Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,971
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 4

 TERGAMAN

 

Seminggu berlalu …..

 


Selasa 20 mac 2018 ,Terengganu 

 

4:30 minit petang ,

 


Aku berlari pantas sepantas kilat dari rumah atukku ke rumahku kerana sedar bahawa aku telah lewat untuk pergi ke tempat kerja. Rumah kami hanya bersebelahan sahaja. Erat hubungan kami bagai aur dengan tebing. Ibuku , zaiffah menegurku dengan nada keibuan “ Mi sayang ,  mak nampak muka kamu pucat je  hariini , tak payah pergi kerja lah duduk rumah je goyang kaki” kata ibuku . “ alah duduk rumah bukannya buat apa-apa pun mak , baik pergi kerja dapat duit…. , hilang bosan… , hilang masalah….” balas aku dengan nada manja sambil memeluk-meluk ibuku.



“Amboi dia ini… Dah! selama ini mak tak bagi Mi duit belanja , kebebasan dan kegembiraan ?” balas ibuku dengan nada sinis. “bukan macam itu makku sayang. Baiklah Mi pergi dulu ,apa-apa mama roger okay!” pintasku dalam bicara. Sudah lambat ma!

 


5:10 minit petang ,

 


Aku tiba di lubuk rezeki demi mencari sesuap nasi , ingin juga membeli kehendak aku yang sudah lama aku pendamkan iaitu satu set Lego Mindstorms EV3 dan Cheytac Intervention M200 gun. Aku nak beli mende alah ini. Siapa dekat aku tembak. Berkecai bertaburan.

 


Waktu senja macam ini memang sedap kalau layan satu ABC + durian. Perhhhh!!! Terangkat beb! Tetapi cilakak! punya tiga orang sejawat dan sedapur aku , mereka masih belum datang-datang lagi. Puas aku menoreh telefon pintarku membalas mesej “ kenapa”.Mesej yang di balas hanyalah “tolong , tolong dan tolong”. Kebinguaan aku mencari solusi. Aku bingkas ke tandas sebentar kerana tidak tahan dengan teriakkannya yang sudah menggila menahan kesakitan . Batu karang mula terbentuk.



Setelah selesai hajatku, tiba-tiba aku tersentap tanda terkejut melihat mereka bertiga sudah bersedia menyediakan menu yang dipesan oleh pelanggan yang tadinya sedikit ,bertambah ramai pula. Tergaman , pelik dan kebingungan pun ada sambil mataku liar melihat pelanggan dan perwatakan mereka.

 


Sudah dua minggu aku berkerja di kedai makan itu , hampir setiap kali aku memerhatikan setiap pergerakan. Tersedar .. Mereka semua pelanggan yang SAMA dari segi pakaian , gaya dan action mereka. Sudah aku "capture" dalam ingatan ku. Bukan itu sahaja malah pesanan yang dibuat oleh mereka  juga SAMA.

 


“Nabil sini jap , akunak tanya kau sesuatu ini”   mengarahkan si rambut korea ini mendekati aku. “aku sibuk lah” balas si nabil. “wei kau , sini lah kejap” kataaku. “ apa dia kau nak cakap , aku tak nak dengar gossip kau yang murahan tu” balas si nabil. “ kau ini kan , aku sebaik-baik insan kot , nak gossip balik rumah lah” balas aku sambil menumbuk-numbuk  lenggan 5inci  kepunyaan nabil.  Workout progress.



“ Ini… apa bende semuani , apa pasal kau dan semua orang pakai baju sama daripada minggu lepas lagi ,ini …. pelanggan pun sama , kau buat menu pun sama , makanan yang habis pun sama dan satu lagi kau tengok si abang Am tu setiap hari buat nasi goreng dalam waktu yang sama pastu dia akan cakap 'Che Lah boleh tolong saya tak' ? setiap hari kot , setiap hari. Woi , kau dengar tak ni” balas aku dalam kebingungan.



“Fahmi aku nak cakap dengan kau sikit , kau dengar ini , kalau kau nak kerja buat cara nak kerja bukan sibuk hal orang. Kau jaga adab kau sikit sebelum penumbuk ini sampai kat muka kau” kata si nabil dengan nada sinis lalu beredar dari situ.



Darah aku menyirap sampai ke otak . Darah tertinggi dikesan. Mengerang kesakitan. Aduh! sakitnya jiwa aku. “penumbuk konon , eh pergi mampus lah , kau tu boleh balik tanam jagung lagi baik” balas aku. Tertirap kehausan , panas melawan api , lemas menjadi air.



Ingin sahaja aku mengambil tungganganku lalu campakkan diriku ke dalam arus yang mengalir agar terasa  tenang , nyaman dan bebas. Tetapi ingin juga aku meneruskan pencarian jawapan dalam segala permasalahan yang timbul. Siapakah mereka ? kenapa mereka bertindak sedemikian rupa ? hanya jauhari mengenal  manikam. 



Mujur ada pantung Doreamon bersaiz 4 cm ala-ala keychain yang boleh bercakap . jualan limited edition dari muzium Fujiko F. Fujio , Tokyo dengan harga 10 juta rupiah persamaan  2,800 ringgit semasa yang sememangnya boleh menyamankan semarak api yang membara. Darah normal kembali. 

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi