perut Julia. Darah membuak keluar membasahi rumput. Julia rebah mengarang kesakitan. Melihat Julia masih bernyawa, Omar menggelar leher Julia. Tubuh Julia kaku. Omar mengheret tubuh kaku Julia lalu menolaknya ke dalam gaung.

  Omar segera meninggalkan kawasan lereng bukit setelah yakin Julia telah mati. Omar sampai ke rumah hari sudah lewat malam. Kelihatan Zara sedang asyik bermain telefon pintar. Siaran televisyen yang dipasang tidak dihiraukan. Kepulangan Omar juga tidak disedari. Omar segera naik ke bilik lalu mandi membersihkan sisa darah yang melekat pada pakaiannya. Usai mandi Omar turun ke ruang tamu. Omar menghampiri Zara yang kelihatan mundar-mandir keresahan.

  "Zara!"  

Zara menghampiri Omar. Wajah zara keruh. Tidak seperti hari kebiasaannya. Zara seorang gadis riang dan lincah.

  "Papa.." Zara menghampiri Omar dan memeluk Omar. Omar pelik dengan sikap Zara.

  "Kenapa? Zara ada masalah ke?" airmata Zara mula bergenang di kelompak matanya. 

  "Elina..pa." 

  "Kenapa dengan Elina?" hati Omar mula tidak sedap.

  "Elina kena culik depan sekolah petang tadi selepas habis latihan bola jaring. Mama dan papa Elina ada urusan jadi Zara dan Elina tunggu Pakcik Rashid di hentian bas. Masa tu Zara sakit perut jadi Zara pergi tandas tinggalkan Elina. Bila Zara pergi ke hentian bas Elina sudah tiada. Zara ingat Elina tinggalkan Zara tetapi tiba-tiba Pakcik Rashid muncul."

  "Bagaimana Zara tahu Elina diculik? Mungkin Elina ikut kawan-kawan?"

  "Tidak papa..CCTV di kedai depan sekolah menunjukkan Elina diculik!"

Fikiran Rashid berserabut. Adakah Botak dan Bob menculik Elina? tapi Elina bertudung sedangkan gadis yang menjadi mangsanya tadi tidak bertudung. Tak mungkin aku membunuh anak sahabatku? Sahabat Zara? Budak yang ketika kecilnya aku dukung dan kasih seperti anak sendiri? Omar berlari naik ke bilik. Zara memerhati kelakuan Omar. Tidak lama kemudian, Omar turun ke ruang tamu dalam keadaan kemas berpakaian. Kunci kereta dicapai.

  "Papa nak ke mana malam-malam ni?"

  Zara terpinga-pinga melihat kelakuan Omar. Omar segera menyarung kasut. 

   "Papa ada hal sikit."

   "Zara takutlah papa. Zara ikut papa ya!"

   "Jangan! Nanti papa call auntie Sufi minta tolong dia temankan Zara."

Omar meninggalkan Zara yang masih berdiri di muka pintu rumah agamnya. Omar masuk ke dalam kereta lalu mencapai telefon pintar. Nombor telefon Sufi didail. Kedengaran suara manja menyambut panggilan Omar.

  "Sufi tolong teman Zara. I ada urusan di luar." 

  "Ok sayang.."

Omar menamatkan perbualan telefon tanpa sempat Sufi bertanya lanjt. Omar perlu segera menemui Seri. 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hayati Salleh