Home Novel Seram/Misteri Pocong Malisa
Pocong Malisa
Farz Ozie
11/4/2018 19:08:30
8,957
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 2

  Azrul kelihatan gelisah. Mukanya berkerut dan mulut terkumat kamit seperti sedang berzikir namun tidak jelas sebutannya. Zamri duduk di sebelah Azrul dan menyuakan segelas air untuk lelaki itu bertenang. 

  “Kau okey ke ni?” Soal Zamri. 

  Tiada jawapan, hanya anggukan dari Azrul diterima. Azrul memerhati keadaan sekeliling rumah Zamri. Risau pula makhluk pocong itu ikut mereka sampai di sini. Zamri menjadi semakin pelik melihat tingkah kawannya itu. 

  Dia mengeluh sebelum bersandar lemah di kerusi. Fikiran kembali memikirkan tentang Bau yang dihidu di rumah Azrul dan keadaan meremang yang dia alami tadi. Melihat perubahan Azrul membuatkan Zamri yakin pasti ada sesuatu yang berlaku. 

  “Rul, aku nak tanya sikit boleh tak?” Zamri kembali menegakkan tubuhnya menghadap Azrul. 

  “Apa dia?” Jawab Azrul lemah. 

  “Tadi, masa aku nak ambil baju dalam bilik kau aku bau sesuatu. Bau macam kapur barus, kuat pula tu.” 

  Tiada jawapan daripada Azrul. Lelaki itu menunduk menyembunyikan wajah. 

   “Kau dengar tak apa yang aku tanya ni? Wei.. Kau dengar tak?” Zamri menampar peha Azrul bila lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya. 

  “Kau jangan kacau kami!” Suara Azrul tiba-tiba menjadi garau dan menyeramkan. Zamri melompat turun daei kerusi. 

  Azrul mencerlung ke arah Zamri dengan panahan mata yang terbeliak besar. Mulut mengukir senyuman tiba-tiba. Zamri menjadi panik dan takut. 

  “Rul, kau okey ke?” Zamri cuba mendekati Azrul perlahan-lahan. 

  “Har, a...ku, a...ku nak balik.” Azrul terus bangun dan meninggalkan Zamri di situ terpinga-pinga. Zamri garu kepala yang tidak gatal. 

   Azrul berdiri di hadapan rumahnya. Tangan masih teragak-agak untuk memulas tombol pintu. Bayangan pocong Malisa kembali bermain di fikiran. Baru hendak berpatah balik ke rumah Zamri pintu rumahnya terbuka sendiri. Azrul telan air liur perit. 

   Perlahan Azrul melangkah masuk sambil mata melingas mencari sesuatu yang tidak tahu apa. Selangkah dia melepasi pintu, Pang! Pintu tertutup rapat membuatkan Azrul meloncat. Bagaikan mahu terkeluar jantung. Azrul mengurut dadanya cuba untuk bertenang. 

  “Aku tahu kau ada dekat sini! Siapa kau? Apa kau nak dari aku?” Azrul memberanikan diri bertanya. 

  Angin yang entah datangnya dari mana tiup menerpa ke wajahnya menyebarkan bau mawar yang harum. Azrul terpukau sehingga matanya terpejam rapat. Kaki melangkah naik ke bilik tingkat atas. 

  Matanya masih rapat terpejam. Tangannya terangkat seperti ditarik seseorang. Azrul tenggelam dengan keasyikan bau mawar yang wangi itu sehingga tidak sedar apa yang berlaku. Azrul sampai di depan bilik bersebelahan dengan kamar tidurnya. Tombol dipulas dan Azrul masuk ke dalam. 

  Di atas katil ada satu lembaga putih sedang berbaring. Azrul naik dan terus memeluk lembaga itu erat seperti sedang memeluk bantal peluk. 

  “Sayang...” Sayup satu suara menyapa halwa pendengaran Azrul. 

  Azrul membuka mata. Darahnyq bagaikan tersejat memenuhi ruang otak apabila terpandangkan wajah makhluk di hadapannya. Azrul melompat turun dari katil.

  “Pergi kau! Pergi!!” Azrul menghayun tangan ke udara seperti orang sedang menghalau ayam. Muka masih menunduk ke bawah, tidak berani mahu memandang makhluk yang menggerunkan itu.

   Tiada lagi bau mawar yang harum. Cuma ada bau kapur barus yang menyengat rongga hidungnya. Makhluk di atas katil itu adalah pocong Malisa. 

  Pocong itu bergolek turun dari katil dan berhenti di sebelah kaki Azrul. Pocong itu menderam kasar dan kemudian Azrul mendengar tangisan pula. Sayup dan mendayu suara itu menangis. Perlahan Azrul menoleh ke sisi kanannya. 

   Bam! Pocong itu betul-betul berada di hadapan mukanya. Wajah bersopek dan dipenuhi darah. Ulat memenuhi ruang wajahnya. Bau yang busuk membuatkan Azrul mahu termuntah. 

  “Tolong Lisa...” Pocong itu merayu dengan suarayang menyeramkan. 

  “Pergi...kau dah mati... Jangan ganggu aku. Pergi!” Pekik Azrul sekuat hati. 

  Azrul menekup kedua telinga bila terasa pocong itu sedang berbisik di kupingnya. Nafas mendesah laju seperti orang baru habis berlari marathon. Suara tangisan pocong itu semakin kuat dan menyeramkan. 

  Puas Azrul merayu dan meronta namun bisikan pocong itu terus mengacau dirinya. Tidak lama kemudian kedengaran azan maghrib berkumandang. Azrul menarik nafas lega bila melihat pocong itu sudah hilang di sebalik kepulan asap yang memenuhi ruang bilik tersebut. 

  Azrul tersandar lemah. Tenaganya sudah habis dan dia tidak mampu untuk bangun. Azrul menarik nafas panjang sebelum berpaut di kaki meja untuk bangun dan membersihkan diri. Dia harus mandi dan solat. Mungkin dengan cara itu gangguan pocong tidak akan berulang. 

  Usai solat maghrib, Azrul mencapai buku yasin dan membacanya. Bacaan mula tersekat bila rasa sebak memenuhi jiwa. Dalam kepayahan dia menghabiskan 83 ayat tersebut. Fikirannya asyik teringatkan Malisa. 

  Selesai solat Isyak Azrul masih berteleku di atas sejadah. Air matanya tidak henti mengalir sedari tadi. Dia rindukan Malisa. Kematian Malisa yang terlalu mengejut sangat sukar diterima oleh Azrul. 

   “Lisa... Rul rindukan Lisa.” Azrul merintih. Jiwanya terasa sesak menanggung kesakitan perpisahan. Jantungnya bagaikan mahu meledak menahan siksa kerinduan. 

   “Lisa pun rindukan Azrul.” Satu suara bergema. Perlahan namun mampu didengari oleh Azrul. 

  Azrul pantas menoleh ke arah suara itu. Dia melihat Malisa sedang duduk di atas katil sambil tersenyum manis padanya. Azrul bangun dan berlari mendapatkan Malisa. Dipeluk gadis itu erat. Saat membuka mata dia tidak melihat Malisa dalam pelukannya. Azrul terpinga-pinga. Kemanakah gerangan Malisa.

  Azrul keluar dari bilik dan menjerit memanggil nama Malisa. Dia turun ke bawah dan ke dapur. Kembali semula ke ruang tamu namun bayang Malisa tidak kelihatan. Azrul perasan ada satu kelibat di atas seperti orang sedang berlari. Azrul panjat tangga naik ke atas. 

  Kelibat itu melintasi belakang Azrul dengan laju. Gedegang! Kedengaran pintu bilik hujung tertutup dengan kuat. Tersejat darah Azrul hingga ke pangkal otak. Azrul mengurut dada sambil beristighfar. Perlahankaki di atur menuju ke bilik itu. 

  Hati masih berkira-kira untuk membuka. Risau pula jika melihat sesuatu yang tidak diingini nanti. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, pintu bilik itu dibuka perlahan-lahan. Azrul membuka suis lampu dan melangkah masuk. 

  “Kau rindukan aku ke?” Tegur satu suara garau membuatkan Azrul terkejut dan jatuh tersembam. 

  “Allahuakhbar!” Azrul menjerit sebaik melihat pocong sedang berdiri tegak di hadapan pintu. 

  Pocong itu melompat sambil memandang tepat ke arah Azrul. Matanya hanya diselaputi keputihan, mukanya pucat biru dan berbau busuk serta hanyir. 

   Kau bukan Malisa. Pergi kau SYAITAN!” Azrul meronta sambil menendang-nendang kaki ke udara. Mata masih terpejam rapat. Tidak berani dia mahu melihat makhluk gerun itu. 

  “Akulah Malisa.” Jawab pocong itu dengan suara yang menyeramkan. 

  “Tak! Kau bukan Malisa. Malisa dah mati.” Azrul memberanikan diri menjawab. Namun pandangan masih setia di lantai. 

  Azrul bangun dan berlari keluar dari dalam bilik menuju ke bawah. Pintu utama di buka untuk dia menyelamatkan diri dan meminta bantuan tetapi sayang, pocong Malisa tadi sudah sedia menanti.

   Kali ini wajahnya semakin menggerunkan . Matanya merah menyala dan mukanya bersopek dipenuhi darah. Pocong itu menderam kasar membuatkan Azrul terpaku tidak mampu bergerak. Tapak kakinya terasa sudah digam walaupun tubuh cuba menolak untuk dia bergerak. Pocong itu melompat-lompat mendekati Azrul. Lelaki itu sudah menangis bagaikan anak kecil kelaparan susu. 

   “Allahuakhbar! Dengan kalimah besar Alif lam lam ha, nyah kau dari sini.” Satu suara memekik. 

  Tiba-tiba angin bertiup kencang dan kilat sabung menyabung. Azrul sudah mampu bergerak namun tidak sampai beberapa saat Azrul jatuh terkulai tidak sedarkan diri. 

Previous: Pocong
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie