Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,629
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

" Apa ibu ?! Wasiat atok suruh kahwin dengan cucu kawan dia ? Anak raja ?! " jerit Aliya terkejut bukan kemain. 

" Wuish sabar - sabar along . Jangan lah jerit - jerit . Jiran sebelah dengar nanti. " kata ibu.

" Wah best apa along kahwin dengan anak raja tu. " puji Rafiqi.

" Best kau kata ? Weyh along muda lagi kot. Dah lah tahun ni Spm ! Pastu nak kena kahwin ? Aduhhh . " rungut Aliya.

" Alaaa Along tak kesian ke dekat arwah atok ? Tak tenang dia kat sana tau kalau wasiat dia ni tak ditunaikan .."

Glurp. Aliya telan liur. Ni tak boleh ni kalau sangkut dengan atok. Ya Aliya adalah cucu kesayangan atoknya. Aliya memang sangat rapat dengan atoknya. Hmmm tapi sejak bila atok ada kawan dengan kerabat diraja ni ? Aku tak tahu pun ? Atok tak pernah cerita pun ke aku yang lupa. Atok ! Kenapa letak wasiat macam ni ? Letak lah wasiat kena jaga kambing ke ? Letak la wasiat kena jaga pokok bunga rumah atok ke ? Kenapa mesti kahwin ? Dengan anak raja pulak tu. Impossible betul !

" So malam ni ada acara makan - makan dengan ahli keluarga Tengku Yahya Alam Shah. Aliya kena siap - siap pakai baju kebaya yang diaorang bagi ni. " kata ibu sambil menghulurkan sepasang baju kebaya berwarna merah jambu.

Wait ! Aku kena kahwin dengan .....

Mata Aliya terbuntang lagi , mulutnya sedikit ternganga.

" Tutup sikit mulut tu. Hah along kena kahwin dengan Tengku Ilham Huzairie tu. " kata Rafiqi selamba seperti dapat menangkap saja apa yang terlintas di fikiran Aliya saat ini.

" Tak nak ibu .. " kata Aliya tiba - tiba.

" Aliya ... kena jugak kahwin dan tunaikan wasiat atok. Tolong lah Aliya. " rayu ibu.

Aliya mendengus kasar . Dia terpaksa mengangguk kecil. Aduh takkan aku nak bantah lagi kalau dah ibu merayu macam tu.

" Terima kaseh Aliya . " kata ibu.

Aliya hanya mampu tersenyum hambar.

Pada malam itu Hasniza menyiapkan anak perempuannya. Aliya memakai baju kebaya yang telah diberikan. Dia mengenakan dengan tudung bawal mengikut warna yang sesuai. Ibunya meletakkan sedikit bedak dan pelembap bibir. Aliya sudah kelihatan menyerlah walaupun tanpa make up . Itu lah natural beauty yang dimiliki oleh Aliya. Aliya kelihatan begitu anggun malam itu. Bahkan mampu mencairkan setiap hati lelaki yang melihatnya.

" Okay semua dah ready ? "

" Dah ! " hanya ibu dan Rafiqi yang bersorak keriangan.

" Ayah harap anak - anak ayah dapat jaga tingkah laku nanti dekat sana. "

" Baik ayah ! " hanya Rafiqi yang menjawab. Aliya diam seribu bahasa.

" Aliya okay tak ni ? " tanya ayah risau.

" Hah ? Oh okay - okay aje . " kata Aliya bersama sedikit senyuman.

Setibanya di rumah banglo mewah Tengku Yahya Alam Shah . Aliya hanya mampu terlopong. Oi mak aii ! Ni rumah ke istana ? Besar nya !

Di hadapan pintu pagar ada guard yang jaga. Sebelum masuk kena bagitahu dulu ada apa datang ke rumah Tengku la apa la. Habis semua kena siasat. Kawalan terlalu ketat. Hmm macam mana kalau aku dah kahwin dengan si Huzairie tu nanti ? Habislah aku hidup dalam zoo tak bebas !

Sedar tak sedar kami dah ada dalam rumah banglo yang besar tu. Hmmm hanya Tengku Yahya dan isteri Permaisuri Laila yang rancak berborak dengan ayah , ibu dan Rafiqi. Aku ? Duk diam macam patung cendana dah . Tapi ada lah jugak si Permaisuri puji - puji kata aku lawa pakai kebaya yang disiapkan dia. Kembang setalam aku ! Hahahahahha. Hmmm tapi hakikatnya bosan gila ! Si Tengku Huzairie pun tak muncul - muncul kan diri. Entah dia tahu ke tak aku ni calon isteri dia ke tidak ? Aku mencapai telefon ku lalu mencari applikasi whatsapp . Aku membelek - belek setiap chatt group la apa la semua.

" Eh mana Tengku Huzairie ? " tanya ayah seketika apabila menyedari kelibat Huzairie tidak ada sejak dari tadi.

" Oh dia keluar kejap tadi .. nanti dia balik lah tu. " kata Tengku Yahya pula.

Tidak dapat dinafikan Tengku Yahya memang peramah dan pemurah senyuman nya. Tak sama langsung dengan si anaknya. 24 jam muka serious dan dingin. Senyum ? Sekali seumur aje lah boleh nampak .Tiba - tiba kedengaran suara seseorang menyapa.

" Assalamualaikum ayahnda , bonda , pakcik , makcik "

" Err dia dah balik " bisik hati kecil Aliya. Aliya masih di posisinya yang menatap telefon bimbitnya.

" Walaikumusalam. Hah dah sampai pun . Ni kenalkan putera kami satu - satunya Tengku Ilham Huzairie. " perkenal Tengku Yahya.

Huzairie hanya tersenyum sedikit kepada Hasniza dan Ruzain. Namun matanya sempat melirih ke arah perempuan yang sibuk menatap telefon bimbitnya. Eh budak perempuan ni ke yang akan kahwin dengan aku ? Cis ! Muka aku yang handsome ni sikit pun dia tak nak pandang ke ?

" Along .. ni lah bakal suami along nanti. " kata ibu menegur Aliya yang sejak dari tadi hanya memandang telefon sahaja.

Aliya mengangkat mukanya lambat - lambat. Aliya memandang tepat ke muka Huzairie bersama sedikit senyuman. Huzairie tidak memberi apa - apa reaksi dia hanya paku memandang Aliya.

" Lawanya ... natural beauty betul..tapi muka dia macam familiar lah.. " kata Huzairie yang hanya terluah dalam hati.

Aik ? Mamat ni tak terkejut pun tengok aku ? Dia tak perasan ke aku siapa ? Err lantak lah ! Tak perasan pun lagi bagus.

" Ehem - ehem .. " berdehem nenda yang baru muncul.

" Ehh nenda.. " kata Huzairie.

" Kamu tercegat apa lagi kat sini ? Pergi lah berborak ngan bakal isteri kamu tu.. " kata nenda.

" Hah baik lah .. err jom ? " kata Huzairie seraya mengajak Aliya untuk beredar ke balkoni di sebelah.

Rafiqi menyiku Aliya tanda menyuruh Aliya mengikut Huzairie. Seketika Aliya hanya akur. Dia membuntuti Huzairie sehingga ke balkoni.

Dari balkoni rumah Huzairie itu , dapat dilihat bintang dan bulan yang terserlah di langit. Namun begitu kelihatan jugak lampu- lampu dari bawah memandangkan mereka di tingkat 2 . Sungguh cantik. Beberapa minit hanya cengkrik yang menguasai suasana .

" Err kita pernah jumpa ke sebelum ni ? " tanya Huzairie sambil memandang tepat ke arah Aliya yang memandang ke depan .

" Err takkan awak ... tak ingat yang saya ... "

Belum sempat Aliya hendak menghabiskan kata - katanya.

" Wait. Kau ni kan yang tumpahkan air kat kasut aku ? Yang pukul aku dengan bola tennis . " kata Huzairie setelah dapat mengecam Aliya.

Aliya mengetap bibir. Sikit pun dia tak pandang Huzairie. Kecut siot.

" Kenapa diam ? Takut ? "

" Err maaf lah .. saya tak sengaja lah. Jangan lah hukum saya ... " kata Aliya seraya menunduk hormat.

Huzairie ketawa dalam hati melihat telatah Aliya tetapi mukanya tetap ditayangkan muka serious .

" Hmm tapi kenapa hari ni kau nampak lain ? Tak selekeh macam selalu ? " soalan tu yang terpancul dari mulut Huzairie.

Cis ! Kata aku selekeh ? Tapi malam ni aku nampak cantik kan ?

" Kau nak ke jadi isteri aku ? Tak menyesal ? " tanya Huzairie lagi setelah Aliya tidak memberi respon soalannya tadi.

" Hmmm entah lah . Memang saya tak nak kahwin lagi pun. Tambah - tambah kahwin dengan awak ! Tapi dah wasiat atok saya . So kena tunaikan jugak lah. " jelas Aliya.

Sanggup ea dia ? Semata - mata wasiat atok dia aje sanggup korbankan hidup dia untuk tidak pilih pasangan hidup sendiri. Biar betul minah ni.

" Ohh . Ikutkan hati aku pun tak nak kahwin lagi. Tambah - tambah kahwin dengan kau orang yang buat masalah dengan aku banyak kali. "

" Eh sorry sikit , 2 kali aje pun mana ada banyak kali. Awak pun dah kena kan saya sekali." kata Aliya berani.

" Bila aku kena kan kau ? " nafi Huzairie.

" Eleh .. ingat saya tak tahu awak saja suruh pembantu awak bawa kereta laju kan kat lopak air hari tu ? "

" Err mana lah aku tahu kat situ ada lopak air. Err sudah lah. Ni dengar ni aku akan kahwin dengan kau sebab wasiat atok kita berdua . Bukan sebab aku sayang kau ke apa tapi semata - mata wasiat. Aku tak boleh nak bantah cakap ayahnda , bonda dan nenda. "

" Hmm ya lah sama lah .. " putus Aliya juga.

Tiba - tiba datang seorang pembantu.

" Tengku maaf menganggu . "

Seketika Huzairie dan Aliya menoleh ke arah suara itu.

" Raja , Permaisuri dan ahli keluarga Cik Aliya dah menunggu di ruangan makan utama. " kata pembantu rumah Huzairie.

" Erm baik nanti saya dengan dia datang ." Kata Huzairie.

Seketika pembantu rumah itu pun beredar.

" Hah satu lagi . "

Aliya tercengang.

" Kau kena belajar banyak benda bila kau kahwin dengan aku nanti. Hidup kau dengan hidup aku terlalu berbeza. " kata Huzairie lalu melangkah meninggalkan Aliya.

Aliya pun berlari mengejar langkah Huzairie yang dah semakin jauh. Gila tinggal aku sorang - sorang . Dah lah rumah besar gila . Boleh sesat kot weyh. 


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi