Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,618
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13

Setelah selesai menunaikan solat isyak , Huzairie dan Aliya turun ke tingkat bawah.

" Ayahnda , bonda , nenda .. " panggil Huzairie.

" Ya Aery ? " sahut bonda.

" Aery nak bawak Aliya makan kat luar kejap boleh ? " tanya Huzairie.

" Oh boleh . Ikut kamu lah Aery . Aliya kan isteri kamu . Nak bawa dia ke mana pun bawa aje .. " kata nenda.

Huzairie hanya tersenyum kecil. Aliya hanya diam di sisi Huzairie.

Kuzaimie memandu kenderaan memasuki ke sebuah restoran yang agak cantik dan mewah jugak.

" Kuzaimie kau boleh pergi mana - mana dulu . Nanti kalau aku dengan Aliya dah habis makan aku call . " kata Huzairie.

" Tapi Tengku .. Tengku Yahya kata jangan tinggalkan Tengku dengan Puan Aliya.. "

" Ish kau ni . Dulu mungkin ya kau kena ikut aku ke hulu ke hilir sampai orang fikir kita ni gay tau sebab asyik berkepit aje. Sekarang aku dah kahwin kan ? So boleh bagi privasi sikit tak ? " kata Huzairie geram.

Aliya hanya ketawa kecil di sebelah.

" Yelah - yelah tengku .. have a nice dinner ya. Jangan buat yang bukan - bukan pulak. Kita masih belajar tengku. Spm pun tak lepas lagi. " kata Kuzaimie bersama usikan.

Huzairie hanya memekakkan telinganya seraya menarik tangan Aliya untuk mengikuti langkahnya.

" Tengku - tengku hahahahaha nak sweet tunjuk aje lah .. " kata Kuzaimie lalu masuk ke dalam kereta.

Aliya dan Huzairie memasuki sebuah cafe yang sangat cantik susun atur nya. Rasanya Cafe tu bertemakan makanan western. Huzairie menarik kerusi untuk Aliya. Aliya terasa dirinya bagaikan seorang puteri apabila di layan seperti itu. Hahahahah well kahwin dengan anak raja kan ? 😂

Seketika Huzairie mengambil tempatnya. Selang beberapa minit sahaja. Makanan sampai di bawa oleh 3 orang pelayan yang berpakaian kemas. Aikk ? Aku baru aje sampai . Order pun belum . Makanan dah sampai ? Pelik nya 😰

" Selamat menjamu selera Tengku , Cik Puan " kata salah satu dari pelayan tersebut.

Aliya hanya tercengang. Huzairie sudah mula makan makanan yang di pesan. Huzairie memesan Lamb Chop Black Paper untuknya manakala untuk Aliya dia telah memesan Chicken Chop Cheese .

" Makan lah . Kenapa kau duk tenung ayam itu ? Nak tunggu dia terbang masuk dalam mulut kau ke macam mana ? " kata Huzairie yang sedang menikmati makananya itu.

" Erkkk kejap ! Bila kita pesan semua ni ? Bukan kita baru sampai ke ? " tanya Aliya pelik.

" Hmm aku dah buat pesanan sebelum sampai sini lagi. Lagipun untuk pengetahuan kau ni salah satu cafe ayahnda kat daerah sini. "

Mata Aliya terbuntang. What ? Cafe ayahnda ? Patut lah nama cafe ni tadi kat luar " La Cafe Yahya Lavenda " 😫

" Tak payah nak terkejut sangat lah. Dah tadi kau kata kau laparkan so tunggu apa lagi ? Makan lah cepat . " kata Huzairie lagi.

" Hehe yelah - yelah. " kata Aliya lalu mula makan makanannya.

Wah sedapnya 😭 boleh jadi makanan favourite aku ni ! Aliya makan dengan rakus sekali hahahaha sebab sedap + lapar sangat. Huzairie hanya membiarkan Aliya makan seperti itu.

" Hmm sekarang kau makanlah sepuasnya macam tu. Lepas ni jangan harap lagi kau nak makan gelojoh macam tu. Tau lah kau bila kena masuk kelas etika makan dengan Cik Katty nanti ! " monolog Huzairie di dalam hati.

Setelah selesai makan semua makanan yang di pesan. Huzairie dan Aliya pun bergerak keluar dari cafe tersebut. Mereka mengambil tempat di sebuah buaian yang telah dijadikan tempat menunggu.

" Hello kitaorang dah habis makan ni. Ambil kitaorang cepat . " arah Huzairie kepada Kuzaimie di hujung talian.

" Err baik Tengku tapi saya lambat sikit ya. Jalan sini jem lah tengku . " balas Kuzaimie.

" Hmm ok "

Aliya menghayun - hayun kecil buaian yang didudukinya dan Huzairie.

" Kuzaimie cakap apa ? " tanya Aliya.

" Dia cakap dia lambat sikit. Jalan jem . " jelas Huzairie.

" Ohh "

Huzairie juga mengikut rentak Aliya yang menghayunkan buain tersebut. Seketika mereka memandang bulan dan bintang di langit ciptaan Allah. 🌙🌟

" Awak siapa Afanin yang macam Iqbal sepupu awak cakap kan ? " terbit soalan itu di bibir Aliya matanya masih mengfokus pada langit.

Huzairie terkedu. Matanya juga masih memandang langit.

" Cepat la awak .. siapa Afanin ? " tanya Aliya lagi ingin tahu.

" Hmmm Afanin sepupu kami jugak. Dia anak saudara sebelah ayahnda. " jelas Huzairie.

" Oh habistu kenapa iqbal cakap dia ingat awak dengan Afanin ? Awak dengan dia ada apa - apa ke ? " tanya Aliya ingin menduga.

" Hmm ya . Kami saling menyanyangi antara satu sama lain...lebih dari seorang sepupu .. " kata Huzairie jujur.

Prakkkk 💔 Oh no ! 😭

Tiba - tiba Aliya melentokkan kepalanya di bahu Huzairie. Huzairie terdiam. Dia tidak menolak mahupun memarahi Aliya bertindak seperti itu.

" Awak ... sebab saya ke awak tak boleh bersama dengan Afanin tu ? " kata Aliya sedih dan dihimpit rasa bersalah.

Huzairie tiada respon.

Mata Aliya kian memberat . Lama - lama matanya terpejam. Aliya tertidur di bahu Huzairie.

" Bukan salah kau lah . Lagipun perasaan sayang aku dekat Afanin tu dulu. Sekarang tak lagi. Sekarang aku cuma sayangkan .... "

Kedengaran bunyi dengkuran kecil Aliya. Huzairie melirih ke arah Aliya di sisi. Lah tidur rupanya budak ni 😂 dah kenyang tidur aje lah kerja dia 😒

Huzairie meletakkan tubuh Aliya perlahan - lahan di atas katil. Aliya kelihatan nyenyak sekali tidurnya sampai Huzairie angkat dia pun tak sedar . Alahai .  Huzairie melirih ke arah jam. 11 malam. Huzairie menguap tiba - tiba.

" Mengantuknya . Tadi aku dapat tidur kejap aje. " ngomel Huzairie seorang diri.

Huzairie masuk ke bilik persalinan untuk menukar bajunya lalu dia membersihkan mukanya di bilik air. Huzairie mendapatkan tempat tidurnya di sisi Aliya di atas katil. Huzairie meneliti setiap inci muka Aliya.

" Selamat malam wahai permaisuri ku. " kata Huzairie seraya menarik selimut menutupi tubuh Aliya. Huzairie terlelap.

******************

" Huzairie hanya sayang aku . So kau jangan berharap  yang kau akan dapat takhluki hati Huzairie . " kata seorang perempuan kepada Aliya .

" Tak ! Huzairie suami aku . " kata  Aliya melawan.

Tiba - tiba Huzairie muncul lalu meraih tangan perempuan itu.

" Maafkan aku Aliya . Aku memang tak boleh hidup dengan kau. Dunia kita berbeza. Aku tak sayangkan kau . Aku cuma sayangkan Afanin saja. " luah Huzairie lalu beredar meninggalkan Aliya yang termangu - mangu seorang diri.

" Tak ! Huzairie saya sayang awak ! " jerit Aliya.

Aliya terjaga dari tidurnya.

Astagfiruallahalazim ! Mimpi rupanya 😓 Hmm tak aku tak nak hilang Huzairie. 😭

Aliya melirih figura di sebelahnya. Huzairie ? Dia tidur sebelah aku ? Eh kejap macam mana aku boleh ada kat sini ? Bukan last aku ada kat cafe ? Huzairie yang angkat aku ke ? Mesti lah ya takkan Kuzaimie pulak yang nak angkat aku kan ? 😂

" Huzairie jangan tinggalkan saya. Saya dah mula sayangkan awak ...Saya janji saya akan takhluki hati awak !  " desis hati Aliya lalu dia mengusap pipi Huzairie yang sedang tidur dibuai mimpi.

Seketika Aliya menyambung tidurnya semula.

Keesokan paginya.

" Aliya bangun lah .. " kejut Huzairie.

" Hmmm "

" Bangun lah solat subuh cepat . " panggilnya lagi.

Seketika Aliya bangun dengan muka yang mamai.

" Cepat lah pergi ambil wuduk nanti terlepas pulak solat subuh. " kata Huzairie lagi.

Aliya bangun dengan malasnya. Dia pun masuk ke bilik mandi dan mengambil wudhuk.
Seketika dia pun solat bersama dengan Huzairie. Setelah selesai solat , Aliya ingin menyambung tidurnya semula.

" Kau nak buat apa tu ? " tanya Huzairie.

" Nak sambung tidur balik lah " kata Aliya.

" Kau ingat ni rumah kau ke ? Kau dah ada dekat rumah aku kan ? So tak boleh sambung tidur balik. Jom waktu sekarang ni kita kena  jogging . " jelas Huzairie.

What ? Jogging ? Aku ngantuk ni 😣 

" Cepat siap ! Kau lambat aku tambah denda lagi ya . " ugut Huzairie.

" Hmm yelah - yelah " Aliya akur.

Aliya membersihkan dirinya. Huzairie pula sudah lama siap menunggu Aliya. Di luar bilik.

" Hah semalam aku cakap aku nak denda kau kan ? " kata Huzairie tiba - tiba.

" Ya so apa dendanya ? "

" Denda dia kau turun pakai tangga . Aku turun pakai lif ! "

Mata Aliya membuntang ! What turun pakai tangga ? Gila ke apa ? Banyak kot anak tangga walaupun hanya nak turun ke tingkat satu 😣 tak silap aku nak dekat 20 anak tangga jugak.

" Awak saya tak larat lah nak turun guna tangga . Bagi lah saya naik lif jugak. Please ? "

" No ! Okay bye ! Jumpa dekat bawah . " kata Huzairie seraya menutup pintu lif .

Aliya hanya mencebik. Jahat punya suami. Hmmm dengan malasnya Aliya pun turun menggunakan tangga. Sekejap Aliya turun perlahan - lahan . Sekejap dia berlari - lari turun tangga. Tiba - tiba dia tersilap langkah di anak  tangga yang terakhir. Dia hilang keseimbangan dan ingin terjatuh.

Bukkk !

Aliya jatuh di dalam dakapan seseorang.

" Awak okay ? " tanya Iqbal.

What ? Aku dalam dakapan Iqbal ? 😫 Aliya cuba untuk melepaskan dirinya dari dakapan Iqbal tapi Iqbal mengeratkan lagi pelukan itu. Woiii dah kenapa dengan buaya ni 😤 Kejap lagi Huzairie nampak macam mana ? 😓  ayahanda ke bonda ke nenda ke tengok macam mana ?

" Apa awak buat ni ? Iqbal lepaskan saya boleh tak ? " jerit kecil Aliya yang mulai rasa rimas.

Iqbal hanya diam.

" Iqbal ! Kau lepaskan isteri aku ! " jerit Huzairie seraya menghadiahkan penumbuk ke muka handsome Iqbal.

Terus pelukan Iqbal di lepaskan. Huzairie menarik Aliya ke belakangnya.

" Kau memang dah melampau kan ? Aku dah bagi warning pun masih kau berani - berani lagi nak kacau wife aku ? Kau dah kenapa ? Terdesak sangat ke ? Isteri cousin sendiri pun nak kacau ? " marah Huzairie.

Aliya sedikit tersentak. Tidak menyangka yang Huzairie akan semarah ini. Aduh pasal aku diaorang gaduh pulak 😓 nanti kalau ayahnda , nenda ngan bonda tengok macam mana ?

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi