Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,592
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2

 “Mama setuju dengan keputusan papa... Dah tiba masanya Andy berubah menjadi manusia yang berguna pada keluarga, masyarakat dan negara.” Sokong Puan Sri Nur Athira Aleeya. Ibunya si Nur Andriana Aleeya Binti Tan Sri Amran Shah.

 

 “What? Mama pon sama?” Makin tipis harapannya untuk tidak bekerja disyarikat papanya. Sesungguhnya Andriana memang pemalas tahap infiniti. Ala, takpe, along and angah masih ada untuk support aku...Hehehe

 

 “Along! Angah! Andy masih mudakan untuk bekerja?” Bersinar mata Andy memandang abang kesayangannya itu.

 

 “Kami sokong papa!” Jawab Andrean Shah dan Andrine Shah serentak.

 

“Tidak! Sesiapa tolong bawak aku terbang dari sini! Aku sudah tidak sanggup berada didunia ini!” Pekik Andriana apabila kehilangan supporter nya yang dipercayai sejak sekian lama.

 

 “Sudah! Jangan nak hiperbola, kami semua dah bersetuju supaya Andy bekerja dengan papa. Sekarang ni pergi masuk tidur. Esok Andy akan mula bekerja. Bangun awal esok.” Arah papanya. Andriana membuat muka sedih sambil melangkah kebiliknya. Hancur sudah segala cita-cita dan harapannya untuk menjadi 'mem' besar.

 

 Andriana masuk kedalam biliknya. “Haish, macam mana ni, malasnya aku nak pergi kerja... Hmm, mesti aku akan banyak buat kesalahan...” Rungutnya. Tiba-tiba satu idea yang fresh lagi segar muncul dikepalanya. Hehehe ...

 

 “Ya tak ya jugakkan, kalau aku selalu buat masalah, mesti papa akan benarkan aku berhenti kerja dan aku boleh buat apa yang aku suka. Yahoo!” Andriana melompat kegirangan sambil bersorak seperti orang menang loteri.

 

 “Andy! Apa yang kamu terpekik tu! Pergi tidur cepat! Esokkan kamu mula kerja!” Tudia, Puan Sri Athira Aleeya sudah naik angin! Malam-malam kau melalak pulak ye Andriana... Huhuhu...

 

 “Okay mama! Andy nak tidurlah ni...” Andriana terus melompat keatas katil. Dia tersenyum lebar. Macam-macam rancangan yang dia fikirkan. Hehehe... Dia tidak sabar untuk bangun esok, mesti tak sampai sebulan, papa izinkan dia untuk berhenti kerja.

 

 Andy- Andy, kau ni memang tak serik-serik lagi.Andriana tersenyum dan membayangkan cita-cita dan harapannya yang kembali bersinar tetapi dia tidak tahu, itulah permulaan bagi segalanya yang akan menyebabkan dia merana kerana sesuatu yang tragis akan terjadi diatas perbuatannya sendiri... 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan