Home Novel Komedi/Romantik Komedi Suamiku, Encik Sotong
Suamiku, Encik Sotong
Syikin Zainal
27/5/2013 15:35:23
493,209
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 19

Perkarangan kampus basah dengan air hujan yang turun tidak berhenti-henti. Farish melangkah dengan perlahan dan berhati-hati bimbang jika dia terjatuh di tengah-tengah jalan. Dia melihat Dhia Adirra setia menantinya di bawah bumbung di Dewan Putra.

“Kenapa lambat?” Laung Dhia Adirra dengan kuat.

Jammed,” balas Farish, dia turut menjerit. Sudah hampir satu semester dia kenal Dhia Adirra. Dia senang dengan gadis ini, cukup memahami dirinya. Sekarang sudah jarang dia terserempak dengan Erica, isterinya. Kalau terserempak pun masing-masing buat tidak kenal. Kalau dia nampak Erica dari jauh, pasti dia mengelak. Dia tahu Erica juga begitu, mengelak dari terserempak dengannya. Itu yang paling bagus.

Dhia Adirra menyapu titisan hujan yang ada di baju Farish. Shua yang ada di sebelah hanya mencebik. Farish juga semakin berubah, tiada lagi capal bertumit, sneakers kini menyarungi kakinya. Tetapi bajunya tetapi banyak warna ‘pink’. Rambutnya juga di potong pendek, namun tetap ada kelembutan di wajahnya. Dhia Adirra banyak mendorongnya. Dia berterima kasih pada gadis itu. Kini tiada lagi siulan-siulan yang mengejeknya. Cuma sesekali dia turut merindui baju bunga-bunganya. Dhia Adirra turut cuba mengubah Shua, namun Shua tetap dengan gayanya.

“Selalu aku dengan Dirra kena tunggu kau,” marah Shua pada Farish.

“Sorrylah, jalan jammed. Lagipun tadi aku baru balik dari gym,” jawab Farish.

“Nak jadi jantan macho lah tu,” Shua mencebik lagi.

“Bukan lah, nak jaga kesihatan. Lagipun kalau aku tak pergi nanti Dirra kejar aku satu kampus,” jawab Farish. Dhia Adirra tersenyum.

“Tak faham aku.” Balas Shua.

“Dah lah, kat mana kita nak belajar ni. Hujan lebat ni.” Dhia Adirra kembali bersuara.

“Kat discussion roomdalam library. Sah-sah tak kena hujan,” Shua memberikan cadangannya. Dhia Adirra dan Farish menyetujuinya. Mereka kemudiannya beriringan menuju ke dalam Perpustakaan Munsyi.

Hampir dua jam Farish dan teman-temannya berada di dalam bilik perbincangan. Banyak yang mereka hurai dan bincangkan maklumlah, lagi seminggu mereka akan menduduki peperiksaan bagi semester ini. Farish sebenarnya tidak sabar untuk menyudahkan penggal pertama di kolej ini. Dia rindukan Melaka, terutama sekali Mama Lia, hanya telefon dan kadang-kadang internet sahaja yang digunakan untuk menghilangkan rindu. Paling dia rindukan ialah butik yang pernah dijaganya.

“Jomlah kita gi makan. Aku laparlah,” Dhia Adirra berkata.

“Iyalah, aku pun lapar juga,” Shua menyetujui apa yang dikatakan Dhia Adirra.

“Okey, Apa kata kalau kita pergi makan KFC. Boringlah asyik mengadap nasi kat cafe tu. Sekali-sekala nak jugak tukar selera.” Cadang Dhia Adirra lagi. Farish menganggukkan kepalanya sahaja. Matanya sibuk menangkap kelibat Erica Soffea.

“Farish, kau dengar tak ni?” Dhia Adirra memanggil Farish setelah dilihatnya Farish endah tidak endah dengan apa yang dibacarakannya sebentar tadi.

“Aku dengarlah. Kau ingat aku pekak ke?” jawab Farish, namun matanya tetap mencari Erica.

“Kau cari siapa tu Farish?” soal Shua pula.

“A’ah lah dia ni tercangak-cangak macam kepala burung unta je,” tokok Dhia Adirra lagi. Farish ketawa bila mendengar Dhia Adirra menyamakan dia dengan burung unta.

“Tak ada lah, aku macam ternampak dengan budak yang gaduh dengan kita masa kita baru masuk dulu. Lama aku tak nampak, alih-alih baru nampak tadi, tapi macam lain je,” Farish memberitahu teman-temannya.

“O,, maksud kau dengan geng berlagak diva tu ke? Kau ni ketinggalan zamanlah. Geng tu dah tak ada. Dah berkubur. Yang tinggal cuma Erica dengan Fatin tu sahaja. Yang lagi satu orang tu dah blah dari kampus ni. Tapi si Fatin dengan Erica tu bukannya kamcing sangat pun.” Shua menjelaskan dengan panjang lebar.

“Dasyat lah kau ni Shua, macam Naz Ahmad pulak. Semua cerita kau tahu ek. Aku rasa kau ni salah ambil course lah,” kata Dhia Adirra.

“Tahu tak apa. Tapi pasal kau sibuk sangat nak tengok si Erica. Jangan-jangan dah jadi jantan macho, teringin nak bercinta dengan dia pulak ke? Em, makan hati lah kawan kita,” Shua berkata lagi, sambil menjeling ke arah Dhia Adirra. Dhia Adirra berpura-pura tidak mendengar, tetapi Farish tersenyum dan matanya turut menjeling ke arah gadis di sebelahnya.

“Mana ada. Perempuan macam tu bukan selera aku lah,” Farish membalas.

“Habis tu, selera kau macam mana? Macam Dirra?” Shua menyoal lagi.

“Apa kena mengena dengan aku pulak?” Dhia Adirra menyampuk bila namanya diungkitkan di dalam perbualan antara Shua dan Farish.

“Kalau macam Dirra pun belum tentu aku ni selera dia. Betul tak Dirra?” Farish dengan sengaja menyoalkan hal itu.

“Selagi dia boleh menerima aku seadanya, aku no hal,” Dhia Adirra berkata sambil memandang tepat ke wajah Farish. Ada sesuatu antara mereka yang tidak terungkai.

“Susah betul. Kalau kau orang dah sibuk bercinta dah sah-sah aku kena ke tepi. Jangan bercinta. Cari orang lain. Kau Dirra pergi mengorat Daniel, dan kau pulak Farish, pergilah mengorat diva low class tu.”

“Kau ni melalut apa Shua?” Farish menyampuk.

“Entahnya. Bila pulak aku nak bercinta dengan si Farish ni. Aku nak jadi top five fashion desingner kat Malaysia dulu, baru lah boleh nak fikir pasal cinta-cinta ni. Kau lainlah Shua, sugar daddy banyak menunggu.”

“Hey, perempuan. Aku lembut tapi jantan. Faham.” Marah Shua pada Dhia Adirra.

“Iyalah, jantan sangat lah tu. Pakai skarf kat leher. Nasib baik kau dah berubah Farish. Macho. Kau tengok Farish. Ini baru namanya lelaki, faham Encik Shua,” Dhia Adirra masih belum mahu mengalah.

“Cukup-cukup. Tadi kata laparkan, jom kita pergi The Mall. Aku belanja hari ni.” Farish mematikan pertelingkahan antara mereka berdua. Memang selalu jadi begitu. Masing-masing tidak mahu mengalah, selalunya dia akan menjadi orang tengah untuk meleraikan.

Sorry, hari ni aku vegeterian. So kau pergi dengan Dirra. Aku nak balik rumah. Nak tidur. Penatlah belajar,” Shua memberitahu kepada Farish.

“Pulak dah. Kalau macam tu jom Dirra,” kata Farish sambil mengemas buku-bukunya.

Mereka bertiga keluar bersama-sama menuruni anak-anak tangga. Shua melencong ke kiri, sementara Farish dan Dhia Adirra terus berjalan menuju ke lot parking.

“Dirra, peganglah tangan Farish,” Shua sempat lagi memanggil Dhia Adirra.

“Apa hal.. aku nak pegang tangan dia pulak, meh sini tangan kau aku pegang,” jawab Dhia Adirra.

“Tak pe, aku pegang,” Farish menyampuk sambil menarik tangan Dhia Adirra. Digengamnya tangan gadis itu. Dhia Adirra terpaku, antara percaya dan tidak dengan aksi berani dari Farish.

“Wahh.. Kellllaaassss kau Farish,” Shua menjerit keriangan bila melihat tangan Dhia Adirra di dalam gengaman tangan Farish.

“Kau ni gila apa main pegang-pegang tangan aku,” marah Dhia Adirra. Namun tangannya tidak ditarik.

“Apa pulak gila, saja nak sakitkan hati Shua tu,” balas Farish.

“sebenarnya aku memang dah lama nak pegang tangan kau. Kau je yang tak tahu.”Bisik Farish didalam hatinya.

“Gila kau. Tak pasal-pasal ada gossip liar. Mana aku nak taruk muka aku?”

“Malu ke kau nak bersama dengan aku. Kalau malu tak apa lah.” Farish kemudiannya melepaskan tangannya, ada riak kecewa di wajahnya yang semakin kacak dengan kumis yang nipis.

“Kau pun sama dengan Erica ke Dirra. Aku fikir kau lain,” bicara Farish sendirian.

“Aku tak malu pun. Buat apa nak malu? Kau lain. Kau tak macam Shua.” Dhia Adirra cuba membetulkan kata-katanya yang sebentar tadi. Dari riak wajah Farish Dhia Adirra tahu Farish tersinggung dengan kata-katanya.

“Ialah aku tahu siapa diri aku.” Farish merendahkan diri.

Humble lah kau ni. Dulu kau lain. Aku suka kau macam ni. Macho tapi gentle,” Dhia Adirra kemudiannya menarik tangan Farish, lembut. Tapi dia tidak berdaya untuk memandang tepat ke muka Farish. Entahlah, susah sangat nak mentafsirnya. Tiada kata-kata antara mereka.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.