Home Novel Komedi/Romantik Komedi Antara Mawar Dan Kaktus
Sinopsis


SINOPSIS

Pertemuan mereka tidak di jangka..

Saat hiba menyelubungi hati Si Hawa,

Saat itulah berlakunya kekejaman terhadap Si Comel di hadapan matanya .

Ia merobek hati Si Hawa yang sedang merintih.

Tanpa berfikir panjang, satu tindakan yang kurang wajar telah di lakukan oleh Si Hawa.

Sekelumit dendam akhirnya perlahan-lahan hadir di dalam hati Si Adam.

Namun, senyuman itu..

Menghadirkan rasa tenang di hati..

Memadamkan api dendam yang baru sahaja menyala..

Lamaran di hantar oleh Si Adam,

Si Hawa serba salah.. Dia cintakan orang lain..

Namun, Si Hawa tidak pasti orang yang dicintainya itu sukakan dirinya atau tidak.

Lalu…

Antara Mawar dan Kaktus, menentukan pilihan Si Hawa.

Ketika pilihan sudah dibuat dan persediaan perkahwinan sedang berlangsung,

Si Hawa nekad membatalkan perkahwinan.

Si Adam pasrah dan berserah kepada Ilahi.


Kaktus walaupun berduri,

Ia juga akan mengeluarkan bunga,

Kau walaupun sukar untuk ku hampiri,

Tetapi dalam hatiku putik cinta mula berbunga. – Irfan


Ku kirimkan Pohon Mawar ini sebagai lambang cintaku kepada mu. Jika Allah takdirkan pokok ini berbunga, maka dapatlah dikau membaca surat ini dan dapatlah juga dikau mengetahui niat dan hajatku.. - Dr.Haikal


Menatap indah Mawar, kian menjerat hati nan keliru,

Menatap mekarnya Kaktus,menggamit satu ikatan yang pasti.. – Lisa

Jom sama-sama kita habiskan episod kisah ANTARA MAWAR DAN KAKTUS yang sudah pastinya banyak kejutan untuk anda.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.