Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,493
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Aliya tergesa - gesa mengayuh basikalnya. Aduh dia terlambat bukan sebab dia terlewat bangun tapi lambat sebab dia siapkan biskut yang dibuatnya pagi tadi untuk diberikan kepada Huzairie sebagai balasan bubur ayam semalam. Ya Aliya sudah baik demam , mungkin sebab bubur ayam yang sedap tu kot ? Hahahahah ceyhwahhh.

Aliya terlewat 5 minit semasa sampai di depan pintu pagar. Aliya sedikit terkejut plus teruja apabila dia melihat hari ni Huzairie yang menjaga pintu pagar sekolah utama. Aliya tersengeh - sengeh di hadapan pintu pagar sekolah. Wahh rindunya nak tengok muka dia ni. Dengan baju birunya dengan tie yang kemas di leher berserta baju kot warna hitamnya. Handsome beb ! 😍

" Apa yang tercegat dekat situ lagi ? Kau tahu tak yang kau dah lambat ? Sekrang dah pukul 7.35. Cepat masuk tapi sebelum tu tulis nama dulu. " kata Huzairie tegas.

Pak Mat hanya menjadi pemerhati.

Alahhhhhh takkan dengan tunang sendiri pun nak berkira ? Kena tulis nama jugak ke Prince Charming ? Aliya tunjuk muka kesian untuk meraih simpati dari Huzairie.

Huzairie tetap dengan wajah seriousnya.

Lambat - lambat Aliya menulis namanya di dalam buku catatan yang diberikan Huzairie. Setelah habis menulis nama , dia masih tercegat di hadapan Huzairie. Huzairie tayang muka pelik.

Ehh dia nak apa lagi ?

Seketika Aliya mengeluarkan bekas kelmarin lalu dia hulurkan kepada Huzairie.

" Nah untuk awak . Maaf saya lambat datang sekolah sebab siapkan ni untuk awak. " jujur Aliya.

Huzairie terdiam. Huzairie terasa sedikit terharu namun dia masih mengawal riak mukanya. Dia menyambut huluran itu.

" By the way sedap bubur ayam kelmarin. Awak beli kat mana eh ? Nanti beli lagi boleh ? " usik Aliya ingin menduga lagi reaksi Huzairie.

Huzairie tersedak ! Tertelan air liur sendiri. Dia sedikit berdehem.

" Hee jangan lupa makan tu tau . Bye " kata Aliya lalu menolak basikalnya dari situ.

Dalam diam Huzairie tersenyum kecil.

" Amboi tengku senyum nampak .. " usik Pak Mat yang melihat senyuman kecil Huzairie.

Huzairie terus menunjukkan muka seriousnya semula.

" Err Tengku ada apa - apa ke dengan budak tu ? " tanya pak mat berani.

Huzairie memang berkawan dengan Pak mat . Maklumlah Pak Mat dah lama bekerja di sekolahnya sebagai guard sekolah. Walaupun hanya guard , Huzairie masih menghormati Pak mat. Dia langsung tidak memikirkan darjatnya.

" Kalau saya bagitahu Pak Mat , Pak Mat jangan bagitahu orang lain ea ? " kata Huzairie.

" Ya in shaa Allah. "

" Budak perempuan tu tunang saya. In shaa Allah bulan depan kami kahwin. "

Pak mat terlopong.

" Tu..tunang ? " kata Pak Mat gagap tiba - tiba 😂

Huzairie hanya mengangguk kecil.

" Wuish awalnya kahwin ? " tanya Pak Mat pelik.

" Wasiat arwah atoknda saya .. saya terpaksa ikut lah.. katanya ingin menjaga hubungan dengan rakyat." jelas Huzairie.

" Oh bagus lah macam tu. Tak apa lah Tengku perlahan - lahan. Bercinta selepas nikah kan lebih sweet . " kata Pak Mat.

Huzairie hanya menganguk kecil.

" Okay lah Pak Mat saya masuk dulu ea . "

" baik Tengku . "

Seketika Huzairie pun beredar masuk ke dalam sekolah. Di tapak perhimpunan. Semua pelajar sudah berbaris kemas. Selepas itu pengacara perhimpunan memanggil guru - guru bertugas untuk memberikan ucapan mereka. Seterusnya adalah ucapan dari pengetua dan akhir sekali ucapan dari Cikgu Rahimmmm ! 😎 a.k.a Cikgu disiplin .

" Perhatian semua pelajar . Saya ingin menegur perkara yang selalu sangat pelajar buat iaitu datang lewat ke sekolah ! Jika masalah ni berpanjangan saya akan mengambil tindakan yang sepatutnya. Okay sekarang saya akan menyebut nama - nama pelajar yang datang lewat hari ni ! "

Aliya ketap bibir . Mati aku ! Nama aku ada kot 😭 habis lah kena rotan lagi dengan Cikgu Rahim. Dah lah malu nama kena mention satu sekolah kot.

Cikgu Rahim menyebut tiap satu persatu nama yang datang lewat hari ni.

" Okay itu sahaja nama yang terlewat hari ni . Selepas ini jumpa saya nama - nama yang saya panggil. Saya ada hadiah sikit nak bagi ! " kata Cikgu Rahim tegas.

Aliya tayang muka pelik. Aik ? Aku tak pekak kan ? Asal nama aku tak ada ? Bukan jelas - jelas aku tulis nama aku tadi . Tapi kenapa tak kena mention pun ? Pelik ! Sangat - sangat pelik !

" Al .. kau kata kau tulis nama tadi datang lewat ? Tak ada pun nama kau ? " tanya Wafa pelik juga.

" Kan ? Pelik kan ? Aku pun tengah pelik. Ke aku mimpi aje yang aku tulis ? "

" Hah aku dah tau dah. Aceywahhhhh. " kata Firzana tiba - tiba.

Aliya dan Wafa serentak memandang ke muka Firzana.

" Ni mesti tunang kau padam nama kau balik . " teka Firzana.

Huzairie padam nama aku balik ? Biar betul ? Ketua pengawas nak buat macam tu ?

" Haah lah kenapa aku tak terfikir kan pasal Tengku tu ya ? " kata Wafa pulak.

" Errr takkan lah. Dahlah korang jom masuk kelas lah. Orang lain dah jalan dah , kita aje yang masih kat sini.. " kata Aliya sengaja menukar topik.

Selepas itu mereka pun beredar balik ke kelas masing - masing .

*************

Waktu rehat Huzairie mengeluarkan bekas yang diberi oleh Aliya tadi. Dia membuka penutup bekas itu. Kelihatan ada biskut yang berwarna kuning keperang - perangan dan berbentuk hati. Terbit senyuman di bibir merah Huzairie. Huzairie pun mula memasukkan biskut itu ke mulutnya.

" Hmm sedap jugak biskut yang dia buat ni. " desis hati Huzairie sambil menikmati biskut itu.

Sedar tidak sedar hampir 5 keping biskut sudah dimakan Huzairie. Ni nasib baik si Kuzaimie ada hal dengan cikgu Bahasa Melayu kalau tak habis disakatnya Huzairie ni. Tapi malangnya " terlepas mulut buaya , masuk pula mulut harimau " . Dua orang kawan baik Huzairie pula yang datang mengacau.

" Amboi kau Aery ... dari jauh kami tengok kau punya sedap menguyah biskut tu. Macam sedap aje ? Nak sikit boleh . " kata Daniel .

" Err nah ambik lah ada lagi 5 .. " kata Huzairie lalu menghulurkan bekas itu kepada Daniel dan Nazhan.

Seketika Daniel dan Nazhan pun mula makan biskut itu. Mereka menghayati setiap kunyahan.

" Perhhhh sedap gila weyhh . Siapa yang buat ? Pembantu rumah kau ke ? Ke kau beli kat luar ? " tanya Nazhan.

Aduh ! Banyak tanya pula diaorang ni. Takkan aku nak cakap tunang aku pula yang buat ? Kang diaorang tanya siapa pulak tunang aku ? Idea mohon datang idea 😥

" Nenda aku yang buat . " bohong Huzairie.

" Oh nenda kau .. sedap weyhh pandai nenda kau buat .. " kata Daniel pulak.

Huzairie hanya mengangguk dan tersenyum senget.

" Tapi .. asal nenda kau buat bentuk hati aje ? Macam pelik " soalan itu terpancul dari mulut Nazhan.

Huzairie telan liur .

" Haah betul jugak cakap Nazhan. " sokong Daniel.

" Hish korang ni banyak tanya lah. Suka hati lah nenda aku nak buat bentuk apa pun. Korang ni makan diam - diam sudah. " kata Huzairie.

" Heheheh sorry - sorry . " kata Daniel.

Dari jauh dalam diam Aliya sedang mengintai.

" Alaaa sibuk aje lah kawan - kawan Huzairie tu. Aku bagi biskut tu untuk Huzairie sorang aje..." ngomel Aliya di dalam hati.

Tiba - tiba seseorang menyergah Aliya.

" Bahhhh ! "

" Oiii sayang Huzairie ! " latah Aliya tiba - tiba.

" Aiceyhhh sayang Huzairie... " usik Wafa.

" Wafa ! Terkejut aku ! Kau ni nasib baik aku tak ada sakit barah otak tau. Kalau tak dah lama jalan ... "

" Kau merepek apa ? Tak pernah aku dengar sakit barah otak kalau terkejut boleh mati ? Sakit jantung tu mungkin lah. " kata Wafa pelik.

" Ya ea ? Ahh lantak lah tak kesah sakit apa pun. " kata Aliya lalu dia mengintai Huzairie balik.

" Kau ni .. tunang sendiri pun nak intai. Pergi aje lah jumpa terus. " kata Wafa.

" Ish kau ni biar lah aku nak intai ke apa . Tak nak lah jumpa kejap lagi heboh satu sekolah kau tahu ? " matanya masih fokus mengintai.

" Eleh biarlah heboh pun . Nanti mesti pelajar perempuan jelous kau yang dapat anak raja tu .. "

" Lepas tu aku kena kecam ? Macam tu ? " balas Aliya.

Tiba - tiba dia teringatkan kumpulan wannabe. Hmmm apa lah diaorang nak buat dekat aku lagi nanti ea ? Ahh lantak lah aku tak boleh takut ..

" Dah la kau ni aku masuk kelas lagi bagus. Kacau aku intai tunang aku aje .. " kata Aliya lalu melangkah pergi.

" Alaa Al .. tunggu lah aku ! " kata Wafa lalu mengejar langkah Aliya.

*************

" Aduh hari ni ada kelas tambahan math pulak . Baru ingat nak balik awal. " rungut Aliya.

" Kan ? Aku pun malas kelas Math teacher Lau .. " sokong Firzana.

" Kelas Math teacher Lau best apa ? " kata Wafa kerana dia amat meminati mata pelajaran matematik bukan seperti Wafa dan Aliya.

Hari ini adalah kelas tambahan bagi kelas 5A dan 5B. Seketika teacher Lau pun masuk ke kelas dan memulakan kelas tambahan .

" Hmmm sekarang Huzairie tengah buat apa ea ? Diaorang kelas tambahan apa ? " monolog Aliya di dalam hati. Sikit pun tidak fokus pada kelas tambahan teacher Lau ..

" Aliya ! Apa yang kamu buat tu ? Kamu dengar tak apa yang saya ajar ni ? " kata teacher Lau tiba - tiba.

" Hah ? " Aliya tercengang.

" Tengok kamu tak fokus pun dengan kelas saya kan ? Cepat kamu selesaikan soalan 15 tadi. "

" Err baik teacher. "

" Aduh orang dah angau jadi macam ni lah. " usik Firzana.

" Hahahaha susah jugak ea kena kahwin awal ni ... " tambah Wafa.

" Ish diam lah korang .. " 

Aliya mengerling jam di pergelanggannya. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Yeahhh kelas teacher Lau nak habis dah.

" Okay semua kita jumpa esok ya. Balik tolong buat semua latihan yang saya beri tadi yaa .. " pesan teacher Lau .

Semua pelajar hanya mengangguk. Aliya dan kawan - kawannya mengemas buku masing - masing. Mereka pun keluar dari kelas . Aliya sempat mengerling ke kelas sebelah . Kelas sebelah dah kosong. Wuishh cepatnya kelas 5A ni balik ! Hmm tak dapat nak tengok muka pujaan hati hahahaha.

" Al kau nak kitaorang teman kau ambik basikal kat tempat basikal ke ? " tanya Wafa prihatin kerana sekolah sekarang sudah sunyi disebabkan semua pelajar - pelajar junior sudah balik ke rumah masing - masing.

" Haah . Takkan kau nak pergi sorang ? " kata Firzana pula.

Firzana dan Wafa masing - masing balik di jemput . Lain la si Aliya ni balik dengan basikal kesayangannya aje.

" Ehh tak apa lah korang. Aku boleh ambil sendiri. Tak payah teman. Bukan ada apa pun . Ok lah bye jumpa esk ! " kata Aliya lalu beredar meninggalkan Wafa dan Firzana.

Apabila Aliya tiba di tempat letak basikal , alangkah terkejutnya dia apabila mendapati basikalnya kehilangan kedua - dua tayar ! Weyhhh siapa yang curi 😭 Aliya melihat sekeliling. Sunyi.

" Macam mana aku nak balik ni ? Tayar basikal tak ada . Gila betul orang yang curi tayar basikal aku ni ! " ngomel Aliya seorang diri.

Tiba - tiba Aliya terperasan akan suatu kertas di dalam raga basikalnya. Aliya mengambil surat itu dan membacanya.

Selamat balik ke rumah tanpa tayar basikal ! Tu lah siapa suruh rampas Prince Charming aku lagi ?! Nah rasakan

Sah ! Ni mesti kerja Dania ketua kumpulan Wannabe tu . Mangkuk betul lah ! Tak puas hati sangat kenapa ?!

Gruhhhhhh ! Tiba - tiba guruh bunyi dan kilat juga muncul. Air hujan jatuh setitik demi setitik..

" Aduhh hujan pulak ! Aku nak buat apa ni ? " ngomel Aliya lagi.

Dia masih terpacak di belakang basikalnya yang tanpa tayar tu. Rasa basikal cacat pula 😂

Air hujan mula turun dengan lebat . Habis basah Aliya . Tapi air hujan tu tiba - tiba tak kena Aliya pulak ? Macam ada sesuatu yang lindung Aliya dari belakang. Takkan ... hantu kot kat belakang aku ? 😰

Aliya melihat ke atas . Aikkk payung ? Terus di pusing ke belakang.

Bukkkkk ! Aliya terlanggar bidang dada seseorang yang memakai baju berwarna biru. Seseorang itu terlalu dekat dengan dia sebab tu bila dia pusing memang betul - betul hidungnya terbelaga di dada orang itu memandangkan orang itu tinggi darinya.

Aliya mendongak sedikit. Dia tersentak. Orang itu juga menunduk memandang Aliya. Mata mereka bertembung.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi