Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,788
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 21 ; Tasya sudah masuk geng Kak Joyah?
Sinopsis
mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.
Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.
Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.
Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe... masih panas.. baru semalam saya siapkan jalan cerita dan plotnya... ilham dari FB rakan saya tq


Bab 21

Tasya mahu pindah

Pukul 6.30 petang.. Hani sampai di flatnya.. semasa hendak berjalan ke lif.. beliau bertembung dengan Joyah and the gang ( paling Hani geram melihat Tasya turut berada di dalam kumpulan tersebut ). Hani buat tidak nampak dan berlalu sahaja melintasi mereka… sampai di lif.. Tasya memanggilnya sambil mengendong anaknya…

“Hani oi.. laju je jalan… tak perasaan aku ker?” panggilnya.

“Perasan.. tapi kaukan sekarang geng dengan Kak Joyah and the gang. Mana nampak aku lagi dah” perli Hani.

“Kau marah aku ker? Aku cuma berborak jer ok sementara hendak menunggu laki aku” Tasya menjelaskan.

“Helo… sejak bila ada terma borak apabila berbual dengan Kak Joyah and the gang… selain mengata anak orang. Mengata aku… mengata seluruh penduduk di sini. Kaupun seronok mendengar dia mengata akukan? Gelak sama” kata Hani geram.

“Kau marah ker? Aku cuma dengar sahaja lah. Takde aku tumpang sekaki. Lagipun tadi dia mana ada mengata kau.”

“Whatever” pintu lif terbuka… berpusu-pusu orang keluar dan masuk. Hani dan Tasya masuk ke dalam lif.

“Aik… kau ikut aku pula. Kaukan isteri mithali… tak tunggu laki kau ker?”

“Aku tak sampai hati bila kawan aku terasa hati macam ni” ting! Sampai paras rumah aku di tingkat 6. Hani dan Tasya keluar… Hani duduk di bangku panjang yang memang diletakkan berhampiran.

“Kau ni kenapa Hani?.. marah je. Kau datang bulan yek?” tanya Tasya.

“Mana aku tak marah.. kawan baik aku sendiri berkawan dengan Joyah. Dia tu kata macam-macam pasal keluarga aku.. pasal aku. Kau terhangguk-hangguk dengar cerita dia.. entah-entah kaupun sama menambah perasa.”

“Aku minta maaf… betul.. aku cuma dengar sahaja. Aku tak kata apa-apapun pasal engkau. percayalah cakap aku ni,”

“Entahlah.. sejak dua menjak ni fikiran aku berserabut” kata Hani.

“Biasalah tu. aku minta maaf yer jika tindakan aku tadi menguriskan perasaan kau”

“Takpelah.. lupakan sahaja. Dah nampak perut kau ni” hani mengosok perut Tasya.

“Hahahahahaha.. dah dekat 4 bulan.. mestilah sudah nampak. Aku ada perkara yang hendak cakap dengan kau ni,”

“Apa dia?”

“Seminggu lagi aku dan laki aku akan berpindah ke Kajang.”

“Apa? Cepatnya”

“Laki aku kena pindah ke cawangan Kajang… jadi kerani kanan. Jadi aku terpaksalah mengikut.. rumahpun susah ada,”

“Alahai.. kau hendak pindah ke? Hilang kawan aku seorang.”

“Kalau kau ada masa datanglah.. rumah aku di Taming Impian,”

“Kenapa macam tergesa-gesa kau berpindah?”

“Laki aku kata sudah jemu duduk dengan orang tua aku. Dia mahu cuba hidup berkeluarga sendiri pula. Aku terpaksa ikut… yelah.. rumah tu semakin lama semakin sesak… bayi baru lagi” jelas Tasya.

“Takpelah.. kau dah ada laki.. apa yang laki tu cakap betul juga,”

“Tapi dating kita berdua masih lagi berjalan ha” kami ketawa.

“Dah membonyot pun hendak keluar jejalan lagi?”

“Hahahahahahahahaha… kalau tak bosanlah aku asyik duduk rumah jer. Hendak juga satu hari hari untuk aku tanpa anak-anak dan suami. Hari berjimba-jimba dengan kau.”

“Heheheheehehehehehe” kemudian kami terus berbual.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.