Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Mr. Sweet Tu Aku Punya !
Ieqah Kazumi
13/6/2018 08:27:34
123,818
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

Rambut Huzairie jatuh ke hadapan sedikit sepertinya rambut Huzairie terkena air hujan. Melting weyhh tengok rambut dia macam tu. Hampir 3 minit juga Aliya dan Huzairie berposisi seperti itu. Seketika Aliya menjarakkan dirinya dari Huzairie namun cepat sahaja Huzairie menariknya dekat semula dengan Huzairie. Ya payung ditangan Huzairie tidak lah sebesar mana hanya muat untuk seorang sahaja mungkin.

" Jangan bergerak ! Hujan lebat ni. Kau baru baik demam kan ? Sekarang kau dah basah . " kata Huzairie kuat.

Disebabkan hujan lebat perbualan mereka terganggu. Aliya hanya mendiamkan diri.

" Aku hantar kau balik. Tapi kereta aku ada dekat depan sana . " kata Huzairie lagi.

Aduh macam mana aku dengan Huzairie nak pergi depan sana. Payung dah lah kecik ! Takkan nak berhimpit - himpit pulak. Tiba - tiba Huzairie menghulurkan payung yang dipegangnya. Aliya tercengang .

" Amik payung ni cepat ! " jerit Huzairie.

Aliya akur lalu mengambil payung tersebut dan memayungkan dirinya. Kini hanya Huzairie yang kehujanan. Huzairie menarik pergelangan tangan Aliya yang berlapik lalu melangkah laju. Aliya hanya membuntuti Huzairie yang sedang meredah hujan lebat itu. Terbit rasa bersalah dan kasihan terhadap Huzairie yang sanggup memberikan payungnya kepada Aliya sedangkan dia kehujanan.

Dalam tidak sedar mereka sudah ada dalam kereta. Kuzaimie sudah menunggu di tempat pemandu.

" Tengku ? Tengku okay ke ? Basah gila baju tengku tuu .." tanya Kuzaimie risau.

" Aku okay lah . Cepat kita hantar Aliya balik. " arah Huzairie.

Aliya hanya diam tidak berkutik. Dia terharu dengan sifat care Huzairie dalam diam itu. Huzairie mengelap mukanya dengan tuala yang dah disediakan di dalam kereta. Nasib ada dua . Huzairie menghulurkan sehelai lagi tuala kepada Aliya.

" Nah . Lap muka kau . " kata Huzairie.

Aliya menyambut tuala itu lalu membersihkan mukanya yang penuh jugak dengan air hujan. Seketika Aliya menggigil kesejukan.

" Kau sejuk ke ? " tanya Huzairie.

Aliya hanya mendiamkan diri. Entah kenapa lah dia tak boleh nak banyak cakap hari ni . Tiba - tiba dia rasa segan pulak dengan Huzairie.

" Kuzaimie bak sini jaket aku yang kat depan tu. " kata Huzairie.

Eh dia nak buat apa lagi ni ? Aliya hanya menjadi pemerhati apabila Kuzaimie menghulurkan jaket yang dimaksudkan kepada Huzairie.

" Pusing sana . " arah Huzairie menyuruh Aliya membelakanginya.

Aliya hanya akur.

Seketika Aliya berasa ada sesuatu terletak dia tubuhnya. Ya Huzairie meletakkan jaket itu di belakang Aliya. Selepas itu Aliya menoleh semula ke arah Huzairie.

" Terima kaseh . " itu yang terpancul dari mulut Aliya .

Huzairie mengangguk kecil lalu meraup rambutnya ke belakang.

" Kau tak payah nak naik basikal lagi lah. Masalah betul dengan basikal kau tu. " kata Huzairie mendatar.

" Hmm yalah . Nanti saya suruh ayah saya hantar pergi sekolah. " jawab Aliya.

" Hmmm "

Sesudah sampai di depan rumah Aliya. Huzairie sekali lagi memayungkan Aliya sehingga ke dalam rumahnya. Selepas Aliya sudah masuk , dia pun kembali ke kereta.

" Tengku hari ni tengku banyak kena hujan . Nanti demam macam mana ? " tanya Kuzaimie risau. Ya , kuzaimie risau kerana dia tahu bagaimana keadaan Huzairie kalau demam . Huzairie kalau demam sampaikan boleh masuk ICU. Pernah sekali benda tu terjadi ! Huzairie demam panas sampai dia ditempatkan di ICU. Teruk kan ?

" Hahaha aku okay lah. Kau jangan nak risau sangat ehh dah lah jom balik ! Nanti bonda ngan nenda risau pulak. " kata Huzairie.

" Hmm baik lah tengku. "

****************
Pada malam itu Aliya di bilik asyik memeluk jaket kepunyaan Huzairie sahaja. Hahaha dia terlupa nak kasi jaket tu balik dekat Huzairie tadi. Aliya terguling - guling di atas katilnya sambil memeluk erat jaket tersebut.

" Wahh sweet lahaiii dia ni. Sanggup kehujanan semata - mata bagi payung dekat aku ? Hmm " monolog Aliya seorang diri.

Tok ! Tok !

" Along ! Ibu panggil makan . " jerit Rafiqi di luar pintu.

Haish kacau betul lah. Orang baru nak feeling - feeling.

" Ye ! Along turun kejap lagi. " sahut Aliya.

Beberapa minit selepas itu , Aliya pun turun ke ruang makan.

" Along .. ibu dah siapkan semua persiapan kahwin kamu tau. " kata ibu tiba - tiba.

" Hah ? Serious ? Cepatnya ! " kata Aliya terkejut.

Bukan hari tu masa berbincang cakap lagi 3 bulan ke ? Kenapa preapare awal sangat ?

" Ya lah kamu tak tahu ke sebulan lagi kamu nak kahwin ? Huzairie tak bagitahu kamu ke ? Beberapa hari yang lalu bonda Huzairie call cakap Huzairie nak mempercepatkan lagi perkahwinan kamu berdua. " jelas ibu.

Aliya tersedak tertelan air liur sendiri. Biar betul Huzairie ni ? Sikit pun dia tak bincang dengan aku ? Hish . Kenapa kau nak marah Aliya ? Bukan kau sukakan Huzairie ke ? Iyelah tapi .... aku tak ready lagi lah. Cepat sangat kot. Esok aku kena tanya dia ! 




Hish mana dia ni ? Batang hidung pun tak nampak ? Aliya memandang sekelilingnya. Penat dia mencari Huzairie tapi tak jumpa - jumpa pun. Hmm semua tempat dia dah cari tapi tak kelihatan pun kelibat Huzairie ? Dalam kelas dia pun dia tak ada. Tengah fokus Aliya mencari Huzairie tiba - tiba...

Bukkk ! Aliya terlanggar seseorang tapi dia tak jatuh pun. Aliya mendongak . Hah ! Jumpa pun orang yang dicari.

" Kau ni kalau jalan tu jalan betul - betul boleh tak ? " kata Huzairie yang kelihatan sedikit pucat dan hidungnya yang kemerah - merahan.

" Err maaf lah . Hah ni saya cari awak ! Ada something saya nak tanya. " kata Aliya sedikit pun dia tak pelik dengan keadaan Huzairie yang pucat itu.

" Tanya apa pulak kau ni ? " tanya Huzairie pelik..

" Kenapa awak percepatkan perkahwinan kita tapi tak bincang sikit pun dengan saya ? " tanya Aliya .

" Hmm suka hati aku la nak cepatkan ke nak lambatkan ke . Buat apa nak bincang dengan kau ? Tak bincang pun kita tetap akan kahwin kan ? " kata Huzairie selamba.

Hish dia ni ! Kejap sweet kejap menyakitkan hati aku !

" Aery ! Cepat lah tukar baju ! Kejap lagi ada game basketball ! " laung Daniel dari jauh.

" Ya ! "

Seketika Huzairie memandang Aliya.

" Aku ada game ni . Kau tak payah banyak tanya sangat eh . Bye ! " kata Huzairie lalu melangkah pergi.

Aliya menghentakkan kakinya tanda protes . Hish geram betul aku dengan anak raja ni . Dibiarkan sahaja Huzairie berlalu. Memandangkan sekarang waktu rehat , aku nak pergi tengok dia main basketball lah .

Di bilik persalinan lelaki.

Soalan " Kenapa awak percepatkan perkahwinan kita tapi tak bincang sikit pun dengan saya ? "  yang diajukan oleh Aliya masih terngiang - ngiang di telinga Huzairie.

Sebenarnya Huzairie mempercepatkan perkahwinan itu kerana dia ingin menjaga Aliya daripada Dania and wannabe. Huzairie tahu yang sekarang Dania tengah buat perhitungan dengan Aliya. Soal basikal semalam pun , Huzairie tahu itu kerja Dania and wannabe. Entah lah , Huzairie rasa yang dia ingin sekali menjaga Aliya. Dia mempunyai sesuatu perasaan yang aneh yang sukar digambarkan. Hmm ' Cinta kah ? ' . 

" Oii Aery .. kau termenung apa ? " sergah Nazhan yang sudah siap dengan jersinya.

" Hah ? " Huzairie tercengang. 

" Kau okey tak ni Aery ? Muka kau pucat lah dari tadi aku tengok. Kau tak sihat ka ? " tegur Daniel risau dengan keadaan Huzairie.

" Eh tak lah aku okey aje just selsema sikit macam tu aje. " kata Huzairie.

" Oh okey lah macam tu .. jom pergi gelanggang. " ajak Nazhan.


Perlawanan basketball di antara sekolah Huzairie iaitu SMK Tunas Putera dengan SMK Tun Razak berlangsung dengan sengit sekali. Kedua - dua sekolah memang bermain dengan bersungguh - sungguh. Setakat ini SMKTP mendapat 5 jaringan manakala SMKTR mendapat 4 jaringa. Ramai pelajar menyaksikan pertandingan itu termasuk Aliya.

" Alahai main basketball pun handsome.." gumam Aliya.


Kring ! Kring ! 

Loceng tamat rehat berbunyi , para pelajar juga beransur balik ke kelas masing - masing tapi masih ada pelajar - pelajar yang degil  mahu menyaksikan perlawanan tersebut.

" Alaa loceng dah bunyi lah. Hmm fighting awak ! " kata Aliya dan sempat lagi memberi semangat kepada Huzairie walaupun tak terluah di mulutnya.

Lebih baik aku blah dulu ! Nanti kang tak pasal - pasal aku kena hambat dengan rotan cikgu Rahimmmm ! Aliya berlalu pergi. Selang beberapa minit sahaja Aliya pergi tiba - tiba , Huzairie terasa pening ketika perlawanan. Tubuhnya seperti terhuyung hayang. Peluh - peluh juga sudah meleleh di dahinya. Huzairie cuba untuk kuat menghabiskan perlawanan tu tapi malangnya  Huzairie sudah hilang imbangan dan dia mula rebah di situ.

Bukkkkk ! 


" Aery ! " jerit Nazhan dan Daniel.

" Tengku ! "

" Tengku ! "


Aliya melangkah masuk ke dalam kelasnya. Aik ? Wafa dengan Firzana tak ada ? Diaorang tak masuk lagi ke ? Aliya duduk di tempatnya. Hmm macam mana lah dia main ? Menang tak eh ? Kalau dia menang aku nak kena bagi hadiah tak ? Hadiah apa yang sesuai untuk anak raja ? Hmm.

" Aliya ! " jerit Wafa dan Firzana serentak.

Aliya mengusap dadanya perlahan . Terkejut aku ! Bongok betul lah kawan - kawan aku ni . 

" Apa korang ni ? Terkejut aku. "

Kelihatan Wafa dan Firzana tercungap - cungap. Diaorang ni marathon ke apa ? Aliya tayang muka pelik.

" Tu .. tunang ka..kau.. " kata Firzana tercungap - cungap yang masih bersisa.

" Tunang aku ? Kenapa ? "

" Tunang kau pengsan ! " kata Wafa tapi masih mengawal suaranya takut - takut didengari oleh pelajar lain.

Aliya tersentak. Hatinya berdengup kencang ! Huzairie pengsan ?! Aliya terus berlari keluar dari kelas. Nasib baik cikgu tak masuk lagi masa tu kalau tak mau nya kena marah ! 


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ieqah Kazumi