Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,577
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 17

" Doktor macam mana dengan keadaan Aliya ? " tanya Huzairie risau.

Selepas sahaja kejadian tadi , Huzairie terus mengangkat Aliya bawa ke bilik rawatan sekolah. Ya bilik rawatan di sekolah Smk Tunas Putera memang disediakan 2 orang doktor. Seorang doktor lelaki dan seorang doktor perempuan.

" Demam Aliya tinggi juga tapi tadi saya dah bagi dia suntikan antibiotik. So demam dia akan kebah nanti. Ermm Tengku jangan lah risau sangat ea. " terang doktor bernama Salwa.

" Hmm so bila dia akan sedar ? " tanya Huzairie lagi.

" Dalam beberapa jam dia akan sedar. "

Huzairie mengangguk kecil.

" Okay lah saya masuk ke dalam kejap ya. " kata doktor Salwa lalu beredar masuk ke dalam biliknya.

Tinggallah Huzairie dan Aliya yang sedang terbaring lesu di situ. Huzairie mendekati Aliya. Dia duduk di kerusi yang disediakan di sisi katil Aliya.

Tiba - tiba Huzairie menggenggam tangan Aliya. Huzairie mencium lembut tangan Aliya.

" Hmm maafkan aku Al. Aku bukan suami yang baik. Aku biarkan kau sorang - sorang bila kau kena buli. Hmm aku tuduh kau macam - macam. Maafkan aku. " luah Huzairie di dalam hati.

Seketika Huzairie bangun.

" Aku kena bagi pengajaran dekat diaorang pulak ! " desis hati Huzairie lalu beredar meninggalkan Aliya.

Huzairie beredar ke bilik pengetua. Dia ingin melaporkan tentang kes buli yang dilakukan Dania and wannabe. 


" Ibu .... Aliya rindu ibu ... " rengek Aliya dalam pengsannya.

" Ya sayang ibu ada ni.. " kata Hasniza.

Kedengaran jelas betul suara ibu Aliya di pendengarannya. Eh ibu ke tu ? Hmmm mimpi aje lah aku. Seketika Aliya membuka matanya perlahan. Kelihatan ibu Aliya di hadapan matanya.

" Ibu .... Along mimpi ke ni ? " tanya Aliya lemah.

" Tak sayang. Ni ibu lah . " kata Hasniza sambil mengusap lembut tangan Aliya.

Terus Aliya terpacak.

" Ibu ! " laung Aliya lalu memeluk ibunya. Erat.

Ya ni bukan mimpi 😭 ibu ada depan mata aku lah. Huaaaa rindunya. Eh jap ! Aliya melepaskan pelukan lalu dia memerhati di sekelilingnya. Ni bilik aku ! Macam mana aku boleh ada dekat sini ? Pelik.

" Ibu macam mana along ada dekat sini ? " tanya Aliya pelik.

" Aery yang bawak kamu ke sini. Katanya kamu rindu ibu sampai demam - demam hahahha . " jelas ibu.

" Hah ? Aery bawak along ke sini ?"

Eh bukan aku pengsan kat sekolah tadi lepas kena tampar dengan Dania ke ? Jadi Huzairie dah tahu la hal sebenar ?

" Dah tak payah nak termenung sangat. Ni kamu dah okay ? Demam lagi ke ? Tadi ibu dah tuam kamu. " kata ibu.

" Hah dah okay dah. Sebab ibu tuam lah ni. Ibu along rindu ibu gila. " rengek Aliya seperti budak kecil.

" Yalah - yalah . Ish budak ni baru berapa hari aje berpisah dengan ibu dah rindu teruk macam ni ? " kata ibu.

" Hehe... ermm ibu mana Huzairie ? " tanya Aliya.

" Tu hah ada kat ruang tamu tengah berborak dengan ayah kamu. Ehh kenapa kamu panggil dia Huzairie ? " kata ibu.

" Oh .. yalah . Habis tu takkan nak panggil raja pulak ? "

" Ish kamu ni .. Along dah jadi isteri Huzairie. So kena panggil dia abang ! " kata ibu.

" Hah ? Abang ? Errr dia bukan abang along. Dia suami along lah . " kata Aliya lurus bin bendul.

Ibu mencubit pipi Aliya kuat. Aliya mengaduh sakit.

" Kamu ni main - main lah. Dah kamu kena panggil dia abang..baru lah nampak kamu respect dia . " jelas ibu.

" Ohh " itu yang keluar dari mulut Aliya.

" Huzairie cakap kamu dengan dia stay sini seminggu . " kata ibu lagi.

Wahhhhh 💕 stay sini seminggu ? Baiknya Huzairie. Bertambah sayang lah macam ni. Hehehehe.

" Dah kamu pergi mandi. Bagi segar sikit badan tu. Baru lah cepat baik demam. Larat pulak Aery angkat kamu. Tak berat ke anak ibu ni. " kata ibu lagi sebelum beredar meninggalkan Aliya.

What ? Huzairie angkat aku ? Oh my malunyaaaaa . Mana nak letak muka ni 🙈😂

***************

Pada malam itu kelihatan Huzairie sedang melihat bintang seorang diri sambil duduk di kerusi yang disediakan di halaman rumah Aliya. Huzairie berpakaian serba simple. Baru lah dia dapat merasakan hidup sebagai rakyat biasa. Kalau tak dia hidup dikelilingi kemewahan sahaja. Semua di uruskan oleh pembantu tapi berbeza di dunia Aliya. Hidup bebas. Semuanya buat sendiri. Tidak bergantung hidup oleh pembantu langsung. Begini lah rasa hidup yang sebenar yang ingin dirasakan oleh Huzairie. Family Aliya juga melayannya dengan baik . Penuh gelak ketawa bila dia bersama keluarga Aliya. Semuanya yang jenis sekepala. 💕

" Atoknda ... baru sekarang Aery faham kenapa atoknda wujudkan wasiat tu. Terima kaseh atoknda. " desis hati Huzairie. 

Dalam diam ada mata yang sedang memerhati di pintu rumah. Eh Huzairie buat apa tu ? Tengok bintang ke ? Hmmmm aku nak kena panggil dia ' abang ' ? Errr janggalnya. Rasa macam abang aku pulak 😂 hmmm habis nak panggil apa ea ? Aliya memerah otak cuba untuk memanggil dengan panggilan yang lain dan semestinya yang nampak cute gitu.

Ahah ! Aliya memetik jarinya. Dia sudah mendapatkan panggilan yang sesuai. 🙈

" Miku ! " panggil Aliya.

Hahahahaha ' miku '  dia panggil Huzairie ? 😂

Huzairie tidak menoleh. Aliya memanggil lagi panggilan itu.

" Miku ! Miku ! Miku ! "

Huzairie menoleh.

" Kau panggil aku ke ? Ke kau panggil kucing kau ? " kata Huzairie sambil tayang muka pelik.

Aliya mendekati Huzairie.

" Saya panggil awak lah. Rumah saya mana ada kucing. " kata Aliya lalu mengambil tempat di sisi Huzairie.

" Erkk ? Habis duk Miku , Miku , Miku tu apa ? Tak tahu pulak bonda letak nama aku Tengku Miku " kata Huzairie bersama sedikit perlian.

" Hehehehehe Miku tu short form dari perkataan ' suamiku ' . Heee ibu suruh saya panggil awak abang .. tak nak lahh rasa macam awak ni abang saya pulak sebab tu saya panggil awak Miku. Nampak cute kan ?  " jelas Aliya.

Muka Huzairie tiada respon.

" Awak tak suka ke ? Kalau tak suka saya tak panggil awak ..Mi..."

" Tak ! Panggil aje aku Miku. So aku nak panggil kau Riku ! " kata Huzairie tiba - tiba.

Riku ? Apa pulak Huzairie ni ? Aliya tayang muka toya.😑

" Kenapa Riku ? " tanya Aliya .

" Riku tu ' isteriku ' " kata Huzairie mendatar sambil matanya tepat memandang mata Aliya. 

Glurp ! Aliya telan liur dengan pandangan dari Huzairie.  Jantungnya berdengup kencang seakan - akan tidak mahu berhenti.

" Riku ... maafkan Miku .. sebab tuduh yang bukan - bukan.. Maafkan Miku sebab biarkan Riku kena buli sampai sakit macam ni. Miku minta maaf. " ucap Huzairie tiba - tiba.

Wahhh. Kenapa sweet sangat ni panggil macam tu ? Alahai Huzairie ni memang Mr. Sweet Aku lah.

" Tak apa lah. Benda kecik aje. Lagipun Riku pun dah sihat kan ? By the wat thanks Miku sebab bagi Riku stay sini seminggu. Macam tahu - tahu aje yang Riku rindu ibu." balas Aliya.

Hahahahaha best nya panggilan Miku dan Riku ni. Shomellll aje rasa. 

Huzairie hanya tersenyum kecil lalu dia memandang ke arah bintang di langit kembali. Aliya juga melakukan hal yang sama.


Keesokan harinya di sekolah. Aliya dan Huzairie melangkah masuk ke tapak perhimpunan seperti biasa.

" Kau dah sihat Aliya ? " tanya Wafa.

Aliya mempamerkan senyuman.

" Dah sihat " kata Aliya.

" Wah bagus lah .. " kata Firzana pula.

Seketika mereka membuat barisan. Seperti biasa mereka akan mendengarkan ucapan pengetua dan guru bertugas tetapi hari ini cikgu hal ehwal murid juga berucap.

" Sila beri perhatian semua. Saya ingin menegaskan tentang kes buli. Saya telah mendapat aduan bahawa ada pelajar menengah atas sekarang suka buli membuli. Saya telah membuang 3 orang pelajar akibat kes buli ini. Saya harap pelajar - pelajar lain jangan suka menindas atau membuli pelajar lain jugak. Kalau tak saya akan berikan tindakan . " kata panjang lebar cikgu HEM iaitu Cikgu Sailatun. 

" Hah ? 3 orang kena buang sekolah ? " desis hati Aliya.

Selepas tamat perhimpunan , semua pelajar beredar masuk ke kelas masing - masing. Semasa Aliya hendak duduk di tempatnya tiba - tiba ada beberapa pelajar ingin berjumpa dengan Aliya.

" Aliya ... " kata seorang pelajar perempuan ni.

Ehh diaorang ni kan semua yang buli aku hari tu.

" Kami semua nak minta maaf pasal hari tu. Kami rasa bersalah sangat. Tolong jangan buat aduan pasal kami. Kami tak nak kena buang sekolah macam geng wannabe. " jelas seorang lagi pelajar perempuan yang berkaca mata.

" Jadi geng wannabe lah yang kena buang ? Tapi siapa yang buat aduan. " monolog hati Aliya.

Tiba - tiba Huzairie lalu di situ. Semua diam apabila Huzairie melintasi mereka. Dalam diam terbit senyuman kecil Aliya.

" Ni mesti dia yang buat aduan ni. " kata Aliya di dalam hati menyorak keseronokan.

" Maafkan kami tau Aliya." rayu mereka lagi.

" Yalah - yalah . Aku maafkan korang semua tapi janji jangan buat lagi macam tu. "

Semua pelajar - pelajar itu mengangguk laju dan mengucap terima kaseh. Seketika mereka pun beredar dan begitu jugak  Aliya masuk ke dalam kelasnya.

**************

" Aery kau nak makan apa hari ni ? " tanya Daniel.

" Hari ni korang rehat berdua aje lah ea . Aku rehat dengan Aliya. "

" Aiceyhh untung lah orang ada wife kan ? Boleh datang sekolah sama - sama . Boleh rehat sama - sama. Kita yang single ni forever alone. " usik Nazhan.

" Banyak lah kau punya forever alone. Bukan girlfriend keliling pinggang ke kau ni ? " kata Huzairie.

" Hahahahhaa  tak apa lah bro. Kau rehat aje la dengan isteri kau. Kitaorang rehat berdua. " kata Daniel.

Huzairie mengangguk. 

Kring ! Kring ! Loceng rehat berbunyi. Aliya keluar dari kelas bersama - sama Wafa dan Firzana . Sedang Aliya jalan tiba - tiba tangan Aliya ditarik seseorang dari belakang.

" Hari ni Aliya rehat dengan aku . " kata Huzairie kepada Wafa dan Firzana.

Wafa dan Firzana hanya mengangguk laju lalu meninggalkan pasangan suami isteri itu.

" Sejak bila awak nak rehat dengan saya pulak ? " tanya Aliya.

" Sejak hari ni. Kenapa salah ke ? " tanya Huzairie.

" Errr tak lah tapi ....errr "

Huzairie tidak menunggu jawapan dari Aliya malah dia terus melangkah sambil menarik tangan Aliya. Aliya hanya membuntuti Huzairie.

Huzairie menyuruh Aliya duduk di meja makan . Biar Huzairie sahaja yang pergi beli makanan.

Kenapa Huzairie ni baik sangat dekat aku ea ? 🙈 Hmmm tapi Huzairie mana sayangkan aku. Dia sayang Afanin 😭 . Wahai Huzairie jangan lah baik sangat dengan saya . Nanti saya lagi sayang dekat awak. Nanti kalau awak dengan Afanin balik macam mana ? Saya tak boleh lupakan awak. 

" Sampai bila kau nak termenung ? " tanya Huzairie tiba - tiba.

Baru Aliya sedar yang makanan sudah sampai lama di hadapan Aliya. Aduh tu lah mengelamun lagi. 😂

" Thanks sebab tolong beli kan makanan ni . "

" Hmmm " itu jawapan Huzairie.

Seketika mereka pun makan makanan masing - masing. Aliya tidak hiraukan langsung pada mata - mata yang sedang melihatnya dengan Huzairie. Mungkin ada yang akan kata " wah sweetnya dioarang. " . Mungkin juga ada yang akan kata " Saja nak menunjuk lah tu " . Mulut orang mana boleh kita tutup kan ? So nevermind. 😊😊😊 


Hari ni masa balik. Huzairie tidak mahu Kuzaimie menghantarnya dan Aliya balik naik kereta.

" Hah biar betul Tengku ? Tengku nak balik jalan kaki ? " tanya Kuzaimie terkejut.

Aliya juga sedikit ternganga. Biar betul Huzairie ni ? Boleh ke dia jalan kaki ? Lain lah aku dah biasa jalan kaki balik rumah. Ni tak , Tengku Ilham Huzairie yang tak pernah balik jalan kaki , nak balik jalan kaki ? 😲

" Betul lah. Kenapa pelik sangat ke kalau aku jalan kaki ? Lagipun rumah ibu ngan ayah mentua aku tak lah jauh sangat. "

" Err iya lah Tengku..  " kata Kuzaimie.

Seketika Huzairie memulakan langkahnya.

" Err Puan Muda tolong tengok - tengokkan Tengku yaa. Saya takut dia tak biasa jalan kaki nanti sakit kaki pulak. " kata Kuzaimie.

" Ya lah. Okay bye Kuzaimie. " kata Aliya lalu mengejar langkah Huzairie yang sudah jauh.

Huzairie dan Aliya berjalan secara beriringan di tepi jalan. Suasana sepi di antara mereka.

" Awak kenapa hari ni awak pelik sangat ? " tanya Aliya memecah kesunyian.

" Apa yang pelik ? " tanya Huzairie sambil matanya fokus ke hadapan.

" Err ya lah nak balik jalan kaki ? "

" Tu pun pelik ke ? Jalan kaki aje kot. Kenapa ? Ingat anak raja tak tahu jalan kaki ? Asyik naik kereta aje ke ? " kata Huzairie pula.

" Erkkk yelah - yelah. "

Huzairie membetulkan beg sekolahnya . Aliya hanya diam membisu.

" Al...kau ada boyfriend tak ? " soalan itu yang terpancul dari mulut Huzairie.

" Ada ... "

Glurp ! Huzairie telah liur. Tiba - tiba dia rasa heart broken 💔 😂

" Siapa boyfriend kau ? "

" Ermmmm awak lah boyfriend saya. " jawab Aliya selamba.

Automatik Huzairie memandang Aliya di sisi.

" Aku ? " tanya Huzairie seakan - akan tidak percaya.

" Hmmm ya . Awak suami saya ! Awak lah boyfriend saya. Okay lah saya nak confess ni . Saya dah mula sukakan awak Tengku Ilham Huzairie. Awak lah orang yang berjaya buka pintu hati saya. Awak Mr. Sweet saya yang saya cari selama ni walaupun mungkin pada pandangan orang lain awak ni macam dingin aje and tak pernah pun nak tunjuk sweet. Tapi saya tahu awak sweet hahahah " kata Aliya panjang lebar.

Ya Aliya tidak mahu lagi sembunyikan perasaanya. Takut terlambat macam dulu. So dia terus straight to the point ! 😂💕

" Ohh " itu aje yang keluar dari mulut Huzairie.

" Ohh je ? Awak sayang saya tak ? " tanya Aliya berani.

" Hmm perlu ke ? Kalau kau sayang aku , aku kena balas balik sayang kau tu ? " jawab Huzairie.

Aliya tersentak ! Hmmm ya tak ya jugak. Apa lah kau ni Aliya , kau lupa ke ? Dia kan cuma sayangkan Afanin. So jangan bermimpi kau nak dapat sayang daripada Huzairie 😌

Aliya diam. 

Pin ! Pin ! Pin ! 

" Aliya ! " Huzairie menarik Aliya ke dalam dakapannya.

Aliya terkejut ! Ya Aliya tadi jalan di sebelah jalan. Aliya tak sedar pun bunyi hon kereta tu. Tiba - tiba ja Huzairie memanggil nama Aliya dan terus tarik Aliya ke dalam dakapan.

Dup .. dap ... dup .. dap..

Kedengaran jantung Huzairie berdengup kencang. 

Seketika Huzairie dan Aliya membetulkan posisi mereka. Sekarang Huzairie menukar tempat di sebelah jalan.

" Lain kali jangan jalan sebelah ni.. bahaya lah .. " pesan Huzairie.

Aliya hanya mengangguk. Hmmm dia risau kan aku tapi dia tak sayang aku ? 😞 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi