Home Novel Keluarga Hakikat Sebuah Derita
Hakikat Sebuah Derita
chema
25/4/2018 12:01:36
36,435
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 2

 berbunyi menandakan waktu rehat bermula serentak kebanyakan pelajar mula buru-buru ke kantin dan ada yang bertebaran mencari posisi menarik untuk duduk berbual-bual sambil menikmati juadah yang dibeli ataupun dibekal. Beberapa orang pelajar lelaki berkejaran sesama mereka melepas hawa separuh hari menerima pembelajaran. Masing-masing ada cara tersendiri menimati waktu rehat selama30 minit itu sebelum menyambung kembali pembelajaran pada hari itu.

Nun dihujung sana ditempat yang sedikit terlindung, duduk seorang kanak-kanak perempuan mengenangkan nasibnya pada hari itu. Nafas monson berhembus seakan mengerti  hati itu sedang rawan lalu mengusik dedaun yang menghiasi belakang dewan sekolah membentuk sedikit irama apabila dedaun mula bergeseran.

Sepasang mata bening itu masih menatap pilu ke telapak tangan kanannya. Beberapa jalur merah terlihat melekat ditelapak tangan bersulam sisa-sisa kesakitan yang masih berbekas. Setitik dua airmata yang cuba ditahan jatuh jua menimpa pipi. Diseka perlahan dengan lengan baju sekolah yang semakin lusuh. “Jangan menangis Nurinkau kena kuat demi mengubah nasib keluarga.” Monolognya dalam hati. Apalah sakitnya dirotan sebidas dua, malah dia pernah kena lebih teruk daripada ini.Bekas goresan luka diatas ubun-ubun kepalanya masih ada. Itu kesan daripada buah penerajang daripada ayahnya yang kalah judi. Telapak tangan yang memera hitu ditiup perlahan. Tidak lama lagi waktu rehat akan tamat, dia tidak mahu rakan-rakannya tahu dia sedang menangis disini cukuplah hatinya dirobek dengan tuduhan yang tidak dia lakukan.

“Nurin..Lama saya cari rupanya kat sini awak ya.” Tiba-tiba Muncul satu suara dari balik dinding dewan hingga membuatkan Nurin yang sedang mengelamun tersentak.Lekas-lekas tangan itu disembunyikan disebalik tudung. Kepala didongak,terpisat-pisat matanya menahan silau mentari yang bersinar dicelahan dedaun terpanah ke dalam mata. Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit imej seorang budak lelaki jelas kelihatan. Terasa malu bila bertatapan secara tidak sengaja itu lalu pacainderanya dilarikan.

“Nah! sapu ubat ni, cikgu Raihan minta saya berikan pada awak.”

Seboto lkecil minyak ubat terpampang didepan mata. Masih tergantung didalam gengaman budak lelaki yang segak dengan berpakaian pengawas itu. Matanya memandang silih berganti kearah wajah budak lelaki itu sebelum dia kembali menunduk dan merenung permukaan longkang yang berdebu dan berlumut itu. Penglihatannya kembali berkaca saat teringatkan cikgu Raihan. Bukan kerana dia membenci namun kerana kebaikan hati cikgu Raihan kepadanya tidak pernah berbelah bahagi. Dia tidak menyalahkan cikgu Raihan atas apa yang berlaku. Guru itu hanya menjalankan kewajipannya. Cikgu Raihan tetap menjadi cikgu kesayangannya walaupun dia dihukum dengan kesalahan yang tidak dilakukannya.

“Nampaknya longkang ni lebih hensem dari saya kan sebab itulah Nurin seronok sangat dapat renung longkang tu.” Usik Aiman sengaja menarik perhatian Nurin yang sedari tadi bak patung cendana tidak bergerak-gerak. Langsung menghalimunkan susuk tubuhnya yang berdiri sedari tadi. Menyedari Nurin tidak mengendahkan kata-katanya Aiman duduk bertinggung dihadapan Nurin setelah huluran itu tidak bersambut. Sesekali pandangannya ditalakan ke tengah padang. Ada beberapa orang pelajar yang sedang mengisi masa rehat mereka dengan bermain kejar-kejar ditengah padang.

“Hulurkan tangan awak tu saya nak sarung cincin ni.” pinta Aiman setelah melihat Nurin masih mematung dengan kepala tetap menekur longkang. Usikannya semakin menjadi-jadi apabila melihat tangan Nurin masih disembunyikan didalam tudung sekolah. Degil sungguh. Dia mengetahui apa yang berlaku kepada Nurin hinggakan Nurin menangis sendirian disitu. Disinilah tempat Nurin kerana dia sering memerhatikan Nurin dalam diam dari jauh.

Inilah tempat keramat yang menjadi tempat kegemaran Nurin dibelakang dewan ditepi longkang ketika waktu rehat bermula. Tempat inilah tersimpan seribu satu duka kisah hidupnya. Jauh dari rakan-rakan yang tidak pernah ambil peduli tentang perasaan dan kesedihannya.

“Ishh!..payahlah macam ni, dia buat tak layan pulak. Mana pulak perginya bakal mak mentua awak tu tadi cakap nak datang. Haa itupun dia dah nak sampai pun” Bebel Aiman dengan kepala seakan-akan tercari-cari kelibat cikgu Raihan hingga membuatkan Nurin terus mengangkat kepala. Aiman tersengih. Nampaknya berjaya juga dia ‘menghidupkan’ kembali Nurin walaupun dua ulas bibir itu langsung tidak mekar dengan senyuman mendengar lawaknya. Aiman termalu sendiri baru setahun jagung dia sudah pandai mengarang ayat sebegitu.

“Walaupun saya tak boleh bantu cari siapa yang aniaya awak sekurang-kurangnya saya boleh bantu redakan rasa sakit awak.” Tutur Aiman lembut, tidak sampai hati pula mahu berkeras. Namun Nurin masih juga begitu, kaku dan tidak memberi tindak balas seolah-olahdia bercakap dengan tunggul.

“Hulurkan tangan tu atau awak nak saya tarik tangan awak dan biarkan semua orang nampak apa yang kita buat kat sini?” ugut Aiman setelah dia tidak berjaya memujuk Nurin secara lembut. Nurin terus diam dan tidak memberi kerjasama. Sempat mata Aiman menyinggah jam dipergelangan tangan. Waktu rehat semakin hampir tamat.Dia tidak mahu Nurin masuk ke kelas dengan tangan yang masih berbekas rasa sakitnya. Telapak tangan itu perlu disapu ubat, amanat mamanya perlu dituruti.Aiman tahu bagaimana rasa sakitnya kena rotan lebih-lebih lagi apabila cikgu Bakri yang merotannya. Cikgu Bakri memang terkenal dengan sifat kurang belasnya.Rotan dan cikgu Bakri tidak dapat dipisahkan lagi. Walaupun adakalanya ada anak murid hanya melakukan kesalahan kecil cikgu Bakri selalu sahaja menghukum dari memaafkan. Itulah satu-satunya sikap cikgu Bakri yang tidak disukai oleh murid-muridnya. Sudah banyak dia dengar cerita dari mulut mamanya tentang perangai cikgu Bakri yang kurang digemari cikgu-cikgu lain terutama melibatkan hukuman kepada murid-murid. Cerita tentang dia dirotan gara-gara tertinggal buku latihannya didalam kereta tidak pernah diberitahu. Aiman bimbang mamanya akan bermasam muka dengan cikgu Bakri tengoklah waktu Nurin kena rotan depan mata mama sendiri wajah mama terus berubah.

“Cepatlah”  

Perlahan-lahan Nurin keluarkan tangannya. Terpujuk juga dengan kata-kata tulus Aiman. Lagipun dia sedar berdegil bukanlah jalan penyelesaiaannya. Sekurang-kurangnya dia menghargai kebaikan cikgu Raihan yang telah bersusah payah meminta pengawas ini menghantar ubat untuknya walaupun dia merasa segan yang datang itu adalah lelaki.

“Sini tangan tu saya letakkan ubat.” Suara Aiman kembali lembut. Dia tidak mahu terlalu berkeras dengan Nurin. Apa yang dilalui Nurin tadi sudah cukup untuk membuatkan hidupnya dirundum duka.

Aiman keluarkan kapas dari poket seluarnya. Dibuka tudung minyak ubat dengan berhati-hati. Jelas kelihatan beberapa jalur ditelapak tangan Nurin masih merah apabila telapak tangan itu perlahan-lahan dibuka. Hati Aiman tersentuh. Sakit terkena libasan rotan dari kuasa tenaga cikgu Bakri memang menyakitkan. Dia pernah merasa telapak tangannya dilibas rotan

Dihulurkan kapas yang sudah dititiskan minyak ubat itu kepada Nurin. Ikutkan hati dia mahu menyapu sendiri ubat itu ditelapak tangan Nurin namun dimatikan niatnya apabila tersedar mungkin ada mata-mata yang memandang dan dia tidak mahu ada salah faham pula dengan perbuatannya nanti.

“Jaga diri awak baik-baik Nurin. Biar ramai mana pun yang membenci, Nurin kena kuat.Pedulikan hinaan mereka. Mereka lebih suka tengok kita susah dari menolong kita. Jadi takde sesiapa yang boleh tolong melainkan diri kita sendiri, ingat tu. Lagipun tak selalu saya ada untuk tengok-tengokkan awak, Nurin.” Tutur Aiman ikhlas. Sedetik.. dua detik.. dia merenung mata Nurin yang kembali berkaca. Dia mahu Nurin tahu dirinya selalu risaukan Nurin. Mata itu cukup jelas kelihatan bertapa lelahnya dia menangung beban sendirian. Kalau Nurin itu adiknya sudah lama dia peluk dan memujuknya biar kesedihan dan derita yang ditanggung itu beralih kepadanya.

“Sekejap..sebelum saya lupa nah, ini untuk awak!” Aiman sengih bila mata Nurin memandangnya tanpa berkelip. “Masa ke kantin tadi saya ada belikan kueh, saya tahu awak tak makan apa-apa lagi. Makanlah, waktu rehat pun dah hampir tamat Aiman minta diridulu.” Ujar Aiman berlalu meninggalkan Nurin sendirian. Kalau dia tidak pergi dari situ pasti Nurin segan menjamah kueh yang diberikan tadi.

 Terpisat-pisat sendirian Nurin memerhati susuk tubuh Aiman yang semakin menghilang dari pandangan. Kueh berwarna putih berlapis hijau yang diletakkan disebelahnya itu dipandang sayu, mata kecil itu kembali bergenang. Saat kebencian mengasak kehidupannya masih ada lagi insan-insan mulia yang sudi memandangnya dengan kasih sayang. Menerima segala kekurangan dirinya tanpa pernah menyoal. Namun hati Nurin sering bertanya kenapa hanya cikgu Raihan dan Aiman yang sudi menerimanya seadanya. Mengenali Aiman secara kebetulan itu bagaikan satu anugerah untuknya. Teman yang sudi berkawan dan selalu mahu bersembang tanpa mengeji setiap kekurangan diri walaupun dia dan Aiman bukanlah sedarjah. Memandang wajah Aiman seperti melihat percikan kasih sayang cikgu Raihan kepadanya. Teman yang selalu ada ketika hatinya dirundum rawan. Saat dia dibuli dengan rakan-rakan dan sering diejek dengan bekal nasi putih berlaukkan garam, Aiman lah yang datang menyelamatkannya. Aiman seperti seorang abang yang melindungi adiknya sendiri. Hati Nurin berkabut, sisa sendu masih berlagu dihati kebaikan dua beranak itu tidak mampu dia membalasnya.Sebaik sahaja loceng kedengaran cepat-cepat Nurin bingkas bangun meninggalkan tempat istirehatnya dan ingin melupakan kisah sedihnya kerana ada impian yang perlu dikejarnya.

 

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.