Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
826,996
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 33 B ; Bukti 2

Besok petangnya… bilik mesyuarat satu Hotel Vistasa penuh dengan wartawan dan para blogger.. Hani yang menyambut mereka di pintu masuk ( di sisi Hani ada dua orang pengawal syarikat… wartawan TV13 dan Nat Ahmed tidak dibenarkan masuk atas arahan Dato.. jadi Hani perlu menyaringnya. Pukul 2.15 petang Dato Z sampai sambil ditemani oleh dua orang pengawal peribadi dan barisan Peguamnya ( 3 orang Peguam.. idea Dato Zaman supaya nampak berwibawa). Hani mengikut Dato ke hadapan tempat duduk yang disediakan. Dia membuka komputer dan bersedia untuk memaparkan video. Dato Zaman memandang Hani.. Hani faham pandangan tersebut.. Hani membuat isyarat bagus. Dato Zaman mengangguk dan terus bangun menuju ke Rostrum yang disediakan ;

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke sidang media khas untuk menerangkan gossip dan seterusnya menepis fitnah yang dikeluarkan oleh pihak tertentu. Dan juga menerangkan tindakan yang akan diambil untuk mempertahankan maruah yang selama ini telah tercalar. Pertama sekali.. saya perkenalkan diri saya… saya… Dato Zaman.. Peguam yang telah dilantik oleh Dato Zaffran untuk mewakili dirinya menangani kesnya” Dato Zaman berhenti seketika kemudian menyambung ;

“Pada minggu lepas dalam satu rancangan TV… iaitu rancangan Irama terbitan TV13 telah menfitnah anak guam saya dalam segmen Kantoi.. wartawan Nat Ahmed telah merakam perbualan di antara klien saya dengan seorang artis iaitu Wiwi. Kita lihat sedutan segmen tersebut. Hani vitae pertama” Hani mengangguk dan mengklik video pertama. Semua mata tertumpu kepada skrin. Setelah video tamat ;

“Baiklah… video di atas adalah satu fitnah dan menjejaskan reputasi Dato. Wartawan bertindak memotong sebahagian adegan lain dan hanya menyiarkan adegan yang sensasi sahaja. Tiada adegan yang menunjukkan Dato menolak ajakan Wiwi… ini adalah video penuh perbualan Dato. Hani next” Hani klik pada video yang kedua…“Malam ini saya tinggal seorang sahaja. Takkanlah saya tinggal bersama dengan PA saya”

“Hahahahahahaha… Dato ini kelakarlah. Saya pun tinggal seorang juga. Sunyilah” kata Wiwi manja.

“Iya… ala… I harini uzurlah.”

“Eeeeee you ni. Tak senonoh tau… you ini lelaki atau perempuan?”

“Saya tak boleh teman awak… nanti teman lelaki awak pelakon tu serang saya nanti. Nahas saya nanti”

“Takut ker?”

“Memanglah takut. Teman lelaki awak tu kan pernah serang pembantu produksi… selepas itu ada kes dia hamun wartawan dalam twitter.. facebook… takut saya”

“Hahahahahahahahahaha.. ok. You teman I sampai depan bilik I… I pun dah letih ni”

“Ok” mereka bangun dan menuju lif.. video tamat.

“Maka.. tentu ada yang membuat spekulasi… bukti ini tidak cukup kuat walaupun ada dialog Dato menolaknya.. video satu lagi menunjukkan bahawa Dato memang tidak masuk kedalam bilik Wiwi. Video seterusnya adalah rakaman video CCTV menunjukkan Dato tidak masuk dalam bilik Wiwi” Hani klik pada video yang ketiga… adegan dimana Dato menolak ajakan Wiwi dan berlalu pergi balik ke biliknya. Kedengaran bisik-bisik sebaik sahaja video ketiga tamat dimainkan.

“Jadi saudara-saudara.. teman-teman wartawan.. blogger. Nampak tidak itu semuanya satu fitnah.. satu fitnah yang sangat besar dilakukan oleh Nat Ahmed. Jadi… saya dan pasukan saya.. akan mengambil tindakan undang-undang terhadap TV13.. Nat Ahmed dan pihak produksi yang terlibat di dalam penyebaran fitnah ini. Sebab itulah Dato hanya berdiam diri sahaja selama isu ini ditimbulkan kerana pihak saya perlu mencari bukti dahulu mengenai perkara ini dan hari ini.. saya tanpa segan silu menayang bukti yang kami ada” kata Dato Zaman serius.

“Dato.. boleh beri salinan video?” tanya seorang wartawan.

“Boleh… ada pen drive nanti boleh ambil dari PA Dato. Sebarang soalan tunggu selepas saya habis bercakap. Dato akan menjawabnya. Baiklah! saman ini akan difailkan pada pukul 9.00 pagi besok di kompleks Mahkamah Jalan Duta. Nilai saman termasuk Am dan tauladan sebanyak RM 10 juta ringgit tidak termasuk faedah 8 peratus setahun sehingga kes ini selesai. Wartawan dijemput hadir untuk penyerahan writ saman kepada pihak TV13 nanti. Baiklah… saya rasa kami semua tidak sabar-sabar untuk bertanya kepada Dato Zaffran… terima kasih” Dato Zaman menamatkan ucapannya dan duduk di sebelah Dato.

“Baiklah.. ada pertanyaan” berpusu-pusu para wartawan mengangkat tangan.

“Ya! Yang baju hijau.. silakan” kata Dato Zaman yang bertindak sebagai pengacara tidak rasmi.

“Assalaimualaikum Dato.. saya Zairul dari majalah pekasam”

“Iya Encik Zairul,”

“Jadi kalau bukan dengan Wiwi.. adakah dengan Ika Farhana?”

“Tidak.. saya tiada hubungan dengan mana-mana artis samada Ika… Wiwi dan juga As” tegas Dato.

“Tapi Dato mesra dengan mereka” sambung wartawan tersebut tidak berpuashati dengan jawapan Dato Z.

“Saya memang seorang yang mesra dengan sesiapa sahaja” seorang lagi wartawan bertanya;

“Dato tetap teruskan saman?”

“Ya… maruah, reputasi, syarikat, keluarga semuanya terlibat apabila video tersebut disiarkan” tegas Dato.

“Jika TV13 dan wartawan tersebut mohon maaf.”

“Tiada maaf bagimu…. Saya lihat segmen tersebut ada unsure-unsur menjatuhkan maruah orang lain. Bila orang yang kena marah.. minta maaf. Selepas itu buat balik kepada orang lain. Kali ini saya sudah bertekad.” Kemudian wartawan terus bertanya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.