Home Novel Keluarga Awak Sudi Tak?
Awak Sudi Tak?
liza nur
21/6/2013 01:25:37
77,644
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 11

Bab 11

Mana lagi kita nak cari ni? Kita bukannya tahu ke mana dia pergi. Siapa kawan-kawan dia. Si Anees tu suka sangat ikut haluan sendiri, tak pernah berbincang dengan kita apa dia nak buat. Kalau dia dah pergi Lombok pun bukan kita tau. Elok kita balik dulu, serahkan saja pada polis,” ucap Fauzan yang tampak keletihan.

Bibir Latifa seakan dijahit, tidak meluah walau sebutir bicara. Cahaya sempat mengintai wajahnya yang didekatkan ke muka cermin. Ada kecewa berulit dengan kebimbangan. Papa seolah-olah tidak mengerti naluri seorang ibu. Dengan mudah papa menyuarakan ayat itu, seakan tidak bersimpati dengan Latifa dan anak kandungnya sendiri, Anees.

Pandangan yang papa lemparkan pada Latifa hanyalah pandangan kosong. Lupakah papa wajah itu yang membuatkan papa gila bayang sampaikan sebulan papa tidak pulang ke rumah menjenguk mama selepas akad nikahnya dengan Latifa dulu.

Benar, manusia memang mudah lupa, leka. Papa lupa yang Anees juga anak kandungnya, seperti Cahaya, Nukman, Azriq dan Halem. Papa tak pernah peduli nasib kesemua anak-anaknya. Papa pentingkan diri sendiri!

“Berhenti!” pinta Cahaya secara tiba-tiba.

Fauzan menekan brek secara mendadak, terkejut dengan permintaan Cahaya. Beberapa kereta di belakangnya menekan hon. Dia segera menekan minyak semula sebelum memberi signal kiri dan berhenti di bahu jalan. Pemandu kereta di belakangnya tadi memotong, menjeling tajam sewaktu berselisih dengan kereta yang dipandu oleh Fauzan.

“What is wrong with you, Aya?” soal Fauzan, geram.

“What is wrong with me? Papa tanya Aya? What is wrong with you?! Papa, she’s your daughter!” ucap Cahaya, kali ini dalam nada keras, seakan terlupa yang Fauzan ayahnya. Berdosa seorang anak meninggikan suara dengan orang tuanya. “Papa tak risau ke? Macam mana kita nak jumpa kalau kita tak cari sungguh-sungguh?” ungkitnya.

Fauzan terdiam. Ini kali pertama Cahaya naik berang dengannya kerana seseorang yang bergelar saudara tiri. Sebelum ini, biarpun marah, Cahaya tidak akan terjerit-jerit seperti itu di depannya. Cahaya anak yang jarang menunjukkan apa yang dirasanya secara terang-terangan. Dia suka menyimpannya di dalam hati. Marah dan bencinya jarangkali disuarakan biarpun pada orang yang rapat dengannya.

“She’s my sister. Kalau papa tak nak cari, tak apa. Papa boleh balik ke rumah, berehat selama mana papa nak. Biar Aya yang cari seorang,” luah Cahaya. Dia menoleh ke arah Latifa yang tercengang di belakang.

Mak cik, tolong bagi Aya mana-mana nombor telefon kawan baik dia yang mak cik ada,” pintanya.

Jari-jemari Latifa ligat bermain atas keyboard handphone. Satu set nombor ditunjukkan pada Cahaya dan gadis itu segera menaipnya di atas touch screen Motorola Razr miliknya. Buat sesaat, Latifa disapa dengan rasa terharu. Bencinya pada Cahaya padam sekejap. Tak disangka yang Cahaya akan turut merisaukan keselamatan anaknya, Anees.

Tetapi rasa itu hanya untuk sekejap. Apabila Latifa menatap wajah Cahaya yang persis Masaki, bencinya mengetuk lagi. Ya TUHAN, dia tidak mahu mengawal benci yang sudah sebati dengan dirinya itu. Sedangkan Anees sendiri sudah dididiknya agar membenci Cahaya sejak dari kecil.

“Aya, kau nak ke mana tu?” soal Fauzan sebaik Cahaya menolak daun pintu kereta BMWnya.

“Cari adik Aya, anak kandung papa,” jawab Cahaya tanpa memandang riak wajah kecewa Fauzan.

Latifa turut menolak daun pintu kereta Fauzan.

Kau nak ke mana pulak?” soal Fauzan.

Ifa nak ikut Iris cari Anees. Kalau abang tak nak cari anak abang, biar kami berdua yang cari. Abang baliklah sorang-sorang,” balas Latifa dalam nada geram.

Latifa marah dengan sikap suaminya yang bersikap acuh tak acuh dengan kehilangan anak mereka. Adakah Fauzan akan menunjukkan sikap yang sama kalau yang hilang itu Cahaya? Pasti tidak. Fauzan melebihkan Cahaya dari kesemua anak-anaknya. Cahaya itu! Cahaya ini! Kekadang dia berlagak yang Cahaya itu adalah anak tunggalnya.

Latifa!” panggil Fauzan.

Ifa nak pergi cari anak Ifa,” cetus Latifa, masih berdegil. Entah apalah nasib Anees sekarang. Dia takut kalau perkara itu didiamkan sekarang, dia akan kehilangan anaknya buat selama-lamanya.

Aya, masuk!” suruh Fauzan sebaik menurunkan daun tingkap kereta tetapi Cahaya memekakkan telinga.

Aya!” laung Fauzan. Kali ini dia sendiri masuk ke dalam kereta. “Kau masuk sekali, Ifa! Jangan sampai aku naik darah. Jangan nak perbodohkan aku kat luar, depan orang ramai. Kalau kau tak masuk, aku akan ceraikan kau sekarang juga,” ugut Fauzan, jelas sekali dia melebihkan rasa malunya dari risaunya dengan kehilangan Anees.

Hati Latifa berperang antara kemahuan diri dan arahan suaminya. Tanpa rela, dia melangkah masuk semula ke dalam kereta. Dia masih takut dengan gertakan cerai Fauzan. Dari detik pertama dia bertemu Fauzan sehingga kini, hanya lelaki itu yang dicintainya walaupun kesetiaannya tak pernah berbayar dengan kesetiaan suaminya.

Aya!” laung Fauzan sekali lagi.

Air mata Cahaya merembes keluar dari sepasang mata yang selama ini bersinar dengan cahaya ketabahan. Tetapi, peliknya air mata itu tidak menampakkan betapa lemahnya dirinya. Tidak menampakkan betapa kerdilnya dia. Air mata itu mengalir tanpa esakan, tanpa bunyi tersedu-sedan. Air mata itu gugur tanpa rela, bertemankan air muka marah, bibir yang terkunci tanpa bicara.

Fauzan terus terdiam. Lidahnya kelu. Tiada lagi pekikkan yang terlontar dari kerongkongnya.

Aya minta ampun, papa. Tapi, Aya dah tak larat nak diamkan rasa tak puas hati Aya. Papa tau tak betapa banyak papa seksa Aya, seksa mama? Papa seksa mak cik Latifa. Papa seksa mak cik Pekan. Papa seksa semua perempuan-perempuan yang ikhlas sayangkan papa. What do you want, pa? Papa tak puas ke nak seksa kami semua? Apa lagi yang papa rasa tak cukup?” ucap Cahaya.

Apa kau cakap ni?! Kenapa kau gamak cakap macam tu pada papa? Papa tak nak kau pergi sebab papa risaukan kau. Kau tau tak papa sayangkan kau, Aya?” soal Fauzan dalam nada meninggi, seakan-akan tidak berpuas hati dengan tuduhan Cahaya.

I’m sorry, pa. I don’t want to live in your shit anymore!” tempelak Cahaya.

Aya!”

Apa yang lelaki mahukan, pa? Apa? Kat mana letaknya cinta dan kesetiaan seorang lelaki?” soal Cahaya yang masih keliru. Tanpa menanti balasan kata Fauzan, Cahaya terus berlari jauh dari papanya.

Come back, Aya! I don’t want you to get hurt! I love you more than anything! Even more than myself!” luah Fauzan, menundukkan egonya, memujuk.

How can you say that when you keep on hurting me!” balas Cahaya tanpa memandang wajah kecewa Fauzan.

Sebuah teksi yang kebetulan sedang melalui jalan itu ditahannya. Dia sempat menoleh sekejap, memandang Fauzan yang masih tertegak di sebelah keretanya. Namun, hati Cahaya tidak terpujuk untuk kembali ke sana, memohon kemaafan Fauzan. Hatinya membeku, sejuk umpama ais di kutub utara. Dia terus masuk ke dalam perut teksi.

Air matanya gugur lagi sewaktu empat tayar teksi yang ditahan kembali berputar atas tar hitam jalan. Pedih. Sakit. Semuanya tak larat lagi untuk diperamnya di dalam bengkung dada. Meskipun dia cuba menahan diri dari membenci apa yang selama ini disayanginya, dia merasakan benci itu sentiasa ada dalam lubuk dada. Sungguh, dia merasa berdosa kerana membenci. Cuma dia sudah tak mampu lagi menidakkannya.

Lelaki. Kaum yang seringkali menyelar wanita sebagai makhluk yang obsess, sukar difahami, sukar untuk dipuaskan hatinya. Sedangkan lelaki itu lebih kompleks. Nafsu mereka kononnya hanya satu dinisbahkan dengan akal yang ada sembilan. Kenapa? Kata mereka, kerana mereka dikurniakan lebih akal untuk menjadi yang bijak, yang mampu membimbing Hawa yang diciptakan dari tulang rusuk mereka.

Benarkah? Atau sebenarnya nafsu yang satu itu pun tak mampu mereka kawal dengan sebaik apatah lagi untuk diberikan nafsu yang berlipat kali ganda. Tak kisahlah kalau mereka asyik mengungkit yang akal wanita itu satu. Tetapi bukankah kalau satu itu digunakan dengan sebaik-baiknya, maka ia lebih baik dari jumlah yang berganda-ganda tetapi tidak digunakan ke jalan yang sepatutnya. Bukan Cahaya cuba menidakkan hukum alam, apatah lagi hukum TUHAN yang satu. Tetapi marah dan kecewanya tak mampu dikawal lagi. Dia kelemasan.

Apa yang lelaki mahukan? Apa yang lelaki dambakan? Cahaya tak pernah mengerti. Atau barangkali dia tidak akan pernah mengerti lelaki. Mengapa rapuh benar cinta seorang lelaki? Mengapa Adam yang sepatutnya membimbing tak lagi melaksanakan tanggungjawab mereka? Mengapa khilaf wanita selalu diperbesarkan mereka, tak pernah dibimbing, diajar, apatah lagi cuba dibentuk dengan contoh yang sebaiknya?

Air mata yang gugur ke pipi cepat-cepat Cahaya kesat. Dia mendail nombor yang diberikan ibu tirinya berulang-kali.

Adi?” ucap Cahaya apabila nombor yang didailnya dijawab. “Ini Adi ke? Akak ni Cahaya, kakak Anees. Tolonglah jangan letak telefon,” rayu Cahaya.

Kak…Saya…” Suara gugup itu kedengaran ketakutan. Suara gugup itu seakan-akan mahu lari darinya sedangkan dia tidak berada di sana.

Adi, mana Anees?” soal Cahaya.

Saya tak tau,” balas Adi.

Tolonglah, Adi. Adi rapat dengan dia. Adi mesti tau,” gesa Cahaya.

Mungkin dia dengan Jo,” jawab Adi.

Siapa Jo?” soal Cahaya lagi.

“Adi tak kenal sangat dengan Jo, kak. Dia boyfriend baru Anees. Adi…Adi takut dia pergi lagi tempat dia selalu pergi tu dengan Jo, ambik bekalan,” jawab Adi, masih dalam nada gugup dan tersekat-sekat.

“Bekalan apa?” soal Cahaya, semakin diserbu risau.

“Bekalan…er…”

“Adi!” panggil Cahaya dalam suara yang menekan. “Baik Adi cakap sekarang. Dah lama Anees tak balik, Adi. Kalau ada apa-apa jadi kat Anees macam mana? Kesiankan kami, Adi. Kesiankan Anees,” ucap Cahaya.

“Kampung…Kampung Periuk. Ada rumah lama kat situ, rumah tinggal. Anees selalu pergi sana,” jelas Adi.

“Pergi sana untuk apa?” soal Cahaya.

Talian dimatikan. Dub. Dab. Dub. Dab. Jantung Cahaya seakan mahu melompat keluar dari tubuhnya. Otaknya berperang, cuba mencari jawapan. Ya TUHAN. Dia terbayangkan wajah Anees yang pertama kali ditemuinya semasa papa membawa mereka ke Berjaya Times Square. Sebelum itu Cahaya tak pernah mengetahui yang papa beristeri tiga. Dia tak pernah tahu yang Anees itu adalah adik kandungnya. Mereka bermain bersama, berkongsi makanan dari pinggan yang sama tanpa mengetahui ada talian yang menyatukan mereka.

Setelah mereka mengetahui hakikat yang sebenar, mereka saling membenci. Dia tak pernah cuba mendekati Anees, menjalankan kewajipannya sebagai kakak sulung. Anees sendiri tak pernah menghormatinya sebagai kakak.

Perilaku Anees, persis ibu tirinya, Latifa. Dia cepat berang, suka mengamuk kerna perkara yang bagi Cahaya remeh. Perangai adik perempuannya yang seorang itu sudah cukup memeningkan kepala. Apatah lagi perangai adik-adik lelakinya dari hasil perkahwinan papa dengan isteri ketiganya, Nukman, Azriq dan Halem. Kerana risau yang mereka akan bersifat sama seperti Anees, Cahaya tak pernah cuba menjejak adik-adiknya yang lain. Dia berputus asa sebelum mencuba.

“Bawa saya ke Kampung Periuk. Ada rumah lama kat sana. Pak cik tau kat mana tempatnya?” ucap Cahaya sambil memanjatkan doa dalam hati agar lelaki itu tahu lokasi yang mahu dicarinya.

“Dekat Jalan Dewan Sultan Sulaiman tu?” soal pemandu teksi yang sedang dinaiki Cahaya.

“Saya tak tau sangat tempat-tempat kat sini. Agaknyalah tu, pakcik. Pak cik boleh drive ke tempat tu?” soal Cahaya kembali.

“Nak buat apa pergi tempat sarang penagih tu, cik? Nak cari nahas?” balas pemandu tadi sambil memandang ke cermin tengah yang tertala ke muka Cahaya.

“Sarang penagih? Maksud pak cik, penagih dadah?” soal Cahaya dalam nada terkejut. Dia berighstifar panjang di dalam hati.

“Iyalah, nak. Penagih apa lagi? Tempat tu tempat kotor,” balas pemandu tadi, seakan bengang nadanya.

Air mata Cahaya seakan mahu merembes lagi. Ya Allah. Apa yang Anees buat di tempat seperti itu? Kenapa Anees ada di sana?

“Betul ke, pak cik?” soal Cahaya, semakin risau.

“Buat apa pak cik nak bohong kamu, nak. Tak dapat untung pun kalau pak cik menipu,” jawab driver teksi tadi.

“Tolonglah bawakan saya ke sana. Saya sanggup bayar berapa saja yang pak cik minta,” rayu Cahaya.

“Ni bukan soal duit, Cik. Ni soal keselamatan. Kalau apa-apa jadi pada kamu macam mana? Siapa nak menanggung nanti?” tegas pemandu teksi itu.

“Saya tak peduli. Saya kena pergi jugak,” gesa Cahaya.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.