Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,567
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

 Suasana sunyi di dalam pejabat, semua pekerja sedang khusyuk membuat kerja. Andriana berjalan mengelilingi pejabat yang besar milik bapanya, Tan Sri Amran Shah.

 

 “Besar giler pejabat papa ni, kalau papa dah bersara nanti, mesti Along dan Angah yang akan ambil alih syarikat perniagaan papa, aku nak duduk rumah goyang kaki, tak payah nak kerja. Buang masa aku jer, baik aku pergi berseronok tiap-tiap hari.” bebe lAndriana seorang diri setelah habis mengembara pejabat papanya di dalam bilik khas untuknya yang disediakan oleh papanya.

 

 Kononnya, supaya Andriana selesa and betah berada dipejabatnya. Dalam bilik itu dipenuhi dengan perabot dan barang-barang yang berwarna ungu dan pink. Andriana sangat suka dengan warna tersebut.

 

 Kedengaran pintu dikuak, Tan Sri Amran Shah muncul dengan beberapa keping kertas. “Andy, papa ada sesuatu yang nak bincang dengan kamu, sebab tu papa suruh kamu datang kesini hari ini.” kata Tan Sri Amran Shah setelah duduk diatas sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Andriana.

 

 “Apa yang papa nak bincangkan dengan Andy sampai suruh Andy datang ke pejabat papa ni?” tanya Andy dengan selamba. Walaupun dia tahu yang dia akan di tazkirah oleh papanya.

 

 “Mulai esok, papa nak kamu kerja di syarikat papa.”

 

 “What?! Papa, Andy baru umur 19 tahun kot,takkanlah nak bekerja, belajar pon tak habis lagi.” bangkang Andriana. No way! Penat-penat aku buat rancangan masa depan aku, papa pulak nak suruh aku kerja dengan dia.

 

 “Macam mana nak habis belajar kalau Andy dah kena buang kolej sebab 3 kali kena dapat amaran daripada kolej...Andy tau tak,papa ni malu dengan kawan-kawan papa yang anak diorang satu kolej dengan Andy asyik bercerita pasal Andy? Keputusan papa muktamad. Mulai esok, Andy kena datang pejabat and bekerja. Fullstop!” Tan Sri Amran Shah sudah gunakan kuasa vetonya.

 

 “Tapi papa...”

 

 “Tak ada tapi-tapi, esok Andy kena kerja disyarikat papa, kalau tak, papa akan sekat semua elaun, kad kredit and duit belanja Andy. Faham?” Tan Sri Amran Shah sudah tiada pilihan, Andriana sudah melampau, selama ini dia terlalu manjakan anak perempuan tunggalnya, apa yang Andriana minta semua dia beri, sampai Andriana hilang rasa hormat kepada orang disekelilingnya.

 

 Bayangkan, Andriana selalu mendapat keputusan yang teruk didalam peperiksaan di kolej. Sebelum ini di sekolah rendah dan sekolah menengah, Andriana adalah antara murid yang cemerlang. Itu masih boleh diterima, tapi yang paling teruk, Andy memukul seorang siswa lelaki yang menjeling kearahnya. Kata Andriana, siswa itu berniat jahat terhadapnya. Itu mustahil, kerana pakaian Andy dan siswa itu tiada beza, Andy suka memakai Capala-ala swagger, dipadankan dengan baju t-shirt dan kemeja tanpa butang dan jean biru. .Tan Sri Amran Shah berfikiran yang Andriana terpengaruh dengan abang-abangnya yang lain kerana dia adalah anak perempuan tunggal dan anak bongsu tetapi Andriana berpakaian begitu kerana ‘peristiwa’ itu. Mungkin siswa lelaki itu terkejut melihat penampilan Andy, sebab itulah dia menjeling kearah Andy untuk memastikan jantina Andy. Tapi Andy memang cantik, jika dia berpakaian seperti orang perempuan, mesti ramai yang berbaris nak berkenalan dengan dia. Dia mewarisi kecantikan daripada ibu bapanya.

 

 Andy ni pon satu, Bertindak tanpa berfikir. Selalu timbulkan masalah. Itu baru sedikit, masih ada banyak lagi perbuatan Andy yang memeningkan kepala Tan Sri Amran Shah. Kalau disenaraikan, 10 buku tebal pon tak cukup.

 

 “Yelah, yelah... Selama ni papa okey jer, kenapa tiba-tiba hari ni nak suruh Andy bekerja dengan papa pulak?”

 

 “Papa rasa ini adalah waktu yang sesuai untuk Andy untuk berdikari dan berusaha.”

 

 Gulp! Andriana meneguk air liur, alamak! Hancurlah cita-cita aku untuk bersenang-lenang! Mama! Tolong Andy! 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan