Home Novel Seram/Misteri Pocong Malisa
Pocong Malisa
Farz Ozie
11/4/2018 19:08:30
8,946
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Pocong

Full bab 1

Cubaan tulis genre seram. Harap jadi seram.. Hehe


  Mata meliar kiri dan kanan, telinga ditanamkan cuba mencari dari mana arahnya datang bunyi seperti orang sedang berlari. Rongga hidung mula terbau sesuatu yang busuk dan hanyir. Baunya seperti darah yang baru keluar dari tubuh. Peluh jantan mula merecik membasahi seluruh wajah Azrul. 

   Gup! Gup! Katil tiba-tiba bergegar hebat sehingga Azrul tercampak ke lantai. Mata terpaku pada satu figura berwarna putih di bawah katilnya. Benda itu kemudian bergolek laju ke arahnya dan terus berhenti di hadapan muka. Wajah pucat berserta ulat-ulat yang menari di wajah itu sangat menyeramkan. 

   Azrul cuba untuk bangun namun tubuhnya seperti digam di situ. Perlahan benda itu membuka mata namun hanya putih sahaja kelihatan. Benda itu tersenyum sambil darah mula membuak keluar dari mulutnya. Azrul cuba menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong. Hilang segala surah yang dihafal dalam kepala ketika ini. Mindanya kosong dan tidak dapat berfikir dengan jelas. 

   Benda itu adalah pocong. Wajahnya seakan hampir sama dengan Malisa. Tetapi bukankah Malisa sudah mati? Pocong itu bergolek naik ke atas ribanya. Wajah mengkerutu itu disembamkan ke peha Azrul. Satu suara esakan tangisan yang menyeramkan kedengaran. 

  'Ya Allah, sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kuberlindung dari segala kejahatan. Bantulah hamba Mu ini Ya Allah.' Perlahan Azrul cuba melaungkan kalimah besar Allahuakbar. Satu jeritan kasar membingitkan telinga Azrul sehingga terpejam mata lelaki itu. Saat membuka mata pocong tersebut telah hilang daei ribaannya. Azrul menarik nafas lega. 

    Dia sudah boleh bergerak. Keadaan bilik yang berentakan tadi kembali kemas seperti sedia kala. Azrul menarik nafas lega. Mungkin dia hanya bermimpi. Azrul bangun dan menuju ke bilik air. Pintu terbuka luas, baru setapak melangkah Azrul sudah terlentang jatuh ke belakang. Pocong yang sama muka dengan Malisa sedang berdiri di hadapan sinki sambil mencerlung ke arahnya. 

  Azrul  kerah seluruh tenaga untuk bangun dan berlari keluar dari bilik. Saat dia sampai di tangga pocong Malisa itu sudah sedia tegak di situ terlebih dahulu. Azrul panik, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Mulut cuba berzikir dan melaungkan kalimah Allah. Tiba-tiba laungan azan subuh bergema membuatkan makhluk itu kepanasan dan hilang sekelip mata. Azrul terduduk di lantai melepaskan lelah. 

     Azrul cuba membuka mata yang terasa pedih. Pandangan masih agak kabur. Dia melihat jam di tangan sudah pun menunjukkan jam sebelas pagi. Entah bila dia tertidur di lantai ini pun dia tidak pasti. Mungkin kerana kepenatan melalui malam yang panjang dan teruk. 

  Tengkuk yang terasa sengal dipicit perlahan-lahan. Dia bangun dan melakukan sedikit regangan melonggarkan otot dan urat yang tegang. Azrul turun ke dapur kerana tekaknya terasa kering.

  “Betul ke tu Malisa? Kenapa dia aku?” Azrul berteka-teki sendiri. 

  Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk bagaikan mahu pecah. Habis tersembur air yang belum sempat ditelan. Azrul pantas berlari ke ruang tamu. 

  “Kau Zamri. Dah kenapa ketuk pintu rumah aku macam nak pecah?” Azrul bercekak pinggang di hadapan pintu. 

  “Malisa... Malisa, Rul.” Kata Zamri dengan nafas yang tersekat-sekat. Mukanya pucat dan kalut sahaja tingkahnya. 

  “Kenapa dengan Malisa?” Mata Azrul sudah membuntang saat nama Malisa meniti di bibir Zamri. 

  “Kubur Malisa kena gali. Mayat Malisa takda.” 

   Azrul ternganga. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang disampaikan oleh Zamri itu. Jadi betulkah apa yang dilalui semalam? Memang arwah Malisa datang berjumpa dengan dirinya ke? Tidak! Mana mungkin. 

  “Kau dengar tak apa aku cakap ni Rul?” Zamri menggoncang lengan Azrul membuatkan lelaki itu tersentak. 

  “Kau biar betul Zam. Siapa pula yang korek kubur Malisa? Mengarut jelah kau ni Zam.” Azrul cuba menyakinkan dirinya yang Zamri mungkin cuma berkhayal. 

  “Ya Allah, takkan benda macam ni aku nak main-main. Kalau kau tak percaya jom ikut aku pergi kubur.” Zamri menarik tangan Azrul tetapi lelaki itu menolak.

  “Malisa tu kan tunang kau. Takkan kau tak nak tahu apa yang jadi dekat arwah.” Bentak Zamri. 

  “Kau pergi dulu, kejap lagi aku pergi. Aku nak mandi jap.” Azrul menghilang naik ke atas. Zamri akur dengan kehendak Azrul. 

  Azrul membuka pintu bilik dan dia terkejut besar bila melihat ada satu benda putih sedang duduk di atas katilnya. Pocong Malisa tadi muncul kembali. Azrul menonyoh mata beberapa kali sebelum melihat kembali ke arah katil. Pocong itu masih di situ. Azrul menggeleng sambil berlalu masuk ke dalam bilik air. Azrul cuba menyakinkan hati dia yang ini semua hanya mainan perasaan. 

  AZRUL mengunci pintu bilik air dan berdiri di hadapan sinki sambil memandang wajah di cermin. Azrul mencuci muka beberapa kali sambil berkumur. 

  Argghhh! Azrul menjerit bila melihat pocong Malisa tadi berada dibelakangnya melalui cermin. Wajah itu sangat mengerikan. Mulut pocong itu berdarah merah yang pekat. Tanah merah masih melekat di badan pocong itu. Bau kapur barus kuat menyengat hidung Azrul membuatkan lelaki itu loya dan mahu termuntah. 

  Pocong itu melompat mendekati Azrul dan melentokkan kepalanya di bahu Azrul. Lelaki itu sudah terkencing di situ. Azrul cuba melarikan diri. Tombol pintu bilik air dipulas sekuat hati namun sayangnya pintu tidak terbuka. Azrul mengetuk dan menendang pintu sekuat hati. 

  Azrul menjerit meminta tolong mengharap Zamri masih di bawah dan mendengar jeritannya. Pocong itu melompat-lompat menghampiri Azrul. Azrul sudah menangis sambil menjerit ketakutan. Suaranya tenggelam timbul meminta pertolongan. Tombol pintu terus ditarik mengharap ia akan terbuka. Nasibnya baik. Sebaik pintu terbuka Azrul memecut lari ke luar dan turun ke bawah. 

   Zamri yang baru hendak pulang terkejut bila mendengar Azrul memekik memanggil dirinya. Sebaik melihat Zamri, Azrul terus memeluk erat tubuh Zamri sambil menangis meminta tolong. 

  Zamri merasa pelik. Kenapa pula dengan sahabatnya itu. Dia menarik naik Azrul dan menepuk bahu lelaki itu cuba untuk menenangkan keadaan Azrul. Zamri menarik tangan Azrul untuk masuk ke dalam rumah tetapi ditolak oleh Azrul. 

  Azrul melihat pocong Malisa sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya sambil memandang dia dengan pandangan yang mengerikan. Azrul memeluk Zamri kuat membuatkan lelaki itu hampir sesak nafas. 

  “Kau ni dah kenapa? Masuklah dulu dalam rumah.” Ajak Zamri, namun Azrul masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Zamri mati akal. 

  “Boleh tak aku duduk rumah kau.” Soal Azrul. 

  “Boleh, tapi masuklah dulu pakai baju, takkan kau nak pergi rumah aku dengan berseluar pendek je?” Zamri sedikit tertawa. Apakah Azrul tidak sedar akan keadaan itu. 

  “Kau tolong aku masuk dalam ambilkan pakaian aku boleh?” Pinta Azrul. 

  “Kau dah kenapa? Masuklah sendiri. Rumah kau kan.” Jawab Zamri pelik sambil menggaru kepala. 

  “Tolonglah. Nanti aku cerita dekat kau.” Desak Azrul membuatkan Zamri akur. 

  Zamri masuk ke dalam bilik Azrul dan mencapai sebelah baju dan seluar dari dalam almari. Saat dia hendak melangkah keluar dia merasakan ada sesuatu melintasi belakangnya. Terasa seperti angin yang bertiup lalu. Dia menoleh pantas namun tiada apa yang kelihatan. Bulu roma tiba-tiba merinding naik membuatkan Zamri rasa seram sejuk. Pantas dia menutup pintu bilik dn berlari turun ke bawah.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farz Ozie