Home Novel Komedi/Romantik Komedi Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Gadis Pink Tu Aku Punya : My Crazy Love!
Arief Sulivan
17/5/2018 19:09:53
31,627
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 3

 Akhirnya, masanya sudah tiba! Hari pertama bekerja, Andriana berdiri di hadapan Dinosaur Holding. Kenapa nama Dinosaur Holding? Kerana syarikat ini sangat lah besar, mempunyai banyak cawangan dan anak syarikat didalam dan diluar negara. Ramai yang ketawa bila mendengar nama syarikat ini.Tapi mereka berkedu dan terlopong bila melihat rupa sebenar syarikat ini. (So,jangan judge the book by its cover yerr adik-adik) Andrean Shah dan Andrine Shah bekerja disalah satu cawangan terbesar Dinasour Holding yang lain.

 

 Andriana melangkah masuk kedalam bangunan pencakar langit itu, kemudian dia menaiki lif ke tingkat 20 iaitu tempat yang dia akan bekerja. Sebaik sahaja sampai ke tingkat 20, Andriana keluar dari lif dan melangkah menuju ke bilik papanya, ketika dia sedang berjalan, semua pekerja disitu melihatnya dengan mata yang terbeliak dan terkejut melihat penampilannya!

 

 Andriana melambai-lambai dan tersenyum kepada semua pekerja yang sedang melihatnya bagaikan pemenang American Top Models gayanya. Dia mengetuk pintu bilik papanya dan terus masuk tanpa menunggu jawapan.

 

 “Papa! I’m coming! Boombayah! Yah Yah Yah Yah! Oppa! ” Andriana menerjah masuk kedalam bilik papanya sambil menyanyikan sedikit bait dari lagu Boombayah yang dipopularkan oleh artis kpop iaitu Blackpink. Didalam bilik itu terdapat seorang lelaki yang muda yang Andriana kenal. Ah, lantaklah, pejabat papa aku bukan pejabat papa kau.

 

 “Ya Allah! Andy! Tak reti nak bagi salam ke?” Tan Sri Amran Shah terkejut apabila Andriana tiba-tiba masuk sambil memekik.

 

 “Ya Rabbi! Andy! Apa yang kamu pakai tu?” Kali kedua Tan Sri Amran Shah terkejut,dia mengucap sambil mengurut dadanya, apabila melihat Andriana yang memakai pakaian yang sangat pelik dan menyakitkan mata...

 

 Bermula dari kepala, Andriana membuat rambut tocang dua, dan dia memakai topi Hello Kitty yang berwarna pink, kemudian dia memakai cermin mata berwarna pink yang tiada power. Seterusnya dia memakai baju t-shirt lengan panjang yang labuh dan longgar berwarna ungu yang bertulis tulisan keemasan “Don't Judge Yourself, Judge Other People”. Selain itu, dia memakai seluar jeans ala-ala Micheal Jackson yang berwarna oren terang Dan kasut sekolah menengahnya yang berwarna putih. Ini adalah rancangan pertamanya untuk mencapai cita-cita nya supaya papa memberhentikannya.

 

 Haishh Andriana... Tak lama lagi “jalan” lah papa kau kalau kau asyik buat perangai wahai Andriana...

 

 “Papa, inilah yang dinamakan fesyen terkini papa... Dekat luar negara banyak orang yang berfesyen macam ni.” Banyaklah kaup unya fesyen Andriana oii... Orang dekat luar negara tengok kau pon boleh pengsan.

 

 “Andy -Andy, apalah nak jadi dengan kamu ni,tak berubah. Bilalah agaknya kamu nak berubah” Kata Tan Sri Amran Shah.

 

 “Hehe, sampai papa berhentikan Andy lah.”ujarnya didalam hati. Nak mati cakap dekat papa macam tu, tak pasal-pasal kena tarik semua keistimewaan yang papanya berikan kepada Andriana.

 

 “Andy, Andy... Okey, sekarang ni papa nak kenalkan Andy pada seseorang. Ini adalah anak kawan baik papa, Andy masih ingat Tan Sri Khalish Martin? Yang pernah datang makan malam dirumah kita dengan keluarganya bulan lepas? Ini anak dia, namanya Muhammad Rayyan Firash. Korang pernah berjumpa sebelum ni. Mulai sekarang, dia akan memantau, membantu dan mengarahkan Andy untuk membuat kerja, dalam kata lain, dia adalah bos Andy.”Jelas Tan Sri Amran Shah dengan panjang lebar.

 

 “What the fish?! Are you kidding me papa?! Please tell me that you’re just joking?! Andy tak perlukan orang untuk pantau Andy lah papa... Andy dah besar, taulah apa yang Andy buat papa.” Andriana melompat-lompat sambil tangannya digenggam dan dihayunkan keatas dan kebawah sebagai tanda protes. Dia sudah tidak malu dengan seorang lagi manusia didalam bilik itu yang melihat aksi nya. Dia memang tak pernah rasa malu sejak azali lagi. Dia berprinsip “Hidup bukan untuk memuaskan hati orang lain, so, buatlah apa yang boleh memuaskan hati sendiri”.

 

 “Sebab Andy dah besarlah, papa suruh Rayyan pantau Andy, Andy ni bukan boleh diduga, apa yang papa larang, itu jugaklah yang Andy buat. Jadi, untuk langkah berjaga-jaga, Andy mesti ikut cakap Rayyan.Jadi korang berdua berkenalanlah dulu, papa ada kerja nak dibuat.” Tan Sri Amran Shah melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Andriana dan Rayyan berduaan.

 

 “Hai,nama saya Rayyan, nama awak Andriana ya?” Tanya Rayyan sambil tersenyum dengan ramah. Mak aii, handsome gila!

 

 Andriana terpegun melihat dan mengusyar wajah Rayyan yang handsome tak ingat dunia tu. 10 saat terpegun, akhirnya dia kembali dibumi yang nyata.

 

 “Aku taulah nama kau! Papa aku dah bagitau aku, kau ni nyanyuk ke apa hah?! Tak sangka muda-muda dah nyayuk! Hahahahahaha!” Andriana ketawa kuat sambil menjelir lidah kepada Rayyan.

 

 “Okay, suka hati kaulah nak panggil aku apapun. Tapi kau kena ingat yang mulai hari ni, kau kena ikut cakap aku, sebab papa kau dan beri aku tanggangjawab untuk pantau kau sepanjang kau bekerja.Jadi kau jangan ingat yang kau tu anak bos besar, kau boleh bersenang-lenang dipejabat ni.” Kata Rayyan sambil tersenyum sinis. Tudia! Mak aiii! Terkeluar dan terburai sudah perangai Rayyan yang sebenarnya... True nature kata omputih.

 

 Andriana yang tadinya berfikir yang dia boleh membuli Rayyan serta merta berpijak dibumi yang nyata apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rayyan yang sangat sinis.

 

 “Haaaa...a..ap..apa yang kau cakap? Kau tau tak yang aku ni anak pemilik syarikat ni, kalau kau buat yang bukan-bukan dekat aku, aku beritahu papa aku!” Balas Andriana berlagak berani,padahal dia terketar-ketar melihat perangai Rayyan yang sesungguhnya.

 

 “Hahahahaha!!! Kau nak bagitau papa kau? Kau ingat papa kau percaya dengan cakap kau?! Papa kau dah bagitau semua perangai kau tu, mesti papa kau ingat kau cakap yang aku ni jahat sebab kau tak mahu bekerja dekat sini kan? Papa kau dah beri aku tanggungjawab untuk mengarahkan kau. So, aku akan pastikan sepanjang kau bekerja dekat sini, akan menjadi detik-detik yang paling buruk bagi kau! Hahahaha!...” Rayyan ketawa kuat seperti orang jahat yang berjaya merompak duit 1 billion dolar... Nasib baiklah bilik papa kalis bunyi, kalau tak, mesti semua pekerja ingat ada maharaja lawak didalam pejabat mereka.

 

 “Arghh!!! Papa! Tolong Andy! Ada mamat psycho,dera anak papa yang cantik, cute, comel, bergaya, cun dan innocent ni!!!”Andriana menjerit ketakutan apabila mendengar ugutan Rayyan yang tidak berperikemanusiaan itu.

 

 “Hoi! Sudah! Jangan nak perasaan pulak depan aku, perangai pon macam orang tak betul, ada hati cakap yang kau tu cantik lah,cute lah, comel lah, bergaya lah, cun lah, innocent lah! Bergaya? Jangan nak buataku ketawalah! Pakaian kau pon entah apa-apa. Kalau aku jadi papa kau, aku hantar kau ni pergi belajar dekat sekolah pondok dekat luar negeri, tak pun dekat Thailand, biar kau tau rasa sikit... Orang kasi kau belajar dekat kolej yang bagus, kau buat perangai. Nak mandi pon, kena mandi dekat sungai... Dulu masa dekat rumah kau, kau bolehlah nak tunjuk berani dengan aku... Tapi sekarang ni,kau pulak yang akan dibuli. Bersiap sedialah.” Perghh! Menusuk kalbu ayat Rayyan itu...

 

 Andriana terlopong, dia tidak percaya yang ini adalah sifat Rayyan yang sebenarnya. Dia masih ingat lagi kali pertama dia bertemu dengan Rayyan di rumahnya bulan lepas, keluarganya menjemput keluarga Rayyan makan malam dirumahnya. Rayyan yang sangat baik, lemah-lembut, hormat orang dan peramah itu sudah bertukar menjadi Rayyan yang psycho, pendendam,pemarah, berlagak, jahat, kejam dan kasar! OMG!

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Arief Sulivan