Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,867
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 11

                                                                 PENCARIAN



Dunia berputar dengan deras secepat air yang mengalir. Kaloriku terbakar sehingga ketahap 599 peratus kcal menyebabkan aku sedikit ringan daripada biasa. Kami terus mengambara melihat dunia tanah air. Dari bandar ke kampung , kami rembat. Mencabar jati diri supaya dapat berdikari dan berdiri di atas paksi sendiri.



Kami merantau bukan untuk mencari pengalaman tetapi mencari ruang dimensi yang kian terbuka. Secara pro serta kontra kami ingin memulihkan keadaan yang semakin rumit , celaru dan keliru. Sikap kami lebih kepada proaktif , analitikal , dan holistik dalam mencetus satu tindakan yang luar biasa. Manakan tidaknya roh jahat sedang mengejar , mencari dan mengesan keberadaan aku. Mereka ingin membinaskan aku.


 

Pesanan Cik Dol , hijab aku tidak boleh di tutup lagi, jikalau ia di tutup aku tidak boleh lagi menyelamatkan rakan-rakanku yang sedang dan telah kesakitan disana. Aku pasrah dengan kehendak-Nya. Doa dan usaha diiringi bersama. Walaupun aku sangat lemah , aku mesti melihat kehadapan. Aku akan berjuang sama ada luluh mahupun kekal pasti akan aku canang sehingga ke titisan akhir. Lutut sedikit goyah ,tetapi hati, jiwa dan perasaanku waktu dan ketika ini telah menjadi batu karang yang amat keras. Ia boleh meyebabkan perdarahan apabila  proses pendeaminaan berjalan.



Melalui Lebuh Raya Pantai Timur kami menuju ke Pahang. Kami ingin menuju ke perkampungan kecil iaitu kampung Kuala Tahan. “Cik Dol kita dah sampai ke?” tanya aku selepas leka melihat keindahan ciptaan Yang Maha Agung. “Cik Dol rasa kita sudah masuk di daerah Kuala Tahan , mungkin depan sana sikit sampai lah” balas si dolberubat matanya agak merah. Konjunktivitis diagnosis. “Abi mugkin kita kena tanya orang  dekat area-area sini. Fahmi apa nama itu Che ….” Kata si Za’im sambil mengemukakan satu pertanyaan. “Che Mat. Betul juga tu” kata aku. Malu bertanya sesat jalan.



Waktu zohor kunjung tiba. Kami meneliti masjid terdekat. Masjid Kampung Kuala Tahan. Beri’tikad kami sebentar. Hilang penat apabila seluruh struktur tulang dibaringkan sebentar. Selesai sahaja kami menunaikan solat. Aku dan Za’im keluar sebentar ingin melihat struktur pembinaan masjid tersebut. Aku kagum dengan hasil kemasan yang dihasilkan. Terbaik.



Tiba-tibaaku melihat Cik Dol terkumit-kumit berkomunikasi dengan seseorang. Perwatakannya seperti orang kampung ini. Dipakai kian pelikat berwarna biru gelap , berbaju melayu berwarna hijau dan berkopiah lama. Aku memandang mereka. Lama juga si Dol berubat ini berbicara mungkin keadaan jalan yang hendak dituju agak rumit. Aku terus memerhati.



Aku dan Za’im masuk kedalam kereta terlebih dahulu. “manalah Abi aku ini , inilah kalau mesra sangat dengan orang , jumpa sahaja pasti rembat tak 10 mesti lebih 15 minit” leteran si anak yang mula rapat dengan si ayah. “Eh kau ini tak baik cakap macam tu lagi-lagi itu Abi kau kan” kata aku. “yelah , yelah” balas Za’im.



Kami melihat susuk tubuh Cik Dol menuju ke arah kereta. Langkahnya cepat dan tenang ,mukanya sedikit celaru entah apa yang di fikirkan. Pintu kereta dibuka. Terkejut.“Cik Dol bagaimana ada orang tahu ke tak rumah Abg Am ?” tanya aku dalam kebingungan. “insa-Allah sudah dekat berdasarkan apa maklumat yang didapati mungkin kita akan sampai lewat magrib nanti” balas Cik Dol.b



Kepala tiba-tiba pening , terasa denyutan yang luar biasa. “aduh! Sakitnya kepala aku” kata aku.“eh , kau kenapa ini Fahmi? Okay ke tak ini ? Abi macam mana ini?” kata si sahabat. “ mende(roh) sudah dekat mungkin tidak jauh dari sini. Abipun rasa tidak sedap hati ini. Fahmi tenang banyakkan zikir” kata Cik Dol. “Mi kau baring dulu , lelapkan mata nanti sampai aku kejut kau” kata Za’im kerisauan.



Meter takometer menunjuk lebih daripada had laju yang ditetapkan. Kecepatan mengatasi gelombang  yang terbelau. Menyunsuri bukit-bukau. Kami tiada masa lagi. Roh jahat itu kian kuat terutama diwaktu-waktu senja bergini. Aura kebimbangan Cik Dol mula terselah.



6:30 petang waktu Malaysia , kami sampai di daerah perkampungan Kuala Tahan. Kepala aku yang tadinya  pening  sekarang sedikit beransur kurang. Kami masih mencari rumah berwarna biru yang dikatakan oleh Ika. Kelihatan beberapa orang pemuda sedang lepak di wakaf yang mungkin dibina untuk peranan dan tujuan tertentu. “salam dik, cik nak tanya ini kenal tak dengan Che Mat , rumah dia dekat mana ya?” tanya Cik Dol. “oh Che Mat kenal-kenal , rumah dia depan tu sahaja. Jom lah kita tolong tunjukkan” kata seorang pemuda , rambutnya kerinting dan berkulit putih coklatk



Kami tiba di rumah Abg Am dengan jayanya. “Terima kasih ya dik” kata Cik Dol. Tanpa membuang masa aku bingkas keluar dari kereta. Salam di berikan beberapa kali tetapi masih tiada orang menjawabnya. Aku dan Za’im cuba mengintai-mengintai di sekeliling rumah tersebut. Terdengar suara seakan-seakan memanggil kami naik. Tingkap dan pintu sudah ditutup dengan rapat dan rapi.



“Waaalikummusalam, jemput masuk “ kata seorang wanita perwatakkannya seperti keibuan mungkin ibu si Abg Am. Kami bingkas naik. 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi