Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,869
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 3

 PELIK

 

Isnin 12 March 2018 , Terengganu



Kampung Merbau patah, Terengganu , Malaysia Longitude 103’11638 utara dan Latitude 5’295787 timur.  Setelah beberapa hari bekerja sebagai perkhidmatan pembantu penyediaan makanan , aku makin berkebolehan untuk mempecepatkan langkahku demi menyediakan menu yang dipesan oleh customers. Gelak dan tawa. Jauh dari sudut yang berbeza kami group dapur semakin rapat.  Placebo action  senantiasa diterapkan.



Suatu petang yang agak membosankan , bingun dan letih. Aku duduk , merebahkan punggungku tanda penat. Bicara gossip dimulakan. Aku memulakannya. “ Ji umur awak berapa ?” Tanya si fahmi ingin kepastian. “rasanya tak perlu tahu umur saya” jawab Ji. “ ala tu pun nakrahsia ke kenapa?” aku mengeluh. “eh fahmi umur kita-kita ini dah habis dah tau 2 tahun yang lalu” bicara si Che Lah. Mereka saling berpandangan. Keliru. Lantas Ji menyambung “kalau awak nak tahu umur kami , kerja lama sikit dekat sini ,kami memang nak minta pertolongan fahmi” . Ji terseyum.



Aku kebingungan ingin sahaja merungkai jawapan yang dikemukakan. Lidahku kelu seribu bahasa. Otakku berdenyut-denyut mencari holistik jawapan yang dibentangkan sebentar tadi. Tersentap .Bingkas aku larikan punggungku dari muka kerusi kerana pesanan makanan dari customers yang agak banyak.



Amnesia dengan soalan dan kepastian. Terus aku lupakan . malam yang hening. Kami bersiap-siap untuk pulang. Peti suara bagaikan dicas semalaman. Ketawa kami mengegarkan suasana. Hilang kesunyian bagai ditiup angin yang kencang.



“Hasiful ni ada nasi dan lauk lebih , kau nak bawa pulang ?” aku , melafazkan pertanyaan.“buat apa nak buat balik benda kotor macam tu , bagi haiwan pun mereka tak akan makan haha” dia menjawab sambil ketawa. “Macam biasa” bisik hatiku ,  memang peragai dia macam itu. Malas aku nak layan. Kalau boleh nak sahaja aku bagi sebiji penumbuk.



Kemudian,aksi terakhir sebelum pulang ,  kami akan membuang sampah. Tempat pembuangan hanyalah 10 m daripada tapak kedai makan kami. Agak dekat tapi terasa jauh kerana ianya berat. Aku dan rakan seperjuanganku si fitri bersama-sama pergi ke tempat pembuangan tersebut. Dengan perasaan longlai dan letih , kami tiba ditempat pembuangan dengan jayanya. Mataku meraba-raba mencari keberadaan sifitri. “ main-main betul budak ini” jawab aku keletihan. Aku melangkah lemau menuju ke lubuk semula seperti perut yang telah kekosangan selama seminggu. Merintah kelelahan.



Tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu dibelakangku. Aku hentikan pergerakanku. Aku mula berpusing 180 darjah kebelakang , sekali macam kawad dah. Mataku berpusing macam gasing. Mencari. “ fitri ini , aku dah letih kot dia main- main pula”monolog si penulis. “ fitri aku tahu itu kau , tak payah nak main- main lah”sambil berjalan ke kedai .


Setibanya aku di kedai , semua peralatan telah siap dikemaskan bagaikan magik disuntik.Yelah sewaktu aku buang sampah tadi masih ada satu dua perkara yang perlu diselesaikan menggunakan 4 kepala. Aku mengeluh kebingungan. Jam di dinding menunjukkan tepat  pukul  11:45 malam. Ji , Che Lah , Hasiful , Ika , Man, Nabil dan Wan telah siap-siap menunggu aku di handapan. Pelik , berdebar dan gementar. Aku melihat diorang bersekolompok dimeja yang hampir dengan tandas berkunci itu.



Tandas berkunci itu memang sudah tidak boleh digunakan lagi. Jijik , kotor danberkulat . Mendekati  tandas tersebut itu pun sudah busuk , ini kan pula mahu memasukinya. Hampeh!!. Aku mengambil alternatif dengan meletak pewangi disekitar pintu tandas itu supaya mengurangkan bau tandas tersebut.



Kemudian , aku mengajak diorang bersembang sekejap alang-alang dah pukul 11:45 baik tunggu 15minit lagilah.  “ korang buat apa berkumpul kat sini tak nak balik lagi ke” bicara aku sambil mencari susuk tubuh si fitri.“ pergi lah balik sibuk je kat sini , macam lah nak tolong bebaskan kita” hasilful membalas. Budak ini kan memang dapat siku aku nanti kan!. Serabut dengan lontaran perkataannya itu. Menyekit. Tak kuasa aku nak layan. Kemudian Ji tiba-tiba menjelma dibelakang aku. “fahmi awak kena balik sekarang juga , fitri pun sudah pulang , jom saya hantar awak dekat motor. Tolong lah saya merayu” Ji memandang aku dengan serius. 



Sampai sahaja di motor aku terus tanya “ kenapa saya perlu balik sebelum pukul 12:00“. Soalan kebingungan. “ orang suruh kau balik  , balik sahaja lah jangan nak banyak tanya tu tanya ini , dasar budak baharu tak faham bahasa” si cashier hasiful menjawab. Menyirap jugak darah keturunan aku ini. Terus aku hidupkan enjin lalu pergi dari situ dengan muka yang bengis. 



Namun aku sempat maki hamun sambil menoleh kebelakang. Lantas,  aku sempat melihat sebuah kereta proton wira berwarna hitam yang telah di modified dengan Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST (CZ4A) yang memang terkenal dengan kelajuan yang superb dan bravo. Kedengaran enjinnya pun sudah mengerungkan. Kereta itu sedang parking di parking lot besebelahan dengan kedai makan tersebut. 


Setibanya aku di simpang empat, aku melihat kelibat seorang  wanita berpakaian serba kekuningan pantas menuju ke bangunan kedai makan. Sempat juga aku memandangnya. muka wanita tersebut  menggambarkan keresahan.  Aku tanpa berfikir panjang terus pulang ke rumah. letih , mahu dibuai mimpi indah tak kala mitosis melakukan tugasannya bagi pertumbuhan dak dak baru nak up ini.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi