Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,537
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 29 ; Dato Z bermesra dengan Wiwi

Bab 29

Dato Z bermesra dengan Wiwi

Hani sampai di hotel pukul 10.15 malam… di lobi.. Hani melihat Dato Z sedang berbual mesra dengan Wiwi malah tangan Dato mengusap-gusap tangan kanan Wiwi. Hani cuba untuk mengelakkan diri daripada dilihat Dato Z.. tetapi Dato menegurnya ;

“Kamu pergi mana tadi Hani?” tanya Dato.

“Saya jumpa kawan” Hani bergerak ke arah Dato Z.

“Kawan? Pakwe ker?”

“Takkan malam yang berkat ini saya hendak jumpa pakwe” kata Hani bengang. Saja dia meninggikan suara untuk menempelak Dato Z.

“Oh… jadi siapa,”

“Itu urusan peribadi saya” Hani lantas ke lif untuk balik ke biliknya. Malas dia hendak melayan Dato Z. Bodoh!

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Setelah Hani pergi… Dato mengusap tangan Wiwi semula ;

“I cemburu tau dengan PA Dato… cun juga” kata Wiwi manja.

“Cun? Tapi bila marah.. macam Singa. I pun takut” terhambur derai ketawa. Wiwi menampar bahu Dato lembut.

“Apalah Dato ni.. siapa bos? Dia ke Dato?” kata Wiwi manja.

“I lah bos… tapi you tahulah I nikan nakal. Dia pula jenis yang tegas. I ok sahaja… sebab apa yang dia kata itu betul. Janganlah panggil Dato… formallah. Panggillah abang Z” tangannya masih lagi mengusap tangan Wiwi. Beliau tidak mempedulikan mata-mata yang memandang.

“Boleh ker?” tanya Wiwi gedik sambil menyisirkan rambutnya.

“Boleh. Tidak payah formal sangat,”

“Dato malam ini tinggal dengan siapa?”

“Malam ini saya tinggal seorang sahaja. Takkanlah saya tinggal bersama dengan PA saya,” gurau Dato.

“Hahahahahahaha… Dato ini kelakarlah. Saya pun tinggal seorang juga. Sunyilah” kata Wiwi manja. Dato tahu maksud Wiwi….

“Iya… ala… I harini uzurlah.”

“Eeeeee you ni. Tak senonoh tau… you ini lelaki atau perempuan?” Wiwi menepuk lengan Dato Z.

“Saya tak boleh teman awak… nanti teman lelaki awak pelakon tu serang saya nanti. Nahas saya nanti…” Dato Z memberi alasan.

“Takut ker?”

“Memanglah takut. Teman lelaki awak tu kan pernah serang pembantu produksi… selepas itu ada kes dia hamun wartawan dalam twitter.. facebook… takut saya. Nanti dia serang I pula di pejabat.”

“Hahahahahahahahahaha.. ok. You teman I sampai depan bilik I… I pun dah letih ni,” pinta Wiwi.

“Ok” mereka bangun dan menuju lif… tetapi malang bagi Dato… segera pergerakannya diawasi oleh wartawan kontroversi Nat Ahmad. Beliau mengambil gambar mesra Dato dan Wiwi semasa mereka berbual di lobi hotel dan juga semasa menunggu lif. Selepas Dato dan Wiwi sudah masuk kedalam lif.. Nat Ahmad yang turut duduk di lobi membuka cermin mata dan juga topinya.. rambut palsu tidak ditanggalkan.. dia menoleh kepada lelaki yang duduk di sebelahnya ;

“Amacam Ken… sudah dapat video perbualan mereka?” Ken merupakan jurukamera yang selalu bekerja dengan Nat Ahmed.

“Dah” jawabnya pendek sambil membelek-belek kamera videonya yang tadi disorok.

“Kau main.. aku hendak dengar” Ken memainkan semula perbualan Dato dan Wiwi.

“Ok… kau delete sebelum PA Dato jumpa.. kau ambik dialong dia selepas itu… aku hendak sedutan sampai Wiwi kata… Dato… saya pun tinggal seorang.. sunyilah. Ok?” arah Nat Ahmed kepada Ken.. dia mahu dialog yang meletup.

“Beres Boss.. mesti meletuplah gossip harini,” puji Ken.

“Hahahahahaahaahhahahaha…. Satu Malaysia kita kasi gegar. Ini Nat Ahmed.. wartawan kontroversi nombor satu.. dah.. jom balik KL” ajak Nat Ahmed lantas berdiri dari sofanya.

“Hari ini jugak?” tanya Ken.. beliau sebenarnya letih kerana sepanjang hari mengintip Dato Z dan Wiwi sepanjang hari.

“Besok aku ada tugas mengintip sugar daddy Dato Os. Khabarnya artis baru juga. Jom” jelas Nat Ahmed…. Walaupun beliau juga letih.. tetapi bila ada skop berita sensasi.. beliau akan mengejarnya. Yang penting rating rancangannya sentiasa tinggi. Rating tinggi… iklan banyak masuk.. bonusnya juga tinggi.

“Adui.. oklah.. jom” mereka bergerak meninggalkan hotel…….

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Sementara itu, sebaik sahaja Hani masuk ke dalam biliknya… beliau terus baring di katil. Bongok… hendak buat maksiatpun di bulan yang mulia. Apalah Dato ini.. tidak belajar agama ker? Yang perempuan itu pun satu.. nampak Dato yang hensem… berduit… mulalah hendak mengatal. Murahnya maruah engkau.

Kemudian Hani memikirkan pula hal berjumpa dengan Pak Mat.. Hmmmmm… Pak Mat seorang sahaja makan duit syarikat dalam 80,000 selama 8 tahun buat kerja ini. Itu baru seorang… kalau 10 orang bersengkongkol… mahu dekat juta-juta… Hasdi pula mesti makan banyak lagi… kalau tidak masakan boleh tubuh syarikat pembekal jubin. Kurang-kurang mesti ada sejuta ringgit sebagai modal. Projek Dato bukan sedikit….. ratus-ratus juta.. entahlah.

Makin pening beliau memikirkannya… akhirnya beliau terlelap.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.