Home Novel Komedi/Romantik Komedi Alamak! Lagi-Lagi Dia
BAB 34

“LEWAT balik Am?” Tegur Puan Jamilah sebaik melihat kelibat anak bujangnya melintasi ruang tamu. Idham berpaling lalu terlihat ibu dan ayahnya di ruang tamu. Dia segera menghela langkah lalu melabuh punggung di salah sebuah sofa berhampiran.

“Dah makan?” Tanya Puan Jamilah.

Dia mengangguk. Tidak berbohong kerana perutnya masih dipenuhi makanan yang dimakan bersama teman-teman sekerjanya tadi.

“Bila ayah balik?” Idham menegur ayahnya Encik Othman yang baharu pulang dari China atas urusan perniagaan.

“Ayah baru sampai. Am macamana? Ayah dengar Am dah dapat kerja.” Ujar Encik Othman tersenyum.

“DLeBroking, syarikat tu agak kukuh di sini. Mr. Robinson yang syorkan.” Ujar Idham ringkas.

“DLeBroking? Hmm..ayah pernah dengar syarikat tu. Kawan-kawan ayah banyak yang buka akaun di situ.” Sahut Encik Othman.

Idham tersenyum hambar. Dia tidak berminat mahu bercerita panjang dengan ayahnya, lantaran hatinya sekarang tidak tenang. Diam-diam wajah itu menjadi santapan mata Puan Jamilah. Sejak Idham masuk tadi dia sudah perasan airmuka lelaki itu keruh semacam.

“Muram sangat ni kenapa? Lain macam sahaja mama tengok.” Tegur Puan Jamilah sambil mengerutkan dahinya. Hairan melihat wajah itu seperti diselubungi awan gelap. Encik Othman suaminya turut merenung ke arah Idham.

Mata Idham terkelip-kelip memerhatikan ibu dan bapanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengatakannya. Soal yang mahu diutarakannya mungkin akan mengejutkan ibunya. Tapi dia tidak tahu lagi bagaimana mahu menyelesaikannya.

“Mama, Am terjumpa Cika hari ini.” Ujar Idham berterus-terang.

Puan Jamilah tercengang. “Jumpa Cika? Syafika?”

Idham mengangguk.

Thenbagaimana? Am suka Cika? Cantik kan budaknya. Mama dah bilang dulu Cika tu makin ayu orangnya.” Puan Jamilah tersenyum simpul. Mula memasang hajat mahu bermenantukan anak gadis temannya Bahyah yang comel dan kecil molek orangnya.

Idham terdiam. Dia mengangguk. Sekadar mengiakan kata-kata ibunya tentang Cika yang lebih cantik dan manis berbanding dahulu. Sedar atau tidak, dia sendiri hampir terpukau menatap bening di mata anak gadis yang pernah disakitinya dahulu.

“Boleh mama hantar rombongan merisik?” Puan Jamilah cuba menduga.

Idham terkedu. Merisik? Apakah gadis itu akan sanggup menerimanya sedang kebencian Cika masih berladung di hati?

“Bagilah mereka can berdating dulu, kenal hati budi masing-masing dulu, barulah kita satukan mereka.” Sampuk Encik Othman pula. Puan Jamilah hanya tersengih. Hajat di hati semakin berkembang!

Idham menolak daun pintu lalu melangkah lemah. Tanpa bertukar pakaian, dia terus merebahkan diri di atas katil. Tangannya didepa di atas dahi sambil matanya asyik merenung ke atas siling bilik. Dia teringatkan pertemuannya dengan Cika hari ini. Bagaimana Cika dengan lantang dan tegas, terang-terang menolak kehadirannya. Berulangkali dia melafaz kata maaf namun semuanya tidak berkesan. Cika dan Gina, kedua-dua gadis itu seperti sudah memasang ikrar untuk membencinya sehingga ke mati.

Usia 17 tahun adalah usia yang terlalu mentah. Dia adalah kaki buli, meskipun dia tergolong antara pelajar yang cerdik. Teman-temannya juga begitu. Tapi bersangkut soal Cika The Loser, kecerdikan mereka semua seolah-olah tenggelam lalu digantikan dengan kebodohan demi kebodohan.

“Idham, The Loser tu ada kat bangku tu.” Hasrul berbisik sewaktu mereka semua sedang bersiap-siap mahu mengadakan perlawanan bola sepak di padang sekolah. Dia menoleh lalu terpandang kelibat seorang gadis sedang membaca buku di tepi padang. Duduk bersendirian di bangku putih berhampiran.

Dia tersengih menatap ke arah gadis nerd itu

“Macamana? Nak jalankan misi baru?” Hasrul ketawa kecil.

“Kita serang?” Jeff berpaling. Imran hanya tersengih.

“Aku ada idea lagi baik.” Dia tersenyum. Coach sudah meniup wisel di tepi padang, menandakan game sedang bermula. Dan mereka mula mengambil posisi masing-masing. Perlawanan bola sepak itu hanyalah perlawanan persahabatan biasa, sekadar mahu mengasah skill masing-masing.

Dia pula sudah menjeling ke arah Hasrul, Imran dan Jeff. Ketiga-tiganya mula memahami seraya menaikkan ibu jari. Dan bola yang sepatutnya dihala ke arah pemain lawan, dilencong dan disepak sekuat hati sehingga ke luar padang.

Wisel berbunyi agak nyaring. Serentak jelingan tajam coach menerpa ke wajah masing-masing. Tapi keempat-empatnya sudah ketawa besar melihat sekumpulan orang sudah menerpa ke arah Cika yang sedang terlentang di bawah bangku putih yang didudukinya. Tidak jauh dari situ terdampar bola yang disepaknya sebentar tadi.

Nice shot!” Jerit Imran sambil ketawa besar. Dia hanya tersengih. Kumpulan orang ramai yang sedang berkerumun di situ semakin membesar, tapi dia tidak nampak kelibat Cika.

Coach, ada budak pengsan kat tepi padang tu.” Tiba-tiba muncul jeritan seorang pelajar di situ. Coach terpinga-pinga lalu segera meluru ke arah kerumunan orang ramai.

Dia menjeling ke arah Hasrul. Temannya itu hanya menjongketkan bahu. Bunyi ketawa Jeff dan Imran sudah tidak kedengaran. Bagai disuruh-suruh, mereka segera berlari mengekori Coachyang melangkah kian laju, menuju ke arah orang ramai.

“YA ALLAH, teruk ni. Kita kena panggil ambulan ni, takut ada kecederaan dalaman.” Entah siapa yang berkata sedemikian dalam kumpulan pemerhati yang hanya mahu memerhati, bukan mahu membantu mana pun.

Dia menyelit di celah-celah orang ramai. Cuba memerhatikan ke arah Cika. Namun dia hanya nampak kepala jurulatihnya sedang mengendong tubuh gadis itu. Ketika Coachberpaling, dia ternampak Cika yang tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan bibir gadis itu sedang menitiskan darah segar.

Idham mengeluh kesal. Dia tidak bermaksud sebenarnya mahu mencederakan Cika ketika itu. Dia hanya mahu mengusik, bukan mahu membunuh sesiapa. Teman-temannya juga begitu. Mereka semua kesal dengan apa yang sudah berlaku. Itu antara kerenah-kerenah nakalnya yang pernah dilakukan terhadap Cika. Dan sekarang terimalah akibatnya. Cika tak mungkin dengan mudah akan memaafkan dirinya.

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh