Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,880
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12

                                                                   SELESAI


Aku melangkah dengan agak lemah. Kelihatan Cik Dol sedang ‘shake hand’ dengan si Che Mat. Kedengaran juga suara sedang memanggil-manggil kami mungkin ingin bertemu atau mungkin juga tidak suka keberadaan kami disini. Aku dan si Za’im saling berpandangan. Suaranya bagai aku kenal. Aku menggerakkan seluruh fungsi neutron atau brain blast agar pembawaannya lebih efisien daripada biasa. Aku tertanya-tanya.



“Jom Mak Cik Na  bawakan kamu jumpa dengan dia. Nama mak cik Rohana , panggil sahaja Mak Cik Na ” kata mak cik yang menyambut kami sebentar tadi sambil tangannnya mencuit-cuit badan aku. Kami melangkah maju . Sederat seiring dengan jiwa yang luhur. Tersungkul tidak , terjatuh pun tidak. Kebiasaannya aku hanya tertirap. Hormone testeoteron kini mengalir laju dalam aliran darah dan ia menjadikan eritrosit bergema-gema. Denyutan jantung juga berdetak dengan dengan deras



Daun pintu dibuka. Anak mataku membesar kerana bilik tersebut agak malap , banyak cahaya yang memasuki mataku. Kelihatan Sang hamba-Nya sedang terbaring diatas empukkan tilam. Biliknya agak sempit dan suram ditemani lampu kalimatan. Sayu dijiwa. Ingin sahaja mengalirkan air mata tetapi aku tetap gagahkan diri. Kelejar lakrimal aku mula membengkak. Terlihat si Abang Am terbaring suram.Dia seakan-seakan meraung , ingin mengatakan sesuatu. Aku mendekati dia.



“Abang Am, ini Fahmi , mungkin Abang Am tidak kenal. Tetapi Itu tidak penting , malah bukan pula menjadi soalan sekarang. Fahmi kesini sebab...…” kata aku. “shuuuuuuuuu , kau diam , mende itu mungkin ada dekat belakang kau hahahaha” kata Abg Am. Dia seperti orang gila. “Begitu lah dia setiap hari dah setahun lebih sudah. Lepas sahaja dia balik  kerja dari Terengganu terus jadi macam ini. Mak cik dan pak cik dah habis iktiar dah” kata Mak Cik Rohana sambil menunjukkan reaksi kecewa . Aku faham. “Mak cik pun pelik juga dari pagi tadi dia cakap ada orang yang nak datang nak jumpa dia” tambah celoteh Mak Cik Rohana iaitu ibukepada Abang Am.



“Cik ,Im boleh tinggal aku dengan Abang Am sekejap ada hal sikit aku nak bicara dengannya.” kata aku. “Baiklah kalau macam itu , aku tunggu kau kat luar” balas si Za’im. Mereka berdua melangkah melepasi garisan pintu. Pintu ditutup dengan ketat. Kami mungkin lemas dalam satu ruang berdimensi sederhana yang hanya bertemankan kekisi tingkap yang sememangnya dikemaskan untuk tujuan pengudaraan. Kami kelihatan tenang.



“Abang Am,  boleh kita terus dengan perbincangan ?. Kalau boleh saya tahu bila Abang kerja dekat kedai itu , maksud saya kedai makan itu.” tanya aku. “Aku, aku ….. seorang tukang masak. Aku nak kaya ,kaya , kaya lah woi kaya woi. Banyak duit hahahahaha. Aku jadi kaya. Aku kayakan hahahahahaha.” Balas si Abang Am sambil ketawa mengila. “ Eh kau ini lah yang dalam mimpi aku tu kan. Kau lah kan , kau kan. Kau datang sini nak aku cerita tentang mereka kan hahahaha , buang masa kau sahaja , nanti kau suruh ustaz gila itu jampikan kau , bububububu ” kata si Abang Am. Mukanya berpeluh-peluh , matanya berpusing-pusing , tangannya terketar-ketar. Dia bagaikan separuh sedar.



“Meh dekat sini  kalau  kau nak tahu , tapi... perkara ini kita berdua sahaja tau. Faham , wei kau faham tak ? ”. kata Abang Am kepada aku sambil matanya keras memandang tepat ke arah permukaan wajahku. Aku lantas mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju mematuhi arahannya. “ Aku…….hahahaha. Tolong.... aku. Kejap lah nanti aku masak. Kau ambik kain kuning itu , masuk dalam mulut kau , masuk lah. Kau nak tahu apa yang aku letak dalam kain itu hahaha ?.” Kata abg am sambil ketawa dan diselangi menangis. Aku masih tertanya-tanya.



Abang Am memejamkan mata mungkin untuk seketika. Aku ternanti-nanti. "Abang saya merayu dekat abang agar beritahu apa sebenarnya yang berlaku , tolong lah saya merayu " kata aku dalam kesayuan meminta jawapan. Tiba-tiba kau terdengar satu lontaran suara yang mulanya perlahan kini dikuatkan sedikit mungkin fungsi osikel aku baru berfungsi dengan baik



“Malam itu abang pergi kedai  untuk masak satu masakan. Abang ambil peluang ini yang sememangnya dirancang untuk meletakkan serbuk yang telah dijampikan. Ini bertujuan untuk melemahkan roh-roh mereka. Aku buat semua ini sebabkan aku tiada cara lain untuk bayar hutang , hutang aku bertimbung . Aku terpaksa , aku yang bersalah. Aku tak nak buat semua ini tapi DIA.... dia seorang sahaja yang nak tolong aku waktu itu.” Kata si tukang masak dengan jelas sambil meratapi kesalahannya yang terdahulu.



“Patut lah si Hasiful  marah  sewaktu aku nak makan masakan yang tiba-tiba dihidangkan diatas meja kosong khas yang biasanya untuk owner duduk melepaskan penat mereka.” Monolog aku. Tetapi bila aku imbas kembali , aku pasti ada sesuatu kelibat yang memerhatikan aku dari jejari tingkap. Aku pasti. Siapakah dia ? tidak mungkin Abang Am kerana abang masih hidup. Dendrit mula menggeletar. Terasa panas. Aku masih berfikir.



“Abang Am bagaimana kita nak selesaikan semua ini. Pasti ada caranya kan ?” tanya aku dalam kesayuan. “Apa kau cakap ' kita ' ? Kau lah yang  bangang  nak sangat campur urusan gila macam ini. Kenapa ? Kau dapat duit , kau nak jadi kaya., ke kau nak bayar hutang ? berapa ? nak suruh aku tolong bayarkan ? hahaha. ” balas Abang Am dengan suara yang  lantang sambil ketawa terbahak-bahak diselangi tangisan yang menyedihkan . Aku pasrah.



“Abang Am tolong lah  jangan macam  ini ,  Fahmi kesini untuk minta perjelasan daripada abang. Keadaan makin celaru” kata aku. “ Kau bawak telefon ? bak sini , cepat ! ” kata Abang Am. Entah apa yang nak dibuatnya  pun aku tidak tahu. Aku patuh dengan memberikan kotak canggihku yang dibuat dengan 7075 aluminium  janaan IOS malah ia juga dilengkapi dengan kod-kod keselamatan.“Nah abang. Abang nak buat apa dengan telefon saya?” tanya aku. Dia membelek-belek keseluruhan permukaan gajet tersebut. “Telefon kau ini canggih ada banyak kod-kod keselamatan hanya  kau seorang sahaja yang boleh membukanya dan mungkin kenalan rapat kau. Nah! Keluar , aku nak tidur” kata si tukang masak dengan selamber . Isi tersirat dikesan. 2 markah diberikan.



Betul cakap Abang Am kalau tidak aku mungkin kenalan yang rapat sahaja boleh membukanya. Kalau macam itu hanya Abang Am sahaja yang boleh menyelesaikan misi terbengkalai ini. Aku bingkas bangun , mencari keberadaan Cik Ddol. Aku pasti ini adalah solusi terakhir. Mereka kian mendekat. Aku bertambah  gusar. Lemas ditutupi kebenaran. Sakit melalui liku-liku tajam. Panas mengikuti perangcangan yang diberikan. Aku mungkin tertirap kali ini. 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi